Adakah Pemakaian Sarung Tangan Perlu Untuk Mencegah Jangkitan Coronavirus?

Mitos Atau Fakta: Penggunaan Sarung Tangan Mencegah COVID-19 - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkenaan dengan penggunaan sarung tangan ketika membeli belah sewaktu wabak COVID-19 ini. Saya perasan orang awam kebanyakkannya menggunakan sarung tangan sewaktu membeli barangan rumah di pasaraya. Adakah penggunaan sarung tangan ini dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti virus atau mungkin tabiat ini akan menyebabkan lebih banyak jangkitan. Mohon pencerahan daripada doktor.
Anonymous
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkenaan dengan penggunaan sarung tangan ketika membeli belah sewaktu wabak COVID-... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan tersebut. Saya juga perasan bahawa tabiat mengunakan sarung tangan ketika membeli belah semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang awam. Berdasarkan garis panduan yang sebetulnya, penggunaan sarung tangan dikhaskan untuk pengamal perubatan dan orang awam tidak perlu untuk memakainya ketika di temapat awam. Malah, tabiat seperti ini bakal memudaratkan keadaan sedia ada, Mari Ketahui lebih lanjut melalui artikel ini.
Terima kasih atas soalan tersebut. Saya juga perasan bahawa tabiat mengunakan sarung tangan ketika membeli belah semakin... See More

Pengenalan Berkenaan Sarung Tangan Dan Wabak COVID-19

Semenjak dunia digemparkan dengan wabak COVID-19, orang awam mula untuk memperagakan variasi pakaian perlindungan tidak kiralah yang didapati di kedai sehinggalah yang diperbuat sendiri. Takjubnya, ada segelintir pihak yang mengolah plastik sampah untuk dijadikan sebagai pakaian perlindungan dan pereka fesyen juga tidak ketinggalan dalam mencurah kreativiti dalam menghasilkan sut yang sama. Antara komponen yang digayakan selain pakaian perlindungan ialah topeng muka, cermin mata renang dan ada juga yang memakai sarung tangan. Am sedia mengetahui bahawa penggunaan topeng muka sememangnya perlu dalam mencegah COVID-19, namun bagaimana pula dengan penggunaan sarung tangan ? 

Jangan terkejut. Pengunaan sarung tangan dalam mencegah virus ini amatlah tidak efektif dan boleh mengeruhkan keadaan sedia ada. Berikut merupakan hujah dari kaca mata perubatan berkenaan dengan penggunaan sarung tangan. 

Sarung Tangan Menjadi Medium Penyebaran Virus

Tabiat menggunakan sarung tangan dalam kalangan orang awam terutamanya ketika membeli belah amatlah berleluasa dan perkara ini mendatangkan kebimbangan. Hal ini kerana, sarung tangan yang digunakan akan memindahkan virus dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh, seseorang yang mengunakan sarung tangan telah menyentuh pintu, kereta, kunci kereta dan kemudiannya mengunakan sarung tangan yang sama untuk membeli belah ataupun menyentuh perkakas yang ada di kedai.


Bayangkan jika pada tombol kunci kereta sudah dihinggapi virus ini, maka beliau secara tidak langsung telah menyebarkan virus ini ke kedai tesebut. Hal ini dapat dihindari jika seseorang itu mempraktikkan pencucian tangan mengunakan ‘hand-sanitizer’ yang mana banyak disediakan di setiap tempat membeli belah berbanding pemakaian sarung tangan. Tambahan pula, ramai orang awam kelihatan memperbetulkan posisi topeng muka dengan sarung tangan dan hal inilah yang merancakkan lagi risiko jangkitan.

Pelupusan Sarung Tangan Yang Kurang Baik Dan Tidak Mengikut Prosedur

Pengunaan sarung tangan merupakan kaedah standard yang dipraktikkan oleh pengamal perubatan dalam tujuan rawatan. Ia digunakan ketika melakukan prosedur perubatan yang tertentu sebagai contoh mengambil darah, pembedahan dan banyak lagi. Ia merupakan perlindungan daripada terkena darah pesakit dan pelupusan sarung tangan ini perlu mengikut tatacara yang betul bagi mengelakkan bahan lain tercemar. Pelupusan ini terdapat di pusat kesihatan sahaja iaitu sarung tangan ini hendaklah dibuang ke dalam tong sampah khas. Lebih parah lagi, segelintir pihak bukan hanya tidak membuang ke tong sampah khas malah dilemparkan di merata-rata tempat. 

Penggunaan Sarung Tangan Mewujudkan Budaya Malas Mencuci Tangan

Berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, langkah pencegahan standard merangkumi mencuci tangan mengunakan sabun atau ‘hand-sanitizer’. Hal ini kerana, perbuatan mencuci mampu menghindarkan daripada terkena virus tersebut. Penggunaan sarung tangan sudah pastinya tidak memerlukan seseorang itu untuk mencuci tangan mereka dan persoalannya adakah virus tersebut mati ? Sudah semestinya tidak. Jika perkara ini berlarutan, ia akan membentuk tabiat buruk dalam diri seseorang untuk tidak mencuci tangan walaupun dengan ketiadaan pemakaian sarung tangan. Amalkan sebeginilah yang merencatkan proses pencegahan.

Penggunaan sarung tangan bukanlah piawaian standard dalam mencegah jangkitan COVID-19 kecuali anda merupakan salah seorang daripada pengamal perubatan. Mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan hanyalah mencuci tangan setelah menyentuh apa-apa objek di kedai mahupun kawasan awam. Konklusinya, pemakaian sarung tangan sangat tidak digalakkan unuk mencegah jangktian COVID-19.