- Demam viral (viral fever) adalah istilah untuk sekumpulan jangkitan virus yang menjejaskan kesihatan badan dan menyebabkan demam tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya dan muntah.
- Demam viral adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak dan orang tua kerana imuniti mereka lebih rendah. Jangkitan virus boleh berlaku di mana-mana bahagian badan misalnya usus, paru-paru, otak dan lain-lain. Demam yang tinggi biasanya merupakan tanda sistem imun badan memerangi jangkitan virus tersebut.
- Demam virus biasanya disebabkan oleh jangkitan virus melalui udara, walaupun ia boleh disebarkan melalui saluran air. Walaupun anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan, ia adalah hampir mustahil untuk mencegah jangkitan virus melalui udara.
- Demam virus membimbangkan dan dalam kebanyakan kes, ia boleh sembuh tanpa sebarang rawatan perubatan. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk membezakan antara jangkitan bakteria dan demam virus kerana mereka berkongsi gejala yang sama.
- Oleh itu, anda harus berunding dengan doktor jika suhu badan anda mencapai 102 darjah Fahrenheit atau jika suhu badan anda tidak menurun selepas 48 jam.
Bolehkah doktor menjelaskan apakah itu demam viral (Viral Fever) dan cara merawatnya?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah yang berumur 42 tahun yang mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Pada minggu yang lepas, suami saya telah mengalami demam yang tinggi. Kami telah berjumpa dengan doktor dan beliau memberikan ubat antibiotik untuk merawatnya. Beberapa hari kemudian, suami saya telah sembuh dan saya pula telah mengalami demam. Saya mengalami gejala sakit badan yang teruk, sakit kepala, keletihan, muntah-muntah dan kurang selera makan. Suami saya mengatakan bahawa demam saya mungkin dijangkiti daripada dia. Oleh itu, dia telah membelikan ubat antibiotik yang sama dari farmasi untuk saya. Walaupun saya telah mengambil ubat antibiotik tersebut, gejala saya masih sama dan tidak bertambah baik sehingga aktiviti harian saya terganggu. Oleh kerana ubat antibiotik tidak berkesan untuk saya, saya bimbang sekiranya keadaan ini sebenarnya adalah demam virus yang teruk. Apakah nasihat doktor?
Apakah itu demam virus
Apakah penyebab demam virus
- Demam virus berjangkit dari satu orang ke orang lain melalui sebarang bentuk hubungan dengan cecair badan individidu yang telah dijangkiti virus.
- Apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk, atau bercakap, semburan cecair yang keluar dari badan mereka mungkin masuk ke dalam sistem badan orang sekelilingnya. Apabila virus tersebut memasuki sistem badan anda, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dari 16 jam hingga 48 jam untuk menyebabkan simptom demam di dalam badan anda.
- Sesetengah “strain” demam virus yang merupakan punca demam berdarah disebarkan oleh nyamuk, gigitan “ticks”, atau melalui darah atau air mani orang yang dijangkiti. Sesetengah “strain” demam virus tertentu juga boleh memasuki badan manusia apabila seseorang menghirup udara berhampiran najis atau air kencing tikus yang dijangkiti.
- Demam virus boleh disebabkan oleh lebih daripada satu jenis virus. Penyebab demam virus yang paling biasa adalah jangkitan virus yang menjejaskan saluran pernafasan, misalnya “acute viral rhinopharyngitis” dan ia adalah penyakit berjangkit yang paling biasa.
- Selesema daripada jangkitan virus jarang menyebabkan komplikasi perubatan yang serius. Terdapat lebih daripada 200 virus berbeza yang boleh dikaitkan dengan selesema. Antara penyebab demam virus yang lain termasuk jangkitan sinus, virus “gastroenteritis”, “mononucleosis” (kissing disease), dan “seasonal influenza” (selesema bermusim).
Apakah tanda demam virus
Oleh kerana gejala demam virus sering menyerupai keadaan umum dan serius yang lain, anda harus mengambil tahu tentang gejala yang boleh membantu anda membezakan antara demam virus dan penyakit lain. Antara tanda yang anda perlu perhatikan adalah:
- Demam yang sangat tinggi
- Demam yang bersifat berselang-seli (berlaku secara berkala)
- Demam sehingga menggigil
- Demam yang tidak reda dengan ubat-ubatan
- Demam yang berlarutan untuk masa yang lama
- Sakit sendi
- Kemuntahan
- Muka bengkak
- Ruam kulit
- Sakit badan
- Kelemahan
- Keletihan
- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Pening kepala
- Sakit otot
- Keradangan tekak
- Selesema
- Tonsil yang menyakitkan
- Kurang selera makan
Bagaimanakah demam virus didiagnosiskan
Ujian Pengesanan Antigen Virus
- Apabila virus menjangkiti sel, ia menyebabkan antigen virus berkembang pada permukaan sel yang dijangkiti. Ia adalah antigen yang menyebabkan sistem imun anda menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan virus. Ujian pengesanan antigen virus sering disyorkan untuk menentukan punca demam virus kosnya yang rendah dan menawarkan hasil yang cepat dan tepat.
Ujian Antibodi
- Badan anda menghasilkan antibodi khusus untuk melawan jenis jangkitan tersebut. Oleh itu ujian darah antibodi akan menentukan jenis dan kuantiti antibodi dalam darah anda. Ujian ini akan membantu mengenal pasti virus penyebab demam viral anda agar dapat menentukan cara rawatan yang terbaik.
Ujian “Culture” Virus
- Ujian ini jarang digunakan melainkan jika demam virus berlarutan selama lebih daripada seminggu. Ujian ini memerlukan sampel cecair yang dijangkiti (darah atau air kencing). Sampel tersebut disimpankan dalam keadaan yang boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan virus tersebut. Perubahan sel yang berlaku akibat virus dapat dilihat melalui mikroskop. Kelemahan utama untuk ujian ini adalah masa untuk keputusan ujian yang lama.
Apakah rawatan demam virus
- Sering kali, tiada rawatan khas untuk demam virus. Doktor akan memberi ubat tahan sakit dan ubat demam untuk mengurangkan kesakitan dan suhu badan anda. Ubat antibiotik tidak diberikan kerana ia tidak berkesan terhadap virus.
- Ubat antibiotik hanya digunakan sekiranya jangkitan sekunder bakteria dikenal pasti. Rawatan antibiotik harus diambil untuk tempoh yang telah ditetapkan oleh doktor supaya jangkitan bakteria di dalam badan dapat dimusnahkan dengan efektif.
- Jika anda berhenti mengambil rawatan antibiotik di pertengahan tempoh yang ditetapkan, badan anda akan menghasilkan bakteria “antibiotic resistant”. Pada masa yang akan datang, ubat antibiotik yang diberikan untuk sebarang penyakit mungkin tidak dapat mengatasi jangkitan bakteria dalam badan anda kerana kehadiran bakteria jenis “antibiotic resistant” di dalam badan anda.
- Rawatan vaksin disyorkan untuk demam virus. Hal ini demikian kerana vaksin telah secara drastik mengurangkan bilangan kes penyakit-penyakit virus seperti polio, campak, dan cacar air. Di samping itu, vaksin boleh mencegah jangkitan seperti hepatitis A, hepatitis B, “human papilloma virus” (HPV), dan lain-lain.
- Rawatan jangkitan virus amat mencabar kerana virus boleh berlindung di dalam sel-sel badan daripada disingkirkan oleh ubat.Bagi sesetengah penyakit virus, seperti jangkitan virus herpes simplex, HIV / AIDS, dan influenza, ubat antiviral telah berada dalam pasaran. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat-ubatan antiviral tersebut telah dikaitkan dengan perkembangan “drug resistant microbes”. Justeru itu, penyelidikan secara lebih mendalam tentang kesan sampingan ini masih dijalankan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, anda boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dari para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References