Facts About Pap Smear Tests: Preventing Cervical Cancer
Tahukah anda bahawa kanser serviks pada peringkat awal mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala? Itulah sebabnya adalah penting untuk menjalani ujian Pap atau ujian HPV secara berkala untuk mengesan sebarang sel abnormal atau tanda-tanda kanser serviks yang sedang berkembang.
Walau bagaimanapun, jika kanser serviks sudah berada di peringkat lanjut, gejala-gejala berikut mungkin menjadi lebih ketara.
Berikut adalah beberapa gejala umum kanser serviks:
#1 Pendarahan
Tahukah anda bahawa pendarahan abnormal, terutamanya selepas hubungan seksual, secara lazimnya dikesan pada kanser serviks tahap awal?
Ini disebabkan oleh kerosakan pada serviks yang disebabkan oleh sel-sel kanser. Sebarang pendarahan vagina di luar kitaran haid yang biasa, seperti ketulan darah atau pendarahan selepas hubungan seksual, harus dipandang serius.1
#2 Keputihan Tidak Normal
Wanita yang menghidap kanser serviks juga mungkin mengalami keputihan yang tidak normal. Gejala ini adalah berbeza dengan keputihan yang sihat dan normal. Keputihan tersebut akan mempunyai bau yang kuat atau warna yang lain (seperti coklat atau berdarah).
Ini disebabkan oleh fistula yang berkembang di antara vagina dan pundi kencing atau rektum.2
#3 Sakit Ketika Berhubungan Seksual
Sakit semasa hubungan seksual, juga dikenali sebagai dyspareunia, yang mana ia boleh menjadi salah satu tanda kanser serviks. Jika anda mengalami sakit semasa hubungan seksual, ia boleh disebabkan oleh keradangan pada serviks dan menyebabkan sakit yang tajam ketika seks.3
Selain itu, gejala ini juga mungkin disertai dengan faktor lain seperti pendarahan vagina atau keputihan yang tidak normal.
#4 Tekanan dan Sakit Pelvis
Adakah anda mengalami sakit pada bahagian pelvis, tekanan atau kembung di bahagian abdomen? Walaupun ini jarang berlaku, lazimnya, ini boleh menandakan penyakit kanser serviks yang lanjut.
Jika kanser ini merebak ke organ berdekatan, anda mungkin mengalami sakit di bahagian pelvis. Kesakitan ini boleh menjadi ringan atau lebih teruk jika tidak dirawat.
Menurut Institut Kanser Negara, apabila kanser merebak ke nod limfa di kawasan pelvis, kawasan tersebut akan menjadi keras atau bengkak.4
#5 Berasa Terlalu Letih
Adakah anda merasa terlalu letih sejak menerima diagnosis kanser? Anda perlu tahu bahawa keletihan adalah gejala yang biasanya berlaku semasa dan selepas rawatan kanser serviks.
Keletihan adalah apabila anda merasa sangat letih dan kekurangan tenaga, walaupun setelah mendapatkan rehat yang mencukupi. Adalah penting untuk berbincang dengan pakar perubatan anda jika anda merasa keletihan yang abnormal supaya mereka dapat membantu anda mengenal pasti punca dan cara menguruskannya.5
Apa Yang Menyebabkan Kanser Serviks?
Kebanyakan kanser serviks disebabkan oleh jangkitan seksual yang dikenali sebagai jangkitan Human Papilloma Virus (HPV).6 Jangkitan HPV adalah virus yang biasanya disebarkan melalui aktiviti seksual antara satu atau beberapa pasangan.
Dengan ini, menjalani ujian Pap dan ujian HPV secara berkala adalah penting untuk mengesan sel-sel yang tidak normal sebelum ia berkembang kepada kanser.
Walau bagaimanapun, faktor risiko yang lain juga boleh menyumbang kepada perkembangan kanser serviks, seperti merokok dan sistem imun yang lemah.
Bagaimana Kanser Serviks Didiagnosis dan Dirawat?
Jika anda mengalami sebarang gejala yang disenaraikan, penting untuk berbincang dengan doktor anda dan memastikan anda diuji untuk kanser serviks.
Doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mungkin melakukan ujian seperti ujian Pap, HPV, atau imbasan imej (seperti MRI atau CT) untuk membantu mendiagnosis kanser serviks.
Doktor anda juga akan membincang dan membantu anda untuk menentukan langkah terbaik dalam merawat kanser serviks. Pilihan rawatan kanser serviks mungkin termasuk terapi radiasi, kemoterapi, atau pembedahan untuk mengeluarkan sel-sel kanser dari serviks.
Mencegah Kanser Serviks
Cara terbaik untuk mencegah kanser serviks adalah dengan mendapatkan vaksin HPV dan menjalani ujian Pap atau HPV secara berkala.
Vaksin HPV membantu melindungi anda daripada virus-virus tertentu yang boleh menyebabkan kanser serviks. Selain itu, ujian Pap yang dijalankan secara berkala boleh mengesan sebarang sel abnormal pada tahap awal dan membolehkan doktor untuk merawat anda.
Jika anda mempunyai faktor risiko atau mengalami sebarang gejala yang berkaitan dengan kanser serviks, sila berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Doktor anda dapat memberikan pemeriksaan keseluruhan untuk mendiagnosis keadaan anda. Pengesanan dan rawatan awal adalah kunci untuk pengurusan kanser serviks yang berjaya.