Ketahui Jenis Topeng Muka Dan Fakta Menarik Tentang Topeng Muka Buatan Sendiri

Bolehkah Topeng Muka Kain Melindungi Daripada Jangkitan COVID-19? - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, Doktor. Saya sedang berusaha mendapatkan topeng yang dicadangkan oleh pihak kesihatan. Walau bagaimanapun, sangat sukar untuk mendapatkannya kerana kerap kehabisan stok setiap kali saya mengunjungi farmasi. Saya mahu melindungi diri ketika berada di khalayak ramai. Oleh itu, bolehkah saya membuat topeng muka dari pakaian? Saya pernah melihat orang memakainya ketika pergi ke pasar raya. Terima kasih.
Anonymous
Salam sejahtera, Doktor. Saya sedang berusaha mendapatkan topeng yang dicadangkan oleh pihak kesihatan. Walau bagaimanap... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Topeng muka terbaik bagi mencegah penularan jangkitan sudah semestinya topeng pembedahan 3-lapis. Namun, jika anda tidak mempunyai gejala atau tidak berhubung dengan pesakit COVID-19, anda dibenarkan menggunakan topeng muka fabrik. Hal ini kerana kita haruslah mengutamakan bekalan topeng muka ini ke hospital di mana pekerja kesihatan lebih memerlukannya. Terdapat pelbagai jenis topeng muka dan akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini.
Terima kasih atas soalan anda. Topeng muka terbaik bagi mencegah penularan jangkitan sudah semestinya topeng pembedahan ... See More

Pengenalan

Sejak penularan wabak COVID-19, orang ramai kelihatan seakan-akan ‘ninja’ mengunakan topeng muka dengan pelbagai bentuk serta corak. Objektifnya, bukan lagak ingin menjadi superhero namun sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti virus COVID-19. Senario ini juga secara tidak langsung menjadikan kedai mahupun kilang pembuatan topeng muka menjadi tumpuan ramai. Tak kurang pula yang mula untuk mengambil kesempatan dengan menceburi bidang pembuatan topeng muka. Fenomena ini membuatkan ramai orang tertanya-tanya sama ada variasi topeng muka yang dijual boleh untuk dijadikan alatan pelindungan daripada COVID-19.

Jenis Topeng Muka

Mari kita kenali beberapa jenis topeng muka yang sering digayakan oleh orang ramai. Secara amnya, terdapat tiga jenis topeng muka iaitu topeng muka fabrik, surgical mask dan topeng muka N95.

  • Topeng muka fabrik merujuk kepada topeng muka yang diperbuat daripada kain ataupun apa-apa jenis fabrik. Ia pada awalnya dipopularkan oleh selebriti sebagai satu gaya dan menjadi trend dalam kalangan orang muda khasnya. Topeng jenis ini juga menjadi pilihan ketika wabak ini kerana ia mudah dipakai, terdapat dalam pelbagai corak dan boleh untuk dicuci. 
  • Surgical mask atau topeng pembedahan pula digunakan oleh pengamal perubatan khasnya ketika melakukan pembedahan dan ia bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terkena cecair berbahaya dan titisan besar. Namun ia kurang efektif dalam menapis partikel udara kecil.
  • Topeng N95 mendapat namanya kerana ia berpotensi untuk menapis partikel sehingga 95% dan topeng jenis ini dipakai oleh pengendali pesakit yang sudah disahkan positif jangkitan COVID-19

Sememangnya tidak dinafikan bahawa topeng muka fabrik ataupun kain tidak sama efektif topeng muka lain dalam mencegah jangkitan COVID-19 namun Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya tidak akan menghalang orang ramai daripada memakai penutup muka buatan sendiri. Namun begitu, pengamal perubatan yang mengendalikan kes COVID-19 hendaklah memakai topeng muka khas.

Perlu diakui juga bahawa topeng muka kain memiliki tahap kelembapan tinggi, terdedah kepada risiko pencemaran yang tinggi, boleh ditembusi partikel yang kecil dan akhirnya menjadi medium pembiakan kuman. Oleh itu, pengendalian terperinci perlu untuk dilakukan jika seseorang ingin terus memakai topeng muka jenis ini.

Cara Pemakaian Dan Pengendalian Topeng Muka Fabrik

Dari sudut positif pula, topeng muka kain mampu menjadi pelindungan kepada pencemaran udara terutamanya terhadap partikel udara yang besar. Ia juga melindungi seseorang daripada terdedah kepada cahaya matahari serta bau persekitaran yang kurang menyenangkan. Namun, langkah pencegahan yang paling afdal untuk dilakukan ialah, penjarakan sosial, mencuci tangan serta seboleh-bolehnya duduk di rumah. Jika anda perlu untuk keluar dan mengenakan topeng muka fabrik, sila praktikkan langkah berikut:

  1. Pemakaian tidak melebihi 3 jam
  2. Pastikan anda membasuh dengan bersih serta menjemur topeng muka tersebut
  3. Tidak meletakkan topeng muka tersebut di merata-rata tempat

Secara konklusinya, tiada halangan mandatori jika seseorang ingin mengenakan topeng muka kain selagi tidak mengendalikan pesakit COVID-19 ataupun berkontak rapat bersama mereka. Namun harus sentiasa beringat untuk mengamalkan kebersihan topeng muka tersebut. Kita jaga kita !