Jangka Hayat Virus COVID-19 Pada Sesuatu Permukaan Dan Cara Mengatasi Jangkitan

Ketahui Jangka Hayat Virus COVID-19 Pada Sesuatu Permukaan - DoctorOnCall
Anonymous
Selamat Sejahtera. Saya Raju berusia 25 tahun. Saya ada terbaca tentang langkah pencegahan penularan virus COVID-19 . Antara langkahnya termasuklah kerap mencuci objek di persekitaran. Saya tertanya-tanya tentang jangka hayat virus ini pada permukaan objek. Setahu saya, virus ini boleh hidup sepanjang 24 jam pada permukaan objek yang tidak dibersihkan. Saya harap doktor boleh memberi pencerahan. Terima Kasih.
Anonymous
Selamat Sejahtera. Saya Raju berusia 25 tahun. Saya ada terbaca tentang langkah pencegahan penularan virus COVID-19 . An... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada saya. Untuk makluman anda, tempoh jangka hayat virus ini bergantung kepada jenis permukaan objek tersebut. Objek boleh diperbuat daripada plastik, kaca, tembaga, keluli dan sebagainya. Permukaan yang berbeza ini mempengaruhi jangka hayat objek tersebut. Jangan risau, saya akan terangkan lebih lanjut bagi memudahkan pemahaman anda.
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada saya. Untuk makluman anda, tempoh jangka hayat virus ini bergantung kepada ... See More

Pengenalan

Seperti yang diketahui umum, virus COVID-19 boleh tersebar melalui cecair pernafasan antara manusia ke manusia yang lain. Penyebaran melalui cecair pernafasan ini berlaku apabila seseorang bersin dan juga batuk. Virus ini juga boleh dijangkiti melalui sentuhan pada objek dan permukaan yang telah tercemar. Pada mulanya, para pengkaji dan saintis tidak mempunyai maklumat tentang tempoh jangka hayat virus pada sesuatu permukaan. Namun begitu, kegusaran masyarakat tentang bahaya virus ini dan keraguan mereka untuk menyentuh sesuatu barang akibat khuatir dijangkiti oleh virus pada permukaannya menyebabkan para saintis mula mengkaji tentang perkara ini. Hal ini adalah bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang betul dan boleh mengambil langkah yang sepatutnya bagi mengelak jangkitan.

Jangka Hayat COVID-19 Mengikut Bahan Asas

Terdapat pelbagai bahan asas yang berada di sekeliling kita. Antaranya, kayu, logam, plastik, keluli tahan karat, tembaga, papan kad, aluminum, kaca, seramik dan kertas. 

Bahan yang diperbuat daripada besi, kaca, seramik dan kertas membolehkan virus hidup selama 5 hari. Objek logam yang lazim dijumpai dalam aktiviti seharian kita ialah tombol pintu, barang kemas dan barangan perak. Permukaan kaca seperti tingkap dan cermin boleh berada dimana-mana termasuklah di pejabat atau pusat membeli-belah. Perkongsian barangan seramik seperti cawan dan piring berpotensi menjadi sumber penyebaran COVID-19 terutamanya dalam kalangan ahli keluarga di rumah. Lebih-lebih lagi kertas, bahan ini adalah bahan yang digunakan secara meluas. Ia digunakan dimerata-rata tempat termasuklah di pejabat, di klinik, di tempat awam sebagai risalah iklan yang boleh dijumpai di bawah pengelap kereta. 

Dalam pada itu, virus COVID-19 boleh hidup di atas permukaan yang diperbuat daripada kayu sehingga 4 hari. Kita harus lebih peka terhadap perabot yang digunakan masyarakat umum terutamanya jika terdapat seseorang yang menunjukkan gejala jangkitan COVID-19.

Virus ini juga boleh bertahan pada permukaan plastik dan keluli tahan karat selama 2-3 hari. Sebagai contoh, bahan-bahan seperti plastik bungkusan makanan ringan, botol air mineral dan butang lif adalah antara permukaan plastik yang mungkin masih terdapat virus COVID-19.

Virus yang menjejaskan saluran pernafasan ini juga boleh bertahan sehingga 24 jam pada objek yang diperbuat daripada papan kad. Ramai dalam kalangan masyarat umum yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai barangan yang dibeli secara atas talian dan dihantar dari China. Oleh itu, maklumat ini perlu dipertimbangkan dan dititikberat apabila seseorang menerima pakej atau barangan yang dibelinya dari dalam atau luar negara. 

Bagi bahan yang diperbuat daripada aluminium, jangka hayat virus berkemungkinan sehingga 2-8 jam dan bagi objek tembaga, ia dijangka boleh hidup sehingga tempoh 4 jam. Antara contoh barangan yang diperbuat daripada aluminium adalah tin air minuman dan tin makanan. Tembaga merupakan bahan asas utama bagi objek seperti syiling yang digunakan dalam urus niaga tunai di kedai runcit dan sebagainya. 

Terdapat juga persoalan yang timbul pada minda seseorang tentang jangka hayat virus pada permukaan makanan segar lebih-lebih lagi apabila seseorang mengunjungi kedai runcit. Masih tiada bukti bahawa virus ini boleh disebar melalui makanan. Walaubagaimanapun, amalan mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibeli adalah amat digalakkan terutamanya jika ia dimakan secara mentah. Cuci dengan teliti dengan berus atau gosoknya dengan tangan sebelum menjamah.

Selain itu, virus ini juga tidak mempunyai daya tahan pada permukaan air. Kandungan klorin dalam bekalan air akan membunuh virus tersebut sebelum ia tiba di saluran paip rumah.

Langkah-Langkah Untuk Menghindari Jangkitan COVID-19 Melalui Sentuhan Pada Objek Sekeliling

Sudah pasti, kita tidak akan melakukan aktiviti harian tanpa menyentuh objek di sekeliling kita untuk melindungi diri daripada COVID-19. Oleh itu, langkah yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri termasuklah:

  • Membersihkan lapisan permukaan objek yang sering disentuh seperti tablet, telefon, komputer riba, tombol pintu, papan kekunci, pemegang dan paip.
  • Basuh tangan selepas pergi ke kedai runcit atau selepas membawa makanan untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 saat dengan menggunakan sabun dan air suam. 

Gunakan cecair pembasmi kuman/virus (sanitiser) selepas menyentuh permukaan awam seperti butang lif atau pintu pagar.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, COVID-19 bukan sahaja tersebar oleh cecair pernafasan melalui batuk dan bersin bahkan juga dengan menyentuh permukaan objek yang telah tercemar dengan cecair pernafasan yang mengandungi virus ini. Ingatlah, dengan mematuhi langkah-langkah kebersihan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa, ia merupakan satu-satunya cara melindungi diri dan orang tersayang dari jangkitan virus ini.

References