jawahir

5 tahun

Ada bintik putih di kepala tapi tak gatal

Saya umur 15 ada bintik putih di kepala tapi tak gatal. Adakah itu kutu rambut?

Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Berdasarkan kenyataan anda di atas, ada kemungkinannya bahawa bintik putih di kepala anda merupakan telur kutu rambut. Selain penyakit kutu, terdapat pelbagai kondisi yang boleh menyebabkan bintik-bintik putih di kepala seperti psoriasis, jangkitan kulat dan kelemumur.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor supaya rawatan yang sesuai boleh diberi kepada anda.

Kutu rambut merupakan sejenis kondisi yang amat biasa terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Biasanya kutu rambut akan menyebabkan kegatalan dan anda mungkin dapat merasai pergerakan kutu rambut di kulit kepala anda.

Jika anda disahkan menghidap jangkitan kutu rambut, maka anda perlu membasuh rambut anda sepenuhnya dengan menggunakan syampu biasa. Selepas itu, tanpa mengeringkan rambut, anda perlu menggunakan sejenis sikat yang khas untuk mengeluarkan kutu dan telur-telur kutu tersebut.

Kaedah ini harus diulangi pada hari ke-5, ke-9 dan ke-13. Jika kaedah sikatan rambut tidak berkesan, syampu yang mengandungi ubat pembasmi kutu boleh digunakan.

Semua pakaian dan perkakas persendirian anda juga harus dibasuh dengan air panas untuk membasmi kutu.

Anda digalakkan untuk bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Untuk menjawab soalan anda, ia berkemungkinan besar ia adalah telur kutu. Telur kutu berukuran sekitar 1/16 inci yang biasanya berwarna putih, atau kuning-coklat.

Anda boleh menggunakan ubat atau cara konvensional untuk membunuh telur kutu. Pertama, anda boleh membeli ubat yang mengandungi bahan aktif seperti:

  • Piperonyl butoxide dengan pyrethrins
  • Losyen Permethrin
  • 1%, Spinosad
  • Dimethicone

Ubat ini boleh digunakan tiga kali seminggu untuk kesan yang baik. Melainkan ubat, anda juga boleh mengunakan cuka, ia mempunyai beberapa faedah seperti:

  • Membersihkan kelemumur
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Kerana sifat asidnya ia boleh membubarkan gam melekit yang dihasilkan oleh kutu betina untuk melampirkan telurnya ke batang rambut.

Anda juga boleh menggunakan baking soda untuk membunuh kutu dengan menghentikan sistem pernafasan mereka. Campurkan 1 sudu baking soda kepada 3 sudu perapi rambut (hair conditioner).

Sapukan campuran ini kepada rambut anda dan bilas dengan syampu anti kutu. Pastikan anda mengulangi kaedah ini tiga kali dalam seminggu untuk penghapusan kutu lengkap.

Anda digalakkan untuk bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)