Apakah Tanda dan Penyebab Bengkak di Leher (Neck Swelling)?

Anonymous
Salam doktor. Saya seorang ibu kepada 3 orang anak. Anak pertama saya berumur 10 tahun, kedua 7 tahun dan ketiga 1 tahun. Anak pertama saya mengalami demam untuk seminggu dan dirawati dengan ubat demam dan antibiotik. Dia sudah pulih dengan baik. Sekarang, anak ketiga saya tidak ada selera makan sejak 3 hari yang lalu. Dia juga rasa demam. Dia kurang aktif dan sentiasa menangis ketika makan. Saya ada beri ubat demam yang diberikan oleh doktor untuk anak pertama saya, tetapi tiada perubahan. Saya perasan suara anak saya berubah menjadi perlahan ketika dia menangis.

 Dia pernah mengalami demam dan kurang selera makan sebelum ini tetapi tidak seteruk kali ini. Tiada anak saya yang lain juga mengalami gejala-gejala seteruk ini. Anak saya tidak pernah masuk ke wad sejak dia lahir. Imunisasinya adalah cukup. Imunisasi tambahan influenza dan “pneumococcol” juga telah disuntik. Anak saya dijaga oleh pengasuh bayi dan beliau memberitahu saya bahawa ada kanak-kanak yang beliau jaga juga mengalami demam. Saya syak anak saya menjangkiti demam dari rumah pengasuh bayi atau anak pertama saya yang baru pulih. Saya ingin mendapatkan nasihat doktor. Saya bimbang keadaan anak saya akan menjadi semakin teruk. Bolehkah keadaannya diubatit? Apakah nasihat doktor? 
Anonymous
Salam doktor. Saya seorang ibu kepada 3 orang anak. Anak pertama saya berumur 10 tahun, kedua 7 tahun dan ketiga 1 ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Benjolan di leher selalunya berkaitan dengan masalah pada kelenjar getah bening di leher. Kelenjar getah bening atau noda limfa merupakan satu organ yang kecil yang memainkan peranan penting dalam sistem pertahan tubuh. Kelenjar ini merupakan tempat sel-sel darah putih bertugas untuk melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria atau virus dan proses imun lain. Selain kelenjar getah bening, kelenjar lain dan organ-organ di sekitarnya juga boleh menyebabkan bengkak di leher. Berdasarkan tanda-tanda yang anak anda sedang mengalami, kemungkinan adalah keradangan tonsil. Keradangan tonsil adalah biasa dalam kalangan kanak-kanak. Keradangan ini boleh menjadi teruk jika tidak mendapatkan rawatan yang betul.
Terima kasih atas soalan anda. <strong>Benjolan di leher</strong> selalunya berkaitan dengan masalah pada kelenjar ... See More

Apakah penyebab bengkak di leher?

Terdapat banyak masalah kesihatan yang menjadi penyebab benjolan di leher sebelah kanan atau sebelah kiri. Tempat asal benjolan adalah penting untuk mengenalpasti penyebabnya dengan tepat. Penyebab benjolan di leher adalah berikut:

  • Radang tekak: penyakit “pharyngitis”faringitis bakteria menyebabkan radang tekak. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria “streptococcus” dan kerap mengakibatkan sakit tekak. Jaringan tisu dan struktur di sekitar ‘pharynx’ atau tekak akan mengalami jangkitan dan keradangan.
  • Kelenjar tiroid: kelenjar ini berbentuk kupu-kupu yang berada di hadapan leher dan tepat di depan tekak. Kelenjar ini boleh membengkak and mengakibatkan benjolan yang dikenali sebagai “goiter”. Penyebab “goiter” adalah kekurangan iodin, kelenjar terlalu atau kurang aktif, kanser tiroid.
  • Kanser: bengkak di leher merupakan tanda pertama untuk kanser mulut, tekak, dan pita suara. Kanser darah putih (leukemia), payudara atau paru-paru juga boleh menyebabkan benjolan di leher. Tabiat merokok dan minum alkohol adalah risikonya.
  • Kelenjar ludah: bengkak di leher sebelah kiri atau kanan selalunya berasal dari kelenjar ludah atau parotitis. Kelenjar ini berada di leher tepat di bawah rahang, di sekitar pangkal rahang bawah dan di bawah lidah. Jangkitan virus “mumps” adalah penyebab utama bengkak di sekitar kelenjar ludah. Pembesaran kelenjar parotid juga disebabkan oleh kanser kelenjar tersebut.
  • Radang tonsil: tonsil merupakan kelenjar yang memainkan peranan dalam sistem pertahanan tubuh yang aktif pada zaman kanak-kanak. Radang tonsil adalah biasa dalam kalangan kanak-kanak. Antara penyebab radang tonsil adalah jangkitan bakteria atau virus, penurunan imuniti badan, kekurangan kebersihan diri, kurang minum air dan kontaminasi zat kimia yang tertentu. Kes radang tonsil yang kerap berlaku dinasihatkan untuk membuang tonsil melalui pembedahan.
  • Kerengsaan dan alergi: kerengsaan oleh sebab geseran antara kulit atau pakaian juga boleh menyebabkan benjolan di leher. Alergi juga boleh menyebabkan kerengsaan akibat makanan, ubatan, suhu dingin atau bulu binatang tertentu.
  • Otot leher: kecederaan atau tortikolis boleh menyebabkan bengkak di sekitar otot-otot leher. 
  • Difteri: penyakit ini menjangkiti selaput lendir pada hidung dan tekak.
  • Abses: abses yang berasal dari gigi akibatkan jangkitan bakteria untuk antara penyebab benjolan di leher. Pada awalnya, bengkak ini berlaku di bawah gigi dan gusi. Apabila keadaan menjadi semakin teruk, bengkak akan menyebar ke jaringan bahagian bawah.
  • Kista/”cyst”: benjolan ini mengandungi cecair, udara atau nanah. Walaupun keadaan ini tidak seberapa bahaya, namun nasihat doktor harus didapatkan.
  • Limfoma: atau dikenali sebagai kanser sistem limfatik atau sistem imun tubuh. Terdapat dua jenis limfoma, limfoma “Hodgkin” dan limfoma “non-Hodgkin”. Perubahan yang tidak normal berlaku pada sel-sel limfosit dalam darah. Biopsi pada benjolan harus dijalankan untuk mengenalpasti penyakit yang tepat.
  • Penyakit autoimun: artritis reumatoid adalah peradangan kronik pada sendi. Lupus pula peradangan kronik yang boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh. Walaubagaimanapun, benjolan di leher tidak semestinya berlaku dalam penyakit-penyakit ini.

Apakah gejala bengkak di leher

Selain benjolan, gejala-gejala bengkak di leher adalah berdasarkan penyakit yang tertentu:
  • Radang tekak: sakit tekak, demam, susah makan, sakit kepala.
  • Kanser kelenjar tiroid: sakit di depan leher yang merebak ke telinga, perubahan suara, susah menelan dan bernafas, batuk yang tidak disebabkan oleh cuaca sejuk.
  • Hipotiroidisme: keletihan, berat badan meningkat, rambut kering dan kasar, keguguran rambut, kulit kering, tidak tahan sejuk, kekejangan otot, sembelit, kegelisahan, perubahan emosi, kehilangan libido.
  • Hipertiroidisme: keletihan, kelemahan otot, tangan berketar, perubahan emosi, kebimbangan atau kegelisahan, jantung berdebar laju, susah tidur, kulit kering, turun berat badan, kitar haid yang tidak normal. 
  • Kanser mulut: sakit yang semakin teruk, luka yang berdarah, sakit lidah, gigi longgar, gigi palsu yang tidak longgar, sakit atau kekejangan rahang, sakit tekak, susah mengunyah dan menelan.
  • Kanser pita suara: sakit tekak yang semakin teruk, batuk yang kerap, sakit semasa menelan, susah menelan, sakit telinga, susah bernafas, turun berat badan.
  • Kanser darah putih (leukemia): demam, menggigil, keletihan dan kelemahan, jangkitan yang kerap, turun berat badan tanpa sebab, pembesaran hati dan limpa, mudah lebam atau berdarah, pendarahan hidung yang berulang, sakit tulang, peluh berlebihan pada waktu malam.
  • Kanser paru-paru: batuk teruk, batuk berdarah, sakit dada yang semakin teruk ketika bernafas dalam dan batuk, perubahan suara, turun berat badan, kurang selera makan, susah bernafas, keletihan
  • Kanser tekak: susah menelan, perubahan suara, sakit telinga, rasa tidak selesa di tekak atau leher, berat badan turun tanpa sebab. 
  • Kanser kelenjar ludah: kurang rasa di bahagian muka, kelemahan pada sebahagian muka, sakit berterusan di kelenjar ludah, susah telan, susah untuk membuka mulut dengan besar.
  • Jangkitan virus “mumps”: kelenjar ludah bengkak dan sakit, demam, sakit kepala, sakit otot, kelemahan dan keletihan, kurang selera makan, sakit ketika mengunyah dan menelan.
  • Radang tonsil: tonsil bengkak, patch pada tonsil, sakit tekak, susah dan sakit ketika menelan, demam, perubahan suara, nafas berbau, sakit kepala, leher yang tegang.
  • Kerengsaan dan alergi: gatal, ruam di kulit, demam, kemuntahan, kurang selera makan.
  • Kekejangan otot leher: sakit semasa menggerakkan leher, kekejangan, sakit kepala.
  • Difteria: demam, sakit tekak lemas, sakit kepala, batuk, cairan dari hidung yang mengandungi darah atau nanah, sesak nafas. 
  • Abses: demam, sakit kepala, leher yang tegang, sakit leher, sakit telinga, sakit badan, menggigil, susah menelan, bercakap atau bernafas.
  • Kista: benjolan berisi cecair, udara atau nanah, demam, sakit yang tidak menyenangkan.
  • Limfoma: berat badan menurun, demam, sering berpeluh dingin pada waktu malam. 
  • Penyakit autoimun: artritis reumatoid menyebabkan sakit sendi yang teruk, kekejangan, pergerakan yang terhadap. Gejala lupus pula ruam di kulit dan wajah yang simetri seperti kupu-kupu (“malar rash”), sakit sendi atau otot, gangguan organ dan demam.

Apakah rawatan untuk bengkak di leher

  • Rawatan untuk benjolan di leher juga berdasarkan penyakit-penyakit yang dinyatakan. Untuk keradangan, rawatan yang boleh diperolehi adalah ubatan antibiotik dan tahan sakit. Jika keradangan tonsil kerap berlaku, dinasihatkan untuk menjalani pembedahan untuk membuang tonsil.
  • Penyakit kanser dirawat mengikut tahap kanser tersebut. Selalunya, penyakit kanser dirawat dengan kemoterapi dan radioterapi.
  • Hipotiroidisme dirawat dengan ubatan tiroid manakala hipertitoidisme dirawat dengan ubatan anti-tiroid dan iodin.
  • Pembedahan untuk membuang kelenjar tiroid juga rawatan alternatif dalam sesetengah kes. Masalah alergi boleh diubati dengan ubatan steroid dan faktor alergi harus dikenalpasti supaya kekerapan masalah alergi boleh dikurangkan.
  • Difteria dirawat dengan ubatan antibiotik, manakala abses and kista berisi cecair atau nanah pula dirawat dengan antibiotik atau prosedur hirisan dan saliran.
  • Penyakit autoimun dirawat dengan ubatan steroid atau DMARDs.

Bila anda harus jumpa doktor

Sesetengah orang mengalami bengkak di leher tanpa mengalami gejala-gejala lain. Ada sesetengah golongan yang mengalami gejala-gejala lain tanpa mempunyai benjolan di leher. Sekiranya mengalami gejala yang berikut:

  • Benjolan keras
  • Kelenjar membesar tanpa sebab yang jelas
  • Benjolan semakin membesar
  • Demam berterusan
  • Turun berat badan tanpa sebab
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Sakit tekak yang menyusahkan penelanan atau pernafasan
Pemeriksaan yang teliti harus dijalani untuk menentukan penyakit yang tepat supaya dapat dirawat dengan secukupnya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References