Langkah Mencegah Serangan Asma Pada Anak

Baca Soalan

Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap nafas, tak lalu makan dan muka pucat bila terkena serangan asma. Malah, jika asma tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa! Jadi, apakah tips mencegah asma pada anak?

Orang kata biasalah, budak-budak sebelum nak besar dia akan sakit dulu. Ada ketikanya demam, selsema atau batuk. Tapi bila dah sihat mak ayah mesti rasa lega, kan? 

Tips mencegah asma pada anak: Apa itu asma?

Sebelum berkongsi tips mencegah asma pada anak, mari kami terangkan apakah maksud asma atau lelah. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.

Ini disebabkan pesakit diserang asma dan keradangan yang membuatkan lapisan dinding udara bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila sukar bernafas, biasanya pesakit asma akan mengalami nafas yang berbunyi, tersekat di bahagian dada atau sukar bernafas. 

Mengikut kajian, asma tak boleh diubati tapi ia memerlukan sistem imun yang kuat bagi membantu mencegah asma.

Akan tetapi penyakit asma ini akan hilang sendiri bila kanak-kanak menginjak ke usia dewasa tapi ada juga yang menghidp asma hingga ke tua. 

Tips mencegah asma pada anak: Punca serangan asma 

  • Alahan atau elergi
  • Udara sejuk seperti tidur dengan penghawa dingin sepanjang masa 
  • Senaman 
  • Jangkitan pernafasan 
  • Ubat-ubatan 
  • Pemakanan

 9 tips mencegah asma pada anak 

 1. Jauhkan anak dari habuk 

Bila nak kemas rumah, jangan letak anak berhampiran dengan tempat yang berhabuk kerana budak yang ada asma tak tahan dengan persekitaran yang berdebu.

Selain, jaga persekitaran rumah, biar ia sentiasa bersih dan tidak berhabuk. Itu termasuk juga dengan permainan anak, bila dah lama tak main mesti berhabuk, kan? Jadi bersihkan dulu sebelum beri pada anak untuk bermain. 

2. Keringkan anggota badan yang basah 

Tips mencegah asma pada anak seterusnya adalah selepas mandi, ibu kena lap segera tubuh badan anak supaya tubuhnya tak lembap dan basah. 

3. Elak dari sejuk

Selain itu, pakaian anak dengan baju dan seluar panjang agar dia tak berasa sejuk ketika tidur waktu malam, terutamanya jika anda menggunakan penghawa dingin di dalam bilik. 

4. Jangan berlengah jumpa doktor 

Sekiranya anda dapati anak sudah beberapa hari batuk dan selesama, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan dari doktor bimbang dia tak boleh bernafas. Ini kerana demam asma tak sama seperti demam biasa kerana ia membabitkan lubang pernafasan yang sempit. 

5. Amalkan pemakanan sihat 

Kalau dah tahu anak itu ada asma, janganlah bagi makan ais krim atau makanan dan buah-buahan sejuk. Tapi anda boleh bagi anak makan makanan yang lebih seimbang dan berkhasiat.

Itu juga tips mencegah asma pada anak. Di samping itu, galakkan si kecil minum banyak air kosong setiap hari agar tubuhnya tak kering dan sihat sentiasa. 

6. Elakkan haiwan berbulu

Budak-budak kalau dah jumpa haiwan berbulu macam kucing mesti dia akan cium dan belai-belai bulu kucing itu. Sebenarnya ia tak bagus kerana bulu haiwan itu akan melekat pada tubuh mereka lantas menyebabkan asma bertambah teruk.

Jadi, bila tengah kena asma elakkan anak bermain dengan haiwan berbulu ini. 

7. Jaga kebersihan tempat tidur

Sentiasa basuh tilam anak, cadar, bantal dan selimut. Bantal pun kalau boleh sidai sebentar di cuaca panas untuk hilangkan hama. Seterusnya tempat tidur anak akan sentiasa bersih dari habuk. 

8. Elakkan anak terdedah pada bahan kimia berbahaya 

Bila dah tahu anak ada asma, elakkan spray serangga seperti nyamuk atau pewangi udara kerana ia akan menyebabkan asma mereka bertambah parah. Kalau nak spray juga minta anak keluar sekejap ke luar rumah dan spray hingga baunya hilang. 

9. Jangan merokok depan anak 

Tolonglah! Berhenti merokok depan anak yang ada asma, kalau yang tak asma pun jangan!

Jika nak merokok, sila jauh daripada anak. Selepas itu cuci tangan dan mulut sebelum pegang atau mencium pipi anak. Semua ini adalah demi kesihatan anak kemudian hari. 


Jutaan terima kasih buat TheAsianParent.com atas kebenaran untuk menyiarkan artikel yang bermanfaat ini. 

Written by: TheAsianParent.com

Tickled Media

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?