Benarkah Bahawa Chloroquine Mampu Merawat Pesakit Yang Dijangkiti COVID-19

Adakah Ubat Chloroquine Berkesan Untuk Merawat Jangkitan COVID-19? - DoctorOnCall
Anonymous
Hai Doktor! Saya menonton satu berita tentang sidang media di Amerika Syarikat oleh presiden Donald Trumph mengenai penggunaan Chloroquine bagi merawat jangkitan COVID-19. Oleh itu, persoalan saya adalah sejauh mana kebenaran bahawa ubat ini berkesan dalam membunuh virus COVID-19? Terima kasih.
Anonymous
Hai Doktor! Saya menonton satu berita tentang sidang media di Amerika Syarikat oleh presiden Donald Trumph mengenai peng... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hai dan terima kasih atas pertanyaan anda. Saya juga ambil maklum akan kenyataan yang telah diberikan oleh Presiden Donald Trump mengenai penggunaan Chloroquine. Untuk pengetahuan anda, ubat ini adalah salah satu ubat yang sedang dalam percubaan untuk merawat COVID-19. Sebilangan pesakit bertindak balas secara positif terhadap ubat ini. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak menunjukkan respond positif. Oleh kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri, orang ramai dilarang untuk mengambil ubat ini tanpa pengawsan doktor. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Chloroquine dan rawatan COVID-19, sila baca artikel di bawah.
Hai dan terima kasih atas pertanyaan anda. Saya juga ambil maklum akan kenyataan yang telah diberikan oleh Presiden Dona... See More

Pengenalan

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengisytiharkan pandemik terhadap wabak COVID-19 setelah trend penyebaran virus ini dilihat semakin meningkat di seantero dunia. Para saintis berlumba-lumba untuk mencipta vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti virus yang menyerang sistem pernafasan. Bagi mereka yang telah dijangkiti virus ini, saintis dan doktor bekerja siang malam untuk mencari penawar bagi masalah ini. Ubat Chloroquine kemudiannya diperkenalkan oleh Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat sebagai penawar jangkitan COVID-19 dalam sidang akhbarnya. Hal ini terjadi setelah mengambil iktibar kisah pasangan di Arizona yang telah menelan ubat chloroquine phosphate yang sepatutnya digunakan untuk membunuh parasit dalam kolam ikan mereka. Malangnya, suami meninggal dunia dan isteri dimasukkan ke hospital kerana mengambil antidote yang tidak dibuktikan oleh ujian klinikal. Persoalannya, adakah Chloroquine merupakan rawatan efektif bagi COVID-19 ?

Apa Itu Chloroquine?

Chloroquine merupakan ubat antimalaria yang digunakan untuk merawat atau mencegah Malaria. Ubat ini telah diluluskan oleh pakar perubatan dan sememangnya digunakan untuk tujuan ini. Jangkitan Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium dan disebarkan oleh nyamuk.

Mengapakah Ubat Antimalarial Ini Dikatakan Mampu Untuk Melawan COVID-19?

Ketika wabak MERS (jenis coronavirus) melanda pada tahun 2012, saintis telah bereksperimen dengan jutaan ubat menghalang serta melumpuhkan jangkitan MERS. Mereka mendapati bahawa Chloroquine merupakan salah satu ubat yang boleh menghalang coronavirus daripada menjangkiti sel badan manusia. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang mencukupi untuk membuktikan keberkesanannya. Penyelidik dari China, Perancis dan Amerika menguji keberkesanan ubat ini terhadap COVID-19 memandangkan mereka datang dari keluarga virus yang sama seperti MERS. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Chloroquine atau Hydroxychloroquine merupakan ubat untuk membunuh parasit namun COVID-19 merupakan bukanlah tergolong dalam kategori tersebut kerana ia ialah virus. Oleh itu, bagaimanakah ubat ini mampu utntuk melawan virus? Penyelidikan menunjukkan bahawa Chloroquine boleh mengubah keasidan permukaan sel manusia, dengan itu mencegah virus daripada menjangkiti seseorang. Chloroquine juga dipercayai merangsang tindak balas imun badan.

Penyelidik Perancis baru-baru ini datang dengan data baru yang mengatakan bahawa gabungan Hydroxychloroquine dan antibiotik Azithromycin mungkin lebih berkesan dalam memerangi virus ini. Mereka melakukan kajian awal ke atas 80 pesakit dan gabungan ubat ini dilihat mampu mengurangkan jumlah virus dalam badan Walau bagaimanapun, keadaan ini masih belum cukup dalam membuktikan kebolehan ubat ini.

Bolehkah Anda Mengambil Chloroquine Jika Anda Dijangkiti COVID-19 ?

TIDAK. Anda tidak sepatutnya mengambil ubat Chloroquine tanpa nasihat pengamal perubatan kerana data kajian klinikal belum mencukupi untuk membuktikan keberkesanannya. Selain itu, ubat ini akan menunjukkan kesan sampingan jika tidak diambil pada dos yang bersesuaian. Penggunaan ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh FDA membawa kebimbangan merupakan isu yang amat membimbangkan kerana ia dapat menimbulkan kesan sampingan, ketoksikan dan isu lain dalam perubatan. Sehingga kini, hospital hanya merawat simptom yang dialami sementara menunggu ubat sah untuk digunakan dalam melawan virus ini.

Ubat-Ubatan Lain Yang Sedang Dikaji Bagi Melawan Jangkitan COVID-19 ?

Selain Cholorquine, ubat antiviral Remdesivir juga sedang dikaji bagi melawan virus ini. Ubat ini telah terbukti berkesan dalam mencegah jangkitan virus seperti SARS, MERS dan Ebola. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan sebelum ia diangkat sebagai ubat standard rawatan jangkitan COVID-19. Ubat-ubat lain seperti Favipiravir (antiviral terhadap influenza Jepun) dan Kaletra / Aluvia (ubat HIV) sedang dikaji di beberapa kawasan di dunia.

Kesimpulannya

Semua perkara sedang dipertimbangkan dengan terperinci tidak kiralah ubat mahupun vaksin. Oleh itu, adalah lebih baik untuk melengkapkan diri dengan semua pengetahuan mengenai langkah pencegahan bagi mengelakkan mendapat jangkitan COVID-19. Bak kata pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati".

References