Sulit
4 tahun
Simptom long covid selepas sembuh dan mendapat vaksin covid-19
Saya wanita berusia 22 tahun. Pada akhir bulan 6 dan awal bulan 7 saya telah disahkan positif stage 3. Simptom yang saya alami adalah gatal2 dan naik ruam, pening,sakit tekak dan sebagainya. Pada bulan 7,saya telah mendapat vaksin Dose 1 dan seterusnya dos kedua pada bulan 8. Selepas memdapat vaksin, badan saya naik gatal2 dan ruam. Apabila saya pergi kee klinik,darah saya okeyh dan buat test covid yang saliva punya. Hasil keputusan adalah negatif. Tetapi sehingga ke hari ini, saya pening kepala, terasa loya, dada saya kadang² terasa sakit dan naik gatal2 dan ruam merah(naik selepas mendapat suntikan). Adakah saya terkena long covid? Apabila saya berjumpa dengan doktor lagi, doktor kata saya okeyh dan tidak tahu punca kenapa badan saya naik gatal2 tersebut. Apa perlu saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, loya, muntah, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang. Ramai doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC dengan 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































