Pilihan untuk merawat kanser rahim anda bergantung kepada jenis dan tahap serius kanser serta status kesihatan anda.
Pembedahan
Pembedahan untuk membuang rahim disyorkan untuk kebanyakan wanita dengan kanser rahim. Kebanyakan wanita dengan kanser rahim menjalani prosedur yang melibatkan pembuangan rahim (“hysterectomy”) dan/atau tiub fallopian dan ovari (“salpingo-oophorectomy”). Prosedur “Hysterectomy” menjadikan peluang untuk mempunyai anak pada masa depan sangat nipis. Anda masih boleh cuba pengambilan anak angkat. Tambahan pula anda akan mengalami menopaus pada usia yang awal setelah pembedahan mengeluarkan ovari. Namun begitu, jika simptom menopause terlalu membimbangkan, doktor akan memberikan terapi hormon.
Radiasi
adiasi menggunakan sinaran tenaga yang berkuasa tinggi, seperti sinar-X dan proton untuk menyingkirkan sel-sel kanser. Dalam sesetengah kes, doktor anda mungkin mengesyorkan radiasi selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kanser berulang semula (relapse). Dalam keadaan tertentu, terapi radiasi juga disyorkan sebelum pembedahan untuk mengurangkan size tumor dan memudahkan ia untuk dibedah keluar.
Terapi hormon
Terapi hormon melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh. Terapi hormon mungkin menjadi pilihan jika anda mempunyai kanser rahim tahap akhir yang telah merebak organ di luar rahim.
Kemoterapi
Ia menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser. Anda mungkin menerima kombinasi ubat kemoterapi sama ada dalam bentuk pil (secara oral) atau suntikan melalui vena anda (intravena). Kemoterapi mungkin disyorkan untuk wanita dengan kanser rahim pada tahap akhir atau yang berlaku berulang kali yang telah merebak di luar rahim.
Penjagaan paliatif
Ia adalah rawatan perubatan khusus yang memberi tumpuan kepada mengurangkan rasa sakit dan gejala lain bagi penyakit tahap akhir. Pakar penjagaan paliatif bekerja dengan anda, keluarga anda dan doktor anda untuk memberikan sokongan tambahan yang melengkapi penjagaan berterusan. Penjagaan paliatif dijalankan seiring dengan rawatan agresif yang lain seperti pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi.
Untuk sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor pakar di klinik atau hospital berdekatan. Jika tiada kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.