Punca Dan Tips Merawat Demam Bayi

Baca Soalan

Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan suhu demam bayi mendadak naik. Antaranya ialah disebabkan oleh persekitaran yang tak sihat, cuaca tak menentu dan pemakanan.

Suhu normal manusia, biasanya ialah sekitar 36 °C manakala suhu demam bayi bacaannya bermula dari 38 °C hingga 40°C.

Tapi demam ini sebenarnya bukanlah penyakit. Ia kesan daripada tubuh yang sedang melawan penyakit seperti selesema, sakit tekak, batuk dan sebagainya. 

Apabila anda sudah bergelar ibu atau ayah, anda harus berhadapan dengan keadaan bayi demam. Ada ketikanya bayi akan merengek tak selesa kerana badan panas, menangis, merengek dan paling terseksa bila tak mahu tidur malam.

Aduhai, terpaksalah bersengkang mata jaga si kecil. Tabah ya ibu ayah! 

Meskipun begitu, suhu demam bayi harus diambil dan baca setiap satu jam sekali. Ini supaya anda boleh tahu jika ia berkurang dari masa ke semasa atau tidak.

Jika tak dipantau, bayi boleh terkena sawan yang terjadi akibat suhu demam bayi terlalu tinggi hingga mencecah 40 °C . 

Suhu demam bayi: Tanda-tanda bayi demam teruk 

Demam bayi ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama suhu demam bayi yang tidak terlalu panas dan boleh dikawal dengan makan ubat demam.

Keduanya, suhu demam bayi yang tinggi, kemudian disusuli dengan:

  • Muntah
  • Batuk berkahak 
  • Selesema teruk 
  • Hilang selera makan 
  • Lesu dan tidak mahu bermain 
  • Hanya mampu terbaring 
  • Timbul ruam/bintik-bintik merah 
  • Sukar bernafas atau nafas berbunyi 
  • Mulut kering kerana kekurangan air 

Jika melihat bayi anda ada salah satu dari simptom ini, segera bawanya ke hospital untuk dirawat. Anda perlu tahu, tubuh bayi tidak seperti orang dewasa, kalau makan sebiji pil panadol terus sihat.

Tapi kalau bayi, mereka ambil masa juga untuk sembuh kerana sistem imun dan antibodi mereka belum cukup kuat sepenuhnya. 

4 cara selamat mengambil suhu demam bayi 

  • Suhu demam bayi boleh diambil menggunakan termometer (boleh beli di farmasi). Tempat untuk check suhu demam bayi boleh dinilai melalui mulut, ketiak, telinga atau dahi.
  • Pastikan termometer yang digunakan bersih dari kotoran. Kalau boleh cuci guna sabun dan bilas dengan air bersih terlebih dulu sebelum guna. 
  • Posisi yang selesa untuk ambil suhu demam bayi adalah ketika si kecil sedang baring. 
  • Jika menggunakan termometer digital, anda perlu tahan selama seminit ke dua minit sebelum bunyi notifikasi keluar. Ia menandakan bacaan sudah dinilai. Tapi kalau termometer yang lagi canggih macam di hospital dan klinik swasta, anda tak perlu tunggu, letak sekejap di telinga bacaan akan keluar kemudiannya. 

Bagaimana nak kurangkan suhu demam bayi? 

Ikut 6 langkah ini bagi kurangkan suhu demam bayi anda iaitu:

  • Bagi bayi anda makan ubat demam seperti nasihat doktor. Ubat tersebut mestilah ubat yang telah diberikan oleh doktor di farmasi klinik, selepas terima rawatan. 
  • Buka pakaian bayi dan basahkan tubuhnya dengan air asam jawa supaya suhu demam cepat turut (InsyaAllah, memang mujarab, saya dah cuba!). 
  • Kerap basahkan kepala dan ubun-ubun bayi dengan air asam jawa tersebut. 
  • Mandikan bayi dengan air suam. Biar dia rasa selesa. 
  • Pakaian bayi pula mestilah yang selesa dan nipis. Contohnya, baju yang ada lubang-lubang. Itu sesuai sangat! 
  • Kerap berikan bayi minum susu badan atau formula untuk yang 6 bulan ke bawah. Manakala untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, selain susu, beri juga si kecil minum air kosong. Ini supaya tubuh tidak kering. 


Terima kasih kepada AsianParent.com atas kebenaran untuk menyiarkan artikel yang menarik ini.

Written by: TheAsianParent.com

Tickled Media

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?