Terdapat beberapa punca masalah kencing tidak lawas. Antaranya adalah:
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak sepenuhnya sering tidak disedari sehinggalah sampai ke peringkat akhir. Peringkat ini boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau salur kencing yang tersumbat.
Kencing tak lawas
- 3 sebab utama masalah ini adalah:
- a) Pundi kencing hipotonik, juga dikenali sebagai pundi kencing yang malas. Keadaan ini menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikendalikan dan dikosongkan dengan baik.
- b) Prolaps faraj (Rahim jatuh), di mana struktur faraj boleh menekan uretra dan menyekat salur air kencing.
- c) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak dalam keadaan rileks semasa pembuangan air kencing. Kecederaan saraf tunjang, ‘slip disc’, pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkanmasalah penyingkiran air kencing.
- Pundi kencing prolaps, juga dikenali sebagai pundi kencing yang jatuh: Apabila dinding vagina yang menyokong pundi kencing lemah (sering disebabkan oleh usia), pundi kencing boleh jatuh atau turun ke dalam vagina. Punca-puncanya adalah tekanan sewaktu melahirkan anak, mengangkat objek berat, masalah sembelit kronik, dan kekurangan hormon estrogen akibat menopaus (hormon yang menguatkan otot faraj). Obesiti juga boleh menyumbang kepada pundi kencing yang prolaps.
- Jangkitan salur kencing,yang disebabkan oleh jangkitan bakteria pada buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan kelamin, salur kencing yang tersumbat, tiub kencing.
Prostat dan uretra
- Benign prostatic hyperplasia(BPH) adalah pembesaran kelenjar prostat (bukan kanser). Kejadian ini kerap terjadi dalam kalangan lelaki yang berusia.
- Kanser prostat di mana sel-sel kanser yang tumbuh dalam prostat akan memberi tekanan kepada organ dan struktur berhampiran prostat.
- Urethral stricture merujuk kepada penyempitan uretra dan memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing. Masalah ini kerap terjadi dalam kalangan lelaki muda dan lelaki tua berbanding golongan wanita dan remaja perempuan. Keadaan ini dianggap jarang berlaku kepada golongan wanita.