Saya perlukan ubat kutil (Warts Treatment) untuk membuangnya dari kaki saya.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 24 tahun dan baru tamat pembelajaran saya di universiti. Saya masih belum berkahwin dan sedang menunggu peluang pekerjaan. Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan saya telah pergi bercuti di Thailand. Ianya merupakan sebuah rancangan yang kami ada sejak dahulu lagi dan baru sekarang berkesempatan untuk pergi. Apabila di sana, kami juga berkesempatan mendapatkan urutan badan tradisional yang sememangnya sangat popular di sana. 
Apabila balik ke rumah, saya mendapati saya mempunyai bintik-bintik kasar pada tapak tangan saya serta lutut dan siku saya. Saya berasa sangat bimbang mengenai masalah ini dan takut untuk memberitahu ibu bapa saya. Saya tidak melakukan sebarang hubungan seks apabila di sana namun tetap mendapat masalah ini. Saya langsung tidak faham kenapa ia berlaku kepada saya walaupun saya tidak membuat apa-apa. Rakan saya yang melihatnya memberitahu saya bahawa bintik tersebut kelihatan seperti kutil
Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa itu kutil dan bagaimana saya boleh mendapat masalah ini? Apakah ubat kutil yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya berumur 24 tahun dan baru tamat pembelajaran saya di universiti. Saya masih belum berkah... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Masalah kutil (warts) ini merupakan sejenis bintik atau ketumbuhan pada permukaan kulit.
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Masalah<strong> kutil (warts)</strong> ini merupakan sejenis bintik atau k... See More

Apakah itu kutil?

    • Kutil merupakan sejenis bintik atau ketumbuhan pada permukaan kulit. Kutil juga membawa maksud seseorang itu telah dijangkiti ‘human papilloma virus’ atau HPV. 
    • Rentetan itu, kuantiti keratin dan protein dalam badan akan meningkat sekali gus menyebabkan kuantitinya bertambah dengan banyak. Kutil juga dikenali sebagai ketuat.
    • Secara umumnya, kutil tidak bahaya kepada kesihatan.

Bagaimana kutil menular?

  • Masalah kutil terjadi jika seseorang dijangkiti oleh virus HPV. Masalah ini merebak melalui sentuhan kulit dengan mereka yang telah dijangkiti virus HPV. 
  • Ia juga boleh merebak melalui hubungan seks. 
  • Namun demikian, ini tidak bermaksud semua orang yang dijangkiti virus HPV akan ditumbuhi kutil. 
  • Kutil selalunya terjadi kepada individu dengan sistem imunisasi yang lemah. 
  • Hal ini boleh dilihat dalam kalangan pesakit HIV kerana mereka mempunyai sistem imun yang lemah.

Apakah jenis kutil?

Kutil wujud dalam pelbagai jenis. Antaranya adalah:
  1. Kutil normal
  2. Kutil datar
  3. Kutil periungal
  4. Kutil mosaic
  5. Kutil genitalis
  6. Veruka plantaris
A) Kutil normal 
Kutil jenis ini mempunyai permukaan yang kasar serta seringkali tumbuh pada celah jari, muka, bahagian lutut dan siku. Kutil jenis ini bukan sahaja terjadi kepada orang dewasa malah kanak-kanak turut menjadi mangsa.
B) Kutil datar 
Kutil jenis ini berlainan sedikit dari kutil normal iaitu dari segi warna. Ia berwarna perang atau kekuningan dan bersifat berkelompok atau berbintik-bintik. Kutil ini sering terjadi pada bahagian muka dan boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Kebanyakan wanita dengan masalah ini akan bersolek untuk menyembunyikannya. Solekan boleh memudaratkan lagi masalah ini kerana kutil berisiko untuk merebak ke bahagian lain.
C) Kutil periungual 
Kutil jenis ini pula sering terjadi pada bahagian kuku jari tangan atau kaki. Kutil jenis ini akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada individu serta merosakkan permukaan kuku. Ini juga akan menyebabkan kesakitan.
D) Kutil mosaic 
Kutil jenis ini merupakan tompokan beberapa kutil pada tempat yang sama. Ini akan membentuk plak besar pada permukaan kulit. Kutil jenis ini boleh tumbuh menjadi besar dan jika tidak buang akan mendatangkan rasa tidak selesa.
E) Kutil genitalis 
Kutil jenis ini sering dihidapi golongan yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Aktiviti seks tanpa perlindungan akan memudahkan virus HPV untuk menjangkiti seseorang dan merebak. Kutil juga boleh tumbuh pada anggota badan yang sering berpeluh atau lembap seperti celah kelangkang atau anggota sulit.
F) Veruka plantaris 
Ini merupakan nama saintifik untuk sejenis kutil yang sering tumbuh pada tapak kaki. Kutil ini lebih dikenali sebagai mata ikan kerana bentuknya yang mirip mata ikan. Ia juga menyebabkan kesakitan apabila ditekan. Ini menyebabkan individu tersebut sukar untuk berjalan akibat kesakitan. Apabila masalah ini berlarutan, ianya akan mengakibatkan individu tersebut mula mencungkil kutil. Kita tidak seharusnya berbuat demikian kerana kutil akan merebak ke kawasan lain.

Apakah ubatan untuk kutil?

Selain dari ubat dokor, terdapat juga petua untuk merawat kutil tanpa menggunakan ubat. Apabila mencuba rawatan alternatif, anda perlu ingat bahawa petua-petua sebegini selalunya tidak melalui kajian saintifik. Jika terdapat keraguan, sila tanya doktor anda.
  • Kulit pisang. Gosok kulit pisang pada permukaan kutil dan kemudiannya dibasuh serta dikeringkan. Petua ini jika diamalkan setiap hari mampu merawat masalah kutil.
  • Cuka. Basahkan kapas dengan cuka dan tampal pada kutil. Anda mungkin akan rasa pedih kerana cuka merupakan sejenis asid. Setelah kering, permukaan kulit hendaklah dibasuh hingga bersih dan dikeringkan.
  • Bawang putih. Bawang putih haruslah dipotong dan diletakkan pada kutil dan kemudiannya ditampalkan plaster supaya tidak terjatuh. Selepas sekurang-kurangnya 30 minit, plaster dan bawang tersebut bolehlah dibuang. Kulit seterusnya dibersihkan dan dikeringkan.
  • Di samping segala ubatan semula jadi, terdapat juga ubatan moden yang diberikan oleh doktor untuk merawat masalah kutil. Kaedah yang sering digunakan adalah ‘cryotherapy’ atau pembekuan permukaan kulit dengan menggunakan nitrogen. Ini akan mengeringkan kulit supaya dengan senang kutil dapat dikupas.
  • Selain itu, terdapat krim-krim yang boleh disapu pada permukaan kutil untuk membantu menyembuhkannya dengan segera serta dapat memastikan kulit kekal lembap dan tidak terlalu kering.

Bilakah harus anda jumpa doktor?

Anda dinasihatkan berjumpa doktor apabila masalah ini mengganggu kegiatan harian anda. Hal ini kerana kutil boleh menyebabkan kesakitan kepada individu yang mengalaminya. Anda bertindak bijak dengan bertemu doktor untuk membuang kutil.

Anda boleh mendapatkan konsultasi kesihatan di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References