Memerlukan petua menghilangkan discaj, gatal dan vagina berbau. Apakah punca masalah ini? Adakah ia sesuatu yang normal?

Anonymous
Salam sejahtera, doktor. Saya seorang wanita yang berumur 25 tahun. Saya sedang satu masalah yang berkaitan dengan vagina saya selama kira-kira 3-4 bulan sekarang. Saya selalunya mengalami discaj selepas kitaran haid saya. Discaj ini kadang-kala berwarna kehijauan atau jelas. Gejala ini sering diiringi oleh bau yang tidak menyenangkan. Bau ini merupakan bau hanyir seperti ikan. Saya rasa amat tidak selesa apabila mempunyai bau vagina ini.Selain gejala ini, saya juga mengalami kegatalan pada bahagian vagina saya dan kesakitan semasa membuang air kecil. Saya juga akan menghadapi kekejangan perut. Kitaran haid saya teratur dan tidak ada sebarang perubahan sejak saya mengalami tanda-tanda yang tidak normal ini. Saya cuba mencuci bahagian vagina saya dengan sabun mandi setiap kali saya mandi, namun tidak ada perubahan dan masalah ini masih berlarutan. Sewaktu saya mempunyai haid, saya tukar pad saya 2-3 kali sehari.Saya pernah menggunakan bahan pencuci kewanitaan yang berwangi untuk beberapa bulan dulu tetapi telah menghentikan penggunaannya selepas saya membaca sebuah artikel mengenai keburukan penggunaan bahan pewangi kewanitaan. Oleh sebab bau vagina saya sangat kuat, saya terlalu segan untuk berjumpa dengan rakan-rakan saya kerana takut mereka juga dapat menghidu bau yang tidak menyenangkan tersebut. Adakah vagina berbau normal dan dialami oleh semua wanita? Apakah nasihat doktor untuk saya?
Anonymous
Salam sejahtera, doktor. Saya seorang wanita yang berumur 25 tahun. Saya sedang satu masalah yang berkaitan dengan... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Anda haruslah mengenalpasti bau vagina anda yang normal untuk menentukan vagina berbau yang luar biasa. Setiap wanita mempunyai bau vagina yang berbeza. Anda mungkin mengalami jangkitan bakteria berdasarkan gejala yang anda nyatakan. Masalah ini boleh dirawati dengan ubat dari preskripsi doktor dan anda juga harus mengamalkan kebersihan faraj anda yang baik untuk menghilangkan bau ini.
Terima kasih atas soalan anda. Anda haruslah mengenalpasti bau vagina anda yang normal untuk menentukan<strong> vag... See More

Adakah vagina berbau normal?

    • Vagina mempunyai bau semulajadi yang dihasilkan sendiri oleh badan wanita. Bau faraj yang luar biasa berlaku dari semasa ke semasa. Ramai wanita rasa tidak senang dengan vagina yang berbau sehingga mereka menggunakan pelbagai produk pewangi dan kewanitaan. 
      • Walaupun anda menjaga berat badan dan faraj anda dengan baik, anda mungkin mengalami bau yang tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, apa yang tidak normal adalah bau yang berterusan atau kuat.  
        • Persoalan pertama yang perlu anda tanyakan kepada diri jika anda menganggap bau faraj tidak normal: Bau apa yang biasa dan normal? Vagina mempunyai bau asli dan setiap bau wanita berbeza. Aroma tipikal vagina yang sihat boleh digambarkan sebagai "musky" atau "fleshy." Kitaran haid boleh menyebabkan aroma tengik selama beberapa hari. Hubungan seksual dan peluh selepas bersukan boleh menukar bau faraj untuk sementara waktu.  
          • Vagina anda membersih dengan proses semulajadi. Faraj anda secara semula jadi boleh mengekalkan pH yang sihat dan ini mengelak dari jangkitan bakteria yang tidak sihat. Bau yang kuat, kegatalan atau kerengsaan, kesakitan semasa buang air kecil dan discaj yang luar biasa merupakan tanda-tanda yang mungkin vagina anda telah dijangkiti bakteria  

            Apakah jenis bau vagina berbau?

            Para wanita harus mengenali pelbagai jenis bau faraj supaya dapat merawat penyakit atau jangkitan yang dihadapi dengan segera. Antaranya adalah:

            • Bau seperti roti basi: jangkitan kulat biasanya menyebabkan gejala seperti kegatalan atau kesakitan semasa buang air kecil tanpa disertai bau. Apabila vagina berbau seperti ragi atau roti kemungkinannya anda menghadapi jangkitan punca daripada kulat.
            • Bau busuk: bau ini terjadi apabila tampon yang digunakan terperangkap di dalam vagina dan hanya boleh dikeluarkan oleh doktor pakar. Penggunaan tampon untuk tempoh yang sangat lama tanpa digantikan dengan tampon yang baru boleh mengakibatkan penyakit yang teruk seperti sindrom kejutan toksik (“toxic shock syndrome”).
            • Bau hanyir seperti ikan: bau ini boleh menanda dua jenis jangkitan faraj iaitu vaginosis bakteria dan “trichomoniasis”. Vaginosis bakteria adalah akibat pertumbuhan bakteria yang berlebihan sehingga menyebabkan gangguan kepada keseimbangan pH di dalam faraj. Jika bau ini menjadi lebih kuat selepas hubungan seksual, kemungkinannya anda mengalami vaginosis bakteria. “Trichomoniasis” pula jangkitan yang mengeluarkan bau hanyir bersama gejala seperti lendiran berwarna kehijauan dan kesakitan semasa membuang air kecil.
            • Bau musky/kasturi: bau vagina ini adalah paling kuat. Bau ini sering berlaku apabila anda berpeluh dengan banyak, memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau seluar dalam yang berbahan sintetik.
            • Bau seperti logam: bau ini dikeluarkan semasa haid. Bau logam ini terhasil daripada kombinasi bau darah dan bau semulajadi faraj.
            • Bau seperti cecair peluntur atau klorin: bau vagina ini adalah normal dan selalunya disebabkan oleh penggunaan kondom atau pelincir semasa hubungan seksual.
            • Bau manis atau bau bawang putih: punca bau faraj ini pula ialah disebabkan makanan yang dimakan. Sekiranya anda makan buah asam seperti limau atau nanas, vagina akan berbau manis. Pengambilan makanan yang mengandungi banyak bawang merah, bawang putih, atau brokoli boleh menyebabkan vagina berbau begini.

            Apakah cara menghilangkannya?

            Kadangkala, anda mungkin memerlukan bantuan untuk menghilangkan bau vagina yang berbau tidak normal. Cara-cara berikut boleh membantu anda secara semulajadi menghilangkan bau faraj yang luar biasa:

            • Pengamalan kebersihan faraj yang baik: bersihkan bahagian luar faraj secara berkala dengan kain dan sabun lembut. Loofah boleh menyebabkan kekoyakan kecil pada faraj dan mendedahkan kawasan itu kepada jangkitan. Pembersihan bahagian faraj akan mengeluarkan kulit yang mati, peluh, dan kotoran. Elakkan penggunaan sabun wangi atau bahan pencuci badan. Bau dan bahan kimia yang digunakan boleh mengganggu pH semula jadi faraj anda. Sabun buku mungkin lebih baik daripada sabun mencuci badan.
            • Penggunaan produk “deodorizing” luar: penggunaan bahan semburan atau minyak wangi harus digunakan hanya di bahagian luar faraj anda dan bukan di dalam faraj anda. Jika bahan-bahan dimasukkan ke dalam faraj, ini boleh mengganggu proses kimia semulajadi di dalam faraj anda dan mengakibatkan masalah yang lebih teruk.
            • Pertukaran seluar dalam yang kerap: anda dinasihatkan untuk memakai seluar dalam yang berbahan kapas. Kapas dikatakan boleh menyerap peluh dan cecair badan dengan baik dan mempunyai ciri pengaliran udara yang baik. Seluar dalam yang berbahan satin, sutera atau nilon tidak digalakkan kerana tidak mempunyai ciri yang boleh menghilangkan peluh dengan secukupnya. Kelembapan yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan pada tahap bakteria semulajadi faraj anda dan mengakibatkan jangkitan di bahagian faraj.
            • Produk pH: penggunaan produk “over-the-counter (OTC)” mungkin boleh memulihkan pH semula jadi vagina anda. Sekiranya produk ini tidak membantu untuk menghilangkan bau vagina yang anda alami, anda haruslah merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya.
            • Minyak pati: rawatan minyak pati seperti minyak pokok teh dikatakan bahawa mampu membantu menghilangkan bau vagina yang tidak menyenangkan. Minyak pati ini mengandungi ciri antimikrobial dan antikulat semula jadi. Ini boleh membantu mengurangkan dan menghapuskan bakteria. Pertama, campurkan beberapa titisan minyak pokok teh dengan air. Kemudian, gunakan satu atau dua titik di bahagian luar vagina anda. Ulangi ini selama tiga hingga lima hari. Sekiranya gejala menjadi semakin teruk, hentikan penggunaan minyak ini.
            • Berendam dalam cuka: mandi panas yang kerap dan mandi panas secara lazimnya boleh mengganggu pH semulajadi faraj anda. Tuangkan secawan atau dua cuka sari apel ke dalam air mandi dan rendam selama 20 minit. Cuka secara semula jadi boleh mengurangkan bakteria pada bahagian vagina anda.
            • Rawatan preskripsi: rawatan ini boleh membantu menghapuskan punca-punca yang menyumbang kepada vagina yang berbau. Sekiranya rawatan di rumah atau OTC anda tidak berjaya, mungkin masa untuk mendapatkan rawatan daripada doktor anda.
            • Pertukaran pad semasa haid: anda haruslah amalkan pertukaran pad yang kerap semasa haid dan elakkan penggunaan satu pad untuk tempoh yang panjang. Penggunaan pad untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan jangkitan yang serius.
            • Makanan bersumber bakteria baik: pengambilan makanan yang mengandungi bakteria yang baik untuk imun badan seperti yakult, sayuran hijau, dan yogurt boleh mengukuhkan pertahanan badan terhadap jangkitan bakteria, kulat atau mikroorganisma yang lain.
            Sekiranya bau vagina anda tidak pulih walaupun telah mencuba cara-cara untuk menghilangkannya dan amat membimbangkan, anda haruslah mendapatkan rawatan daripada doktor anda atau boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

            References