MMR adalah singkatan bagi tiga jenis penyakit disebabkan oleh virus iaitu, Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella. Virus rubeola yang menyebabkan measles dan rubulavirus yang menyebabkan mumps merupakan dari genus yang sama iaitu, paramyxovirus. Manakala rubella disebabkan oleh rubella virus merupakan dari keluarga togaviridae. Ketiga-tiga penyakit ini merebak melalui udara dan sentuhan selain dari berkongsi pelbagai ciri epidemiologi yang sama.
Vaksin MMR Untuk Mengelak Penyakit Berjangkit Measles, Mumps & Rubella
Apakah Maksud Vaksin MMR?
Bilakah Suntikan Vaksin MMR Diberikan?
Di Malaysia, vaksin MMR ini diberi percuma kepada bayi yang lahir di Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu untuk risau mengenai harga vaksin MR atau vaksin campak ini. Peluang ini haruslah dihargai oleh rakyat Malaysia.
Mengikut jadual imunisasi KKM 2019, vaksin MMR akan diberikan sebanyak 2 dos ketika bayi berumur 9 dan 12 bulan. Manakala jadwal imunisasi MR di Malaysia iaitu dos tambahan untuk mumps dan rubella diberi ketika kanak-kanak berumur 7 tahun. Hanya di Sabah, suntikan tambahan untuk measles akan diberikan sebanyak sekali ketika bayi berumur 6 bulan
Siapakah Yang Harus Diberikan Vaksin MMR?
Secara amnya, di Malaysia setiap bayi yang lahir wajib mendapatkan vaksin ini kerana ia telah dimasukkan ke dalam jadual imunisasi nasional. Hal ini adalah satu kelebihan bagi rakyat Malaysia. Namun, bagi negara yang tidak memberikan vaksin MMR ini secara menyeluruh, berikut merupakan golongan yang disarankan untuk mengambil vaksin ini:
Kanak-kanak
CDC mengesyorkan semua kanak-kanak mendapatkan dua dos vaksin MMR (campak-mumps-rubella). Malaysia telah mengimplimentasi vaksin ini ke dalam jadual imunisasi nasional.
Orang dewasa
Individu yang tidak mempunyai bukti ketahanan imuniti harus mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin MMR.
Akan tetapi, individu yang berisiko tinggi untuk jangkitan measles dan mumps harus memastikan bahawa mereka mempunyai dua dos yang dipisahkan sekurang-kurangnya 28 hari antara dos pertama dan kedua. Individu tersebut adalah termasuk
- pelajar di institusi pendidikan tinggi
- kakitangan kesihatan
- pelancong antarabangsa
- Individu yang dianggap berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan semasa wabak oleh pihak berkuasa kesihatan awam
Pelancong antarabangsa
Bagi yang berumur 6 bulan ke atas harus mendapatkan vaksin measles sebelum melakukan perjalanan antarabangsa. Sebelum perjalanan
Kakitangan kesihatan
Wanita
Wanita disarankan untuk memastikan bahawa mereka telah pun mendapatkan vaksin MMR sebelum mengandung.
Siapakah Yang Tidak Perlu Mengambil Vaksin MMR?
Terdapat beberapa keadaan di mana vaksin ini tidak boleh diambil atau disarankan untuk ditangguh pengambilannya. Antaranya:
- Mengalami reaksi alergi yang teruk dan mengancam nyawa setelah mendapatkan vaksin MMR, atau mempunyai alergi teruk terhadap mana-mana bahagian vaksin mungkin disarankan untuk tidak diberi vaksin.
- Sedang mengandung, atau berkemungkinan hamil. Wanita hamil harus menunggu sehingga mereka melahirkan bayi untuk mendapatkan vaksin MMR. Selain itu, kehamilan harus dielak sekurang-kurangnya 1 bulan setelah mendapat vaksin MMR.
- Mempunyai sistem imuniti yang lemah kerana penyakit (seperti barah atau HIV / AIDS) atau disebabkan rawatan perubatan (seperti radiasi, imunoterapi, steroid, atau kemoterapi).
- Terdapat sejarah masalah sistem imun dalam ahli keluarga seperti ibu bapa dan adik beradik
- Mengalami keadaan yang menyebabkan seseorang individu mudah lebam dan berdarah.
- Menerima transfusi darah atau produk darah yang lain. Anda mungkin disarankan untuk menangguhkan vaksinasi MMR selama 3 bulan atau lebih dari tempoh anda menerima produk darah tersebut.
- Menghidapi penyakit tuberculosis
- Telah mendapat vaksin lain dalam tempoh 4 minggu yang lalu. Vaksin hidup yang lemah (live attenuated vaccines) mungkin tidak berkesan sekiranya diberi dalam tempoh yang dekat.
- Tidak sihat. Penyakit ringan, seperti selesema, biasanya masih boleh mengambil vaksin. Seseorang yang sakit sederhana atau teruk mungkin harus menangguh dahulu pengambilan vaksin. Doktor akan memberi nasihat kepada anda mengenai masa untuk mengambil vaksin tersebut.
Berapa Lamakah Kesan Vaksin Ini Bertahan?
Vaksin MMR sangat berkesan untuk melindungi seseorang dari campak (measles), gondok (mumps), dan rubela, serta mencegah komplikasi yang disebabkan oleh penyakit ini. Individu yang menerima dua dos vaksin MMR sebagai kanak-kanak. biasanya telah terlindung seumur hidup dari virus tersebut dan tidak memerlukan dos tambahan. Dos tambahan mungkin diperlukan jika anda berisiko terkena wabak gondok (mumps).
Satu dos vaksin MMR berkesan 93% terhadap measles, 78% berkesan terhadap penyakit mumps, dan 97% berkesan terhadap rubella. Dua dos vaksin MMR berkesan 97% terhadap measles dan 88% berkesan terhadap penyakit mumps.
Adakah Terdapat Kesan Sampingan Vaksin MMR Ini Kepada Anak Saya?
Vaksin MMR sangat selamat, dan berkesan untuk mencegah penyakit measles, mumps dan rubella. Namun, seperti mana ubat lain,vaksin juga boleh memberi kesan sampingan. Akan tetapi, bebilangan besar orang yang mendapatkan vaksin MMR tidak menghadapi masalah serius. Malahan, kesan sampingan vaksin MMR ini jauh lebih selamat daripada mendapat penyakit measles, mumps dan rubella.
Antara kesan sampingan umum vaksin MMR adalah:
- Sakit lengan disebabkan suntikan
- Demam
- Ruam
- Kesakitan sementara dan kekakuan pada sendi yang kebiasaannya berlaku pada wanita remaja atau dewasa yang tidak mempunyai kekebalan terhadap komponen rubella vaksin
Terdapat risiko kecil vaksin ini menyebabkan sawan demam panas (febrile seizure). Namun, sawan ini jarang berlaku dan tidak menyebabkan dengan kesan pada jangka masa yang panjang. Kerana risiko medapat sawan demam panas ini meningkat ketika bayi membesar, maka disarankan agar mereka mendapat vaksin awal seperti yang disarankan.
Sebilangan orang mungkin mengalami bengkak di pipi atau leher. Ianya jarang berlaku namun Vaksin MMR boleh menyebabkan jumlah platelet rendah untuk tempoh yang singkat. Masalah ini biasanya hilang tanpa rawatan dan tidak mengancam nyawa.
Jarang sekali berlaku namun, seseorang boleh mengalami reaksi alergi yang serius terhadap vaksin MMR. Sesiapa yang pernah mengalami reaksi alergi yang mengancam nyawa terhadap antibiotik neomycin, atau komponen lain dari vaksin MMR, tidak boleh mendapatkan vaksin.
References