Parasit adalah organisma yang menjangkiti manusia untuk waktu yang lama dan bersaing dengan manusia untuk mendapatkan nutrisi mereka. Terdapat pelbagai jenis cacing parasit yang boleh menjangkiti manusia iaitu cacing pita (cestod), cacing trematod dan cacing nematod.
Cacing pita/cestod
Jangkitan cacing pita biasanya disebabkan oleh sumber makanan seperti daging mentah atau sumber minuman yang dicemari dengan telur cacing pita. Cacing ini akan bersangkut pada dinding usus dan boleh hidup bertahun-tahun di sana dengan nutrisi badan kita. Contoh cacing dalam kategori ini ialah Taenia dan Ecchinococcus.
Cacing trematod
Jenis cacing ini berbentuk seperti daun yang rata dan biasanya menjangkiti manusia melalui makanan laut seperti ikan, ketam atau siput laut. Contoh cacing trematod adalah Schistosoma (cacing pipih darah yang menjangkiti sistem pendarahan), Clonorchis dan Fasciola (cacing yang menjangkiti hati dan sistem pencernaan).
Cacing nematod
Cacing nematod terdiri daripada Trichinell, Trichuris, Ancylostoma dan Necator (cacing tambang), Ascaris (cacing gelang), Enterobius (cacing kremi), Strongyloides, cacing penyebab filariasis (Wuchereria, Brugia). Jangkitan dalam manusia boleh disebabkan oleh makanan dan minuman yang tercemar dengan telur cacing, kemasukan cacing melalui luka badan atau serangga seperti nyamuk yang boleh memasukan cacing ke dalam badan manusia.