Ujian Papanicolaou, atau Ujian Pap smear adalah pemeriksaan sel secara mikroskopik di mana sel tersebut diambil dari serviks rahim. Pap ialah versi yang dipendekkan dari nama doktor yang menghasilkan ujian saringan ini.
Mengapakah ujian Pap Smear penting bagi wanita?
Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 34 tahun dan bekerja sebagai pengusaha restoran, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya ingin bertanya soalan mengenai ujian Pap smear. Saya tidak pernah menjalani ujian Pap smear dan baru-baru ini doktor ada menyarankan saya supaya menjalani ujian Pap smear sama ada di klinik ataupun hospital. Menurut doktor, ia adalah salah satu ujian untuk mengesan kanser serviks dengan awal. Tetapi saya masih berasa ragu-ragu untuk pergi menjalani ujian memikirkan ia adalah pengalaman pertama saya dan sama ada ia akan sangat menyakitkan atau tidak.
Saya ingin bertanya kepada doktor, apakah itu ujian Pap smear yang sebenarnya dan adakah ia penting untuk dijalankan dalam kalangan wanita? Dan adakah ia adalah sesuatu yang sangat menyakitkan dan apakah komplikasi daripada ujian tersebut?
Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 34 tahun dan bekerja sebagai pengusaha restoran, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang a... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMATerima kasih atas soalan anda. Ujian Pap Smear adalah ujian awal yang dilakukan untuk mengesan kanser serviks yang sering terjadi dalam kalangan wanita. Ia merupakan kanser yang berbahaya dan mengancam nyawa jadi adalah penting untuk anda menjalani ujian ini di klinik atau hospital seperti yang disarankan oleh doktor anda. Prosedur ini akan melibatkan pengambilan sampel tisu dan sel daripada serviks rahim dan anda tidak perlu risau kerana ujian ini tidak menyakitkan, cuma mungkin akan ada rasa tidak selesa memikirkan ini adalah pengalaman kali pertama bagi anda. Komplikasi daripada ujian ini adalah anda mungkin akan mengalami pendarahan sedikit tetapi ia akan pulih dengan segera.
Terima kasih atas soalan anda. <strong>Ujian Pap Smear</strong> adalah ujian awal yang dilakukan untuk me... See More
Apakah itu ujian pap smear?
Apakah pengalaman buat ujian pap smear?
Pengalaman dan prosedur bagi ujian pap smear adalah tidak rumit dan tidak menyakitkan. Masa terbaik untuk menjalani Pap smear adalah apabila wanita tidak menstruasi.
Untuk dua hari sebelum ujian, elakkan perkara berikut kerana ia boleh menjejaskan keputusan ujian:
- Persetubuhan
- ’Douches’
- Ubat vagina (kecuali seperti yang diarahkan oleh doktor anda)
- Kontrasepsi vagina seperti pesseri kawalan kelahiran, krim, atau jeli
Pap smear biasanya sebahagian daripada pemeriksaan pelvik dan disertai dengan ujian payudara yang dilakukan oleh doktor. Ia hanya mengambil masa kira-kira satu minit untuk melakukan Pap smear semasa pemeriksaan keseluruhan ini.
- Wanita akan baring di atas meja pemeriksaan dengan lututnya perlu dibengkokkan dan kakinya akan berada dalam keadaan terkangkang. Semasa berbaring di atas meja pemeriksaan, doktor akan menggunakan instrument plastik atau logam kecil yang disebut spekulum untuk membuka vagina supaya dinding vagina dan serviks dapat dilihat dengan jelas.
- Sampel mukus dan sel akan diperolehi dari ektoserviks (bahagian rahim yang merebak ke vagina) dan endoserviks (pembukaan serviks) dengan menggunakan pengikis kayu atau penyapu/berus serviks yang kecil.
- Sampel sel akan disapu secara rata di atas slaid kaca dan disembur dengan spray penahan. Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan yang lebih terperinci di bawah mikroskop. Pada masa sekarang, boleh dikatakan semua hospital sudah mula menggunakan jenis Pap smear yang baru yang dikenali sebagai ujian ThinPrep, sampel akan dimasukkan ke dalam botol khas dan dihantar ke makmal untuk penyediaan dan pemeriksaan
- Ahli sitologi (pakar yang dilatih untuk melihat sel-sel dan mentafsirkan ujian Pap smear) akan mengkaji hasil daripada ujian tersebut.
- Rasa tidak selesa semasa ujian mungkin berlaku. Kebanyakan wanita tidak merasa apa-apa atau merasa tekanan. Berbaring dengan tenang akan membantu menghentikan sebarang ketidakselesaan. Anda harus bernafas dengan perlahan-lahan dan menumpukan perhatian dengan menenangkan bahagian perut dan kaki.
- Pap smear sepatutnya sesuatu yang tidak menyakitkan. Jika seseorang wanita mengalami kesakitan semasa ujian, dia harus memberitahu doktor.
Apakah kepentingan ujian pap smear?
Kanser serviks adalah punca keempat kematian yang berkaitan dengan kanser dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Cara terbaik untuk mengesan kanser serviks adalah dengan menjalani ujian Pap smear setiap tahun.
- Pap smear dapat mengesan jangkitan virus tertentu seperti papillomavirus manusia (HPV), yang diketahui boleh menyebabkan kanser serviks.
- Rawatan awal terhadap perubahan prakanser yang dikesan melalui Pap smear boleh menghentikan kanser serviks sebelum ia merebak sepenuhnya.
- Seorang wanita mungkin mempunyai kanser serviks dan tidak tahu mengenainya kerana dia mungkin tidak mempunyai sebarang gejala.
- Kematian akibat kanser serviks telah berkurangan sejak bertahun-tahun kerana pencegahan, pemeriksaan, dan pengesanan awal melalui ujian Pap smear. Kebanyakan keputusan Pap smear yang tidak normal menunjukkan peringkat awal penyakit dan memerlukan pemerhatian yang teliti oleh doktor.
- Kini, pemeriksaan kanser serviks disyorkan setiap 3 tahun bermula pada usia 21 tahun. Pemeriksaan boleh dijalankan setiap 5 tahun untuk wanita berusia lebih dari 30 tahun jika ujian Pap smear dan ujian HPV dilakukan.
Siapa yang boleh menjalani ujian Pap smear?
- Tiada had umur untuk ujian Pap smear kerana kanser serviks akan meningkat seiring dengan usia di mana pada satu masa mungkin wanita sudah mula kurang ingin melakukan ujian Pap smear. Diagnosis bagi kebanyakan kanser adalah pada wanita berusia lebih dari 50 tahun.
- Walaupun selepas menopaus, seorang wanita harus terus menjalani ujian Pap smear seperti biasa.
- Wanita berumur lebih daripada 65 tahun yang mempunyai tiga atau lebih ujian Pap smear yang normal berturut-turut dan tiada keputusan ujian Pap smear yang tidak normal dalam tempoh 10 tahun yang lalu boleh memilih untuk berhenti menjalani ujian Pap smear.
- Sekiranya seorang wanita telah dibuang rahimnya, dia masih perlu menjalani pemeriksaan setiap tahun jika ada sejarah perubahan prekanser yang terdahulu melalui ujian Pap smear atau kanser organ reproduktif yang lain.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References