Fogging untuk Denggi: Adakah Ia Berkesan?

Fogging untuk Denggi: Keberkesanan, Risiko dan Pertimbangan | DoctorOnCall

Demam denggi menimbulkan risiko kesihatan yang serius di banyak kawasan. Penyakit ini disebabkan oleh virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes. Oleh itu, salah satu cara terbaik untuk mengawal penularan demam denggi adalah dengan mengurangkan populasi nyamuk. Fogging(pengabusan) adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengawal bilangan nyamuk. Dalam artikel ini, kita akan mengkaji secara mendalam rawatan untuk demam denggi dan keberkesanan serta amalan terbaik dalam mengendalikan penyakit ini. Jom kenali bersama-sama!

Mengapa Perlu Fogging?

Fogging menyediakan pendekatan yang cepat dan berkesan untuk mengawal populasi dewasa dengan berkesan.1 Titisan halus racun serangga boleh menutupi kawasan yang sukar dicapai dan mengurangkan bilangan nyamuk dalam tempoh yang singkat.2

Fogging mampu meliputi kawasan yang luas dan ini sangat berguna dalam penggunaan persekitaran bandar.

Memandangkan fogging mengurangkan bilangan nyamuk di sesuatu kawasan, ia adalah alat yang berharga dalam situasi kecemasan seperti wabak denggi.3Penggunaan segera boleh membantu memerangi penularan penyakit dan melindungi masyarakat daripada lonjakan aktiviti nyamuk.3 4

Apa yang Digunakan untuk Fogging?

Racun serangga yang digunakan dalam proses fogging dirumus khas untuk menyerang nyamuk dewasa yang sedang terbang.1 Ia berbeza daripada semburan lipas biasa yang direka khas untuk merawat serangga merayap seperti lipas. Perbezaan utama terletak pada cara penggunaan racun serangga serta jenis serangga yang dijadikan sasaran untuk dikawal.

Implikasi Kesihatan Akibat Fogging

Menyembur wap daripada racun serangga boleh menyebabkan risiko kesihatan. Kabus halus mengandungi zarah kecil racun serangga yang boleh dihidu. Berikut adalah beberapa info penting untuk dipertimbangkan5:

  • Gangguan Pernafasan: Penyedutan wap ini boleh menyebabkan gangguan sistem pernafasan seperti batuk, semput dan sesak nafas terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma.
  • Menjejaskan Mata dan Kulit: Sentuhan langsung dengan kabus boleh menjejaskan kerengsaan mata dan kulit. Adalah penting untuk mengelakkan pendedahan dengan berada di dalam rumah semasa operasi fogging dilakukan dan memastikan tingkap sentiasa ditutup.

Untuk meminimumkan risiko kesihatan, ikut nasihat daripada pihak berkuasa tempatan tentang cara melindungi diri anda semasa operasi fogging. Ini mungkin termasuk tinggal di dalam rumah, menutup sumber makanan dan air, dan menjauhkan haiwan peliharaan dari kawasan yang dirawat.

Amalan Terbaik untuk Fogging Denggi

  • Masa dan Kekerapan

Fogging yang berkesan memerlukan waktu yang strategik. Ia paling berkesan semasa waktu aktif nyamuk, biasanya pada waktu awal pagi atau lewat petang.6

Masa terbaik untuk menggunakan racun serangga bagi mengurangkan kes denggi ialah pada awal musim hujan, sebelum waktu kemuncak wabak denggi. Dengan memulakan pengasapan lebih awal, kita dapat melambatkan penularan denggi dan mengelakkan kes denggi daripada mencecah paras tinggi semasa musim hujan. Pendekatan ini lebih berkesan daripada menunggu sehingga wabak berada pada tahap paling teruk. Adalah penting untuk mempertimbangkan perubahan bermusim dan merancang fogging dengan sewajarnya untuk mengawal denggi dengan lebih baik di kawasan endemik.6

  • Memilih Racun Serangga yang Tepat

Memilih racun serangga yang sesuai adalah penting. Pilihan bergantung pada spesies nyamuk tertentu yang kebiasaannya membiak di kawasan itu. Berunding dengan pegawai kesihatan tempatan atau pakar kawalan serangga perosak dapat membantu menentukan penyelesaian yang paling berkesan.

Cabaran dan Pertimbangan Fogging sebagai Pencegah Denggi

1. Kesan alam sekitar

Penggunaan racun serangga dalam fogging menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap alam sekitar.7

 Adalah penting untuk memilih racun serangga yang baik untuk alam sekitar dan tidak memberi kesan negatif kepada ekosistem.7

2. Cuaca

Keberkesanan fogging dipengaruhi oleh keadaan cuaca seperti kelajuan angin, suhu, dan kelembapan.10 Cuaca buruk boleh menghalang penyebaran racun serangga, serta menjejaskan keberkesanan keseluruhan usaha mengawal nyamuk.8

3. Ketahanan terhadap Racun Serangga

Dari masa ke masa, nyamuk dapat mengembangkan daya tahan terhadap bahan yang digunakan dalam fogging.9 Ini boleh menimbulkan cabaran yang besar, yang memerlukan penyelidikan berterusan dan melaraskan formulasi racun serangga untuk mengekalkan keberkesanannya.9

4. Kesedaran dan Kerjasama Penduduk

Kempen fogging yang berkesan bergantung pada kesedaran dan kerjasama penduduk.10 Mendidik orang ramai tentang kepentingan pengasapan, menangani kebimbangan mengenai wabak denggi, dan mendapatkan sokongan untuk langkah pencegahan adalah penting untuk kejayaan kawalan wabak yang berterusan sebagai inisiatif pencegahan denggi.10

5. Rawatan Segera vs. Penyelesaian Jangka Panjang

Fogging berkesan dalam mengurangkan populasi nyamuk dewasa dengan cepat, tetapi ia adalah penyelesaian jangka pendek. Kaedah fogging dengan langkah pencegahan jangka panjang lain seperti mengawal kawasan pembiakan nyamuk, dapat mengurangkan penularan denggi.9

Fogging sebagai Fokus Penting dalam Pencegahan Denggi

Secara ringkasnya, fogging adalah kaedah yang berkesan dalam menangani demam denggi dan mengawal populasi nyamuk dengan cepat. Walaupun ia mempunyai kelebihan tersendiri, fogging juga mempunyai cabaran seperti kesan terhadap alam sekitar dan rintangan terhadap racun serangga. Untuk memastikan kejayaan dalam kawalan wabak denggi, adalah perlu untuk memilih racun serangga yang baik, memupuk kesedaran orang ramai, dan menggunakan racun serangga yang sesuai untuk keadaan lain. Dengan mengambil langkah berjaga-jaga. kita boleh mencegah demam denggi.

Rujukan

  1. “Mosquito 'fogging' will not harm you, reminds WHO and Solomon Islands Ministry of Health.” World Health Organization (WHO), 5 May 2014, https://www.who.int/westernpacific/about/how-we-work/pacific-support/news/detail/05-05-2014-mosquito-fogging-will-not-harm-you-reminds-who-and-solomon-islands-ministry-of-health. Diakses pada 22 January 2024.

  2. “Fogging to combat dengue: factors influencing stakeholders' attitudes in Malaysia - BMC Public Health.” BMC Public Health, 14 June 2023, https://bmcpublichealth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12889-023-16054-3. Diakses pada 22 January 2024.

  3. “Operational guidelines for Dengue prevention and control in emergency situation.” National Dengue Control Unit, https://www.dengue.health.gov.lk/web/index.php/ta/new-circular?download=49:operational-guidelines-for-dengue-prevention-and-control-in-emergency-situations. Diakses pada 22 January 2024.

  4. K. G. Thilanka N, et al. “Effect of dengue mosquito control insecticide thermal fogging on non-target insects.” Springer Link, https://link.springer.com/article/10.1017/S1742758416000254. Diakses pada 22 January 2024.

  5. O'Malley, Gerald F., and Rika O'Malley. “Insecticide Poisoning - Injuries and Poisoning - MSD Manual Consumer Version.” MSD Manuals, https://www.msdmanuals.com/home/injuries-and-poisoning/poisoning/insecticide-poisoning. Diakses pada 2 May 2024.

  6. “Optimal Timing of Insecticide Fogging to Minimize Dengue Cases: Modeling Dengue Transmission among Various Seasonalities and Transmission Intensities.” NCBI, 25 October 2011, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3201920/. Diakses pada 22 January 2024.

  7.  “Impact of pesticides use in agriculture: their benefits and hazards.” NCBI, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2984095/. Diakses pada 22 January 2024.

  8. “Influence of climate change and pesticide use practices on the ecological risks of pesticides in a protected Mediterranean wetland: A Bayesian network approach.” ScienceDirect, https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0048969723016364. Diakses pada 23 January 2024.

  9.  “NEA | Fogging should be used judiciously and not as a routine mosquito-control measure.” The National Environment Agency, 13 June 2022, https://www.nea.gov.sg/media/readers-letters/index/fogging-should-be-used-judiciously-and-not-as-a-routine-mosquito-control-measure. Diakses pada 23 January 2024.

  10. “Practices of Dengue Fever Prevention and the Associated Factors among the Orang Asli in Peninsular Malaysia.” PLOS, https://journals.plos.org/plosntds/article?id=10.1371/journal.pntd.0003954. Diakses pada 23 January 2024.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)

Penafian: Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat daripada ahli perubatan profesional. Sila rujuk kepada ahli perubatan profesional untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Imej ini menggambarkan pesakit hipotesis dan/atau profesional penjagaan kesihatan.

C-ANPROM/MY/DENV/0285 May 2024