Langkah Terbaru Pencegahan Denggi

Cegah Denggi? Kenali Langkah Terkini Di Sini! | DoctorOnCall

Denggi memberi ancaman besar kepada kesihatan awam, yang memberi kesan kepada jutaan orang dewasa dan kanak-kanak setiap tahun.[1]

Pengawalan denggi secara bersepadu menggunakan lebih daripada satu kaedah pencegahan untuk mengurangkan bilangan jangkitan denggi yang teruk.[2] Pengawalan bersepadu ini melibatkan peningkatan kesedaran masyarakat tentang penyakit, pembersihan kawasan, dan kempen penghapusan nyamuk, seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.[3]

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang denggi, perlindungan dari denggi, dan langkah-langkah pencegahan terkini.

Melindungi Diri dari Denggi

Terdapat banyak cara untuk melindungi diri daripada denggi, antaranya:[4]

  1. Mencegah pembiakan nyamuk Aedes dengan membuang air yang bertakung.
  2. Menggunakan produk penghalau nyamuk.
  3. Memasang kelambu di jendela.
  4. Melaksanakan jadual penyemburan kabus secara berkala.
  5. Pertimbangkan untuk mendapatkan vaksinasi bagi anda dan orang yang tersayang.

Apa Itu Pendekatan Bersepadu dalam Pengurusan Denggi?

Pendekatan bersepadu dalam pengurusan denggi, seperti yang digariskan dalam Strategi Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Pencegahan dan Kawalan Denggi, melibatkan penggunaan kombinasi strategi untuk menangani denggi dengan berkesan. Ini termasuk:[5][6]

  1. Keputusan berdasarkan bukti: Menggunakan penyelidikan saintifik untuk membimbing tindakan yang dilakukan seperti menghapuskan air yang bertakung untuk mengurangkan pembiakan nyamuk.
  2. Advokasi, mobilisasi, dan perundangan: Meningkatkan kesedaran, menganjurkan aktiviti gotong-royong, dan memperkasakan undang-undang untuk mencegah denggi.
  3. Kerjasama antara sektor: Bekerja bersama kerajaan, institusi kesihatan, sekolah, dan masyarakat untuk melawan denggi.
  4. Pembangunan kapasiti: Melatih individu untuk mengenal pasti simptom denggi, menggunakan produk penghalau nyamuk, menghapuskan tempat pembiakan, dan mendorong masyarakat untuk bertindak.
  5. Vaksinasi: Kaedah pencegahan ini kini tersedia di Malaysia. Di kawasan dengan kes denggi yang tinggi, WHO mengesyorkan vaksinasi untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 16 tahun.

Pengurusan Denggi Bersepadu di Malaysia

Sejak tahun 2011, Malaysia telah melaksanakan strategi pengurusan bersepadu untuk kawalan denggi.[7]

  • Pemeriksaan rumah: Pemeriksaan berkala untuk mengenal pasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di premis.
  • Rawatan Larvikid dan Adulticid: Penggunaan larvisida dan penyemburan kabus dengan insektisid untuk mengurangkan populasi nyamuk.
  • Pendidikan Kesihatan Awam: Mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penyertaan orang ramai dalam pencegahan denggi.

Malaysia telah menunjukkan kemajuan signifikan dalam pengurusan denggi. Setiap tahun, lebih daripada 13 ribu amaran dan 22,660 denda dikenakan kepada mereka yang didapati mempunyai larva Aedes di premis mereka.[8]

Kesimpulan

WHO mengesyorkan pendekatan bersepadu untuk menguruskan denggi, termasuk kawalan vektor, pendidikan awam, perlindungan peribadi, pemantauan penyakit, dan vaksinasi.[6]

Walaupun simptom ringan dapat dirawat di rumah, kes demam denggi parah memerlukan rawatan di hospital. Mendapatkan nasihat perubatan awal adalah penting jika anda disyaki menghidap denggi.

Setiap orang berisiko dijangkiti denggi, tidak kira siapa atau di mana anda berada.

Lindungi diri dan orang tersayang dengan langkah berjaga-jaga yang perlu. Dapatkan nasihat doktor tentang pencegahan denggi termasuk vaksinasi.

Rujukan

  1. World Health Organization. (2011). Comprehensive Guidelines for Prevention and Control of Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever. Diambil pada 24 November 2022, daripada WHO.
  2. Sandra Bos, G. G. (2018). Dengue: A Growing Threat Requiring Vaccine Development For Disease Prevention. Pathogens and Global Health, 294–305. Diambil pada 24 November 2022, daripada NCBI.
  3. “Malaysia: Dengue prevention and control - DREF Operation N° MDRMY010 - Malaysia.” ReliefWeb, 17 November 2023. Diakses pada 21 Mac 2024, daripada ReliefWeb.
  4. World Health Organization. (2022). Dengue and Severe Dengue. Diambil pada 24 November 2022, daripada WHO.
  5. World Health Organization. (2023). Dengue. Diambil pada 21 Mac 2024, daripada WHO.
  6. WHO. Global Strategy for Dengue Prevention and Control. Diakses pada 21 Mac 2024, daripada WHO.
  7. Ministry of Health Malaysia. (2020). Integrated Vector Management for Aedes Control. Diambil pada 22 Jun 2023, daripada MOH.
  8. Seng, Tham Ah. (‎2001)‎. Legislation for Dengue Control in Malaysia. Diambil pada 22 Jun 2023, daripada WHO.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd.200901025887 (868989-K)

Penafian: Maklumat ini tersedia untuk orang awam bagi tujuan informasi sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah atau penyakit kesihatan. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan perundingan dengan penyedia penjagaan kesihatan. Sila berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan anda untuk nasihat.

Imej-imej ini menggambarkan pesakit dan/atau profesional penjagaan kesihatan hipotetikal.

C-ANPROM/MY/DENV/0395 March 2025