Bahayakah kesan jangkitan kuman dalam darah (Septicaemia) kepada manusia?
Selamat pagi, doktor. Saya seorang anggota polis yang berusia 46 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya seorang suri rumah berusia 44 tahun. Kami mempunyai seorang anak sahaja yang berusia 16 tahun. Anak saya beberapa pada bulan lepas telah mengalami kemalangan dan kaki kirinya telah patah. Doktor telah meletakkan ‘plate’ di dalam dan ianya semakin sembuh. Namun demikian, baru-baru ini saya mendapati kaki anak saya kelihatan merah menyala. Apabila disentuh ia berasa panas dan anak saya mengadu sakit. Selain itu, dia juga demam sejak beberapa hari ini.
Saya membawanya ke hospital dan doktor bermaklum bahawa jangkitan kuman pada ‘plate’ yang berada dalam kakinya. Selain itu, selepas melakukan beberapa ujian, doktor juga mengatakan kuman tersebut telah memasuki saluran darah anak saya dan itulah sebabnya anak saya kelihatan agak serius. Saya langsung tidak tahu apa-apa mengenai masalah kuman dalam darah ini. Bolehkah doktor menceritakan masalah kuman dalam darah dengan lebih terperinci?
Apakah Maksud "Kuman Dalam Darah"?
Apakah Penyebab Kuman Dalam Darah?
Siapakah yang Berisiko Tinggi untuk Mendapat Kuman Dalam Darah?
- Golongan kanak-kanak
- Golongan orang tua
- Orang yang sedang menerima rawatan kemoterapi bagi penyakit kanser
- Orang yang tidak mempunyai limpa
- Golongan yang menerima rawatan steroid untuk jangka masa panjang
- Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, penyakit hati ‘cirrhosis’, AIDS atau HIV
- Seseorang yang mempunyai luka kebakaran atau luka yang parah
- Sesiapa yang mempunyai jangkitan seperti ‘meningitis’, ‘cellulitis’, ‘urinary tract infection’, ‘pneumonia’
Apakah Gejala Kuman Dalam Darah?
- Demam
- Menggigil
- Jantung berdegup kencang
- Tekanan darah yang rendah
- Kekeliruan
- Pening
- Air kencing yang berkurangan
- Ruam pada kulit
- Sakit pada sendi bahagian tangan, lutut, buku lali dan sebagainya
Apakah Rawatan Kuman Dalam Darah?
- Memberikan oksigen melalui tiub pada hidung atau mask oksigen.
- Memberikan antibiotik melalui kaedah ‘intravenous’ ke dalam saluran darah. Ini kemungkinan akan dapat membunuh hanya sesetengah kuman sahaja kerana kuman lain mungkin tidak sensitif kepada antibiotik yang diberikan. Oleh itu, kita harus menunggu keputusan ‘blood culture’ untuk mengetahui bakteria lain yang turut berada dalam darah dan sekali gus dapat menggunakan antibiotik lain pula untuk membunuh bakteria tersebut.
- Memberikan ‘saline’ melalui kaedah ‘intravenous’. Ini akan dapat membantu meningkatkan balik tekanan darah rendah yang dialami oleh golongan tersebut.
- Melakukan ‘drainage’. Ini dilakukan apabila jangkitan kuman dalam darah ini telah berleluasa sehinggan menjejaskan rongga perut. Oleh itu, ‘drainage’ akan dijalani untuk mengeluarkan segala nanah yang terkumpul dalam rongga perut.
Apakah Cara Mencegah Masalah Kuman Dalam Darah
- Hentikan tabiat buruk seperti merokok
- Elakkan minum alkohol
- Amalkan tabiat makan yang lebih berkhasiat
- Elakkan mengambil dadah
- Sentiasa menjaga kebersihan sendiri
- Melakukan senaman untuk badan yang sentiasa cergas
- Jauhi daripada individu sakit yang boleh berjangkit
Apakah Komplikasi Masalah Kuman Dalam Darah?
References