1. Mencuci Tangan
Setiap kali anda membaca artikel tentang wabak COVID-19, tentu anda akan temui arahan mencuci tangan atau membasuh tangan. Mengapa perlu cuci tangan. Apa yang begitu istimewa dengan mencuci tangan sehingga diulang berkali-kali?
Jika anda perasan, tangan adalah anggota badan yang paling banyak terdedah dengan kotoran. Bahagian tubuh inilah yang menyentuh permukaan permukaan yang mungkin tercemar dengan virus. Tidak kira di besi pemegang, kenderaan awam, tandas awam, tombol pintu pejabat, meja makan dan sebagainya.
Oleh itu, langkah mencuci tangan begitu penting dalam mencegah diri anda dan orang sekeliling daripada dijangkiti. Sebaiknya, cuci tangan dengan air serta sabun dan hanya gunakan sanitiser jika tiada air sahaja. Ini kerana penggunaan sabun dan air lebih efektif dalam membunuh virus yang mengandungi lapisan lemak pada permukaannya.
Jangan culas. Cuci tangan setiap kali sebelum dan selepas menyentuh sesuatu.
2. Ambil tahu tentang maklumat COVID-19 khususnya gejala jangkitan ini
Anda disarankan agar sentiasa cakna dengan perkembangan semasa wabak ini. Namun begitu, pastikan anda mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah seperti laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia dan WHO.
WHO menyenaraikan gejala yang sering berlaku kepada pesakit jangkitan COVID-19 adalah seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
3. Elakkan daripada berada di tempat awam jika anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi
Mereka yang berusia 60 tahun ke atas, yakni warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti masalah jantung lebih berisiko untuk jatuh sakit dengan keadaan yang lebih serius jika dijangkiti COVID-19 ini.
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, elakkan daripada berkunjung ke tempat awam atau melakukan aktiviti yang menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan.
4. Elakkan daripada menghadiri perhimpunan atau majlis keramaian
Seperti yang telah sedia maklum, virus ini amat mudah tersebar dan menjangkiti orang lain. Kawasan yang sesak dengan ramai orang lebih memudahkan virus ini tersebar kepada ramai orang. Apatah lagi, sukar untuk mengetahui status jangkitan seseorang. Oleh itu, elakkan daripada menghadiri keramaian sebegini bagi mengurangkan risiko jangkitan.
5. Duduk di rumah jika tiada keperluan atau urusan di luar
Semua orang dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak ini dengan lebih meluas lagi. Sekiranya perlu untuk keluar rumah, pergi ke tempat yang ingin dituju sahaja. Ambil masa yang paling singkat dan jangan keluar beramai-ramai.
6. Elakkan perjalanan ke negara-negara terjejas
Bukan mudah untuk mendapatkan harga tiket penerbangan ke luar negara dengan kadar yang murah. Namun tidak kira betapa murah tiket penerbangan, jangan ambil risiko kerana nyawa lebih penting.
7. Bersiap sedia untuk menghadapi keadaan darurat seperti “Total Lockdown” di negara serta kawasan anda atau jika anda perlu untuk melakukan isolasi iaitu kuarantin diri
Anda juga dinasihatkan untuk bersiap sedia untuk menghadapi keadaan darurat seperti sekiranya seluruh negara diarahkan untuk “Lockdown” atau anda perlu mengkuarantinkan diri selama 14 hari. Pastikan anda mempunyai bekalan asas yang cukup, namun tidak perlu berlebihan sehingga membazir dan menyusahkan orang lain.
8. Mengamalkan Penjarakkan Sosial
Penjarakkan Sosial atau “Social-Distancing” amat perlu bagi memutuskan rangkaian jangkitan ini daripada berterusan. Selain mengelakkan kawasan yang sesak dan perhimpunan umum serta keramaian, anda juga disarankan agar menjaga jarak sekurang-kurangnya satu meter dengan orang lain terutamanya dengan orang yang mengalami gejala batuk atau bersin.
9. Mengutamakan kesihatan anda
Tubuh yang sihat memudahkan kita melawan jangkitan penyakit. Walaupun diarahkan untuk kuarantin dan duduk di rumah, anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang. Anda juga boleh bergerak aktif di dalam rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah atau melakukan senaman ringan.
10. Ambil tahu tentang orang sekeliling anda seperti jiran anda yang berisiko yang tinggi
Walaupun diarahkan untuk berada di rumah, ia bukanlah alasan untuk anda tidak mengambil tahu tentang masyarakat di sekeliling anda terutamanya mereka yang menghidap sakit kronik dan yang telah berusia. Pastikan mereka mempunyai bekalan makanan yang cukup dan hubungi pihak berkuasa jika mereka perlukan pertolongan.
11. Dapatkan rawatan awal jika anda sakit
Sila segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti sakit tekak, batuk, sesak nafas dan demam. Namun, jangan terjah doktor anda, sebaiknya hubungi klinik sebelum datang untuk pemeriksaan atau dapatkan konsultasi secara atas talian.
12. Amalkan etika bersin dan batuk yang betul
Tutup mulut dan hidung dengan siku atau tisu apabila batuk atau bersin dan bukannya dengan tangan.
13Pakai topeng muka dengan betul
Gunakan topeng muka yang betul iaitu jenis topeng muka pembedahan (surgical mask) atau topeng muka N95
14. Bersihkan rumah dan barangan peribadi anda
Bersihkan ruangan dalam rumah terutamanya bahagian yang sering disentuh seperti tombol pintu, perabot, dan barang barang lain seperti alat kawalan jauh televisyen, telefon bimbit, kunci dan sebagainya.
Most households have a scrambled Rubik's Cube that has never been solved. Use the Rubik's solver to calculate the solution in only 20 steps!