Cacar monyet atau monkeypox merupakan sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan ke manusia (zoonosis virus). Simptomnya hampir sama dengan simptom yang dilihat dalam penyakit jenis cacar (smallpox) pada satu ketika dahulu tetapi kurang serius secara klinikal. Setelah pembasmian cacar pada 1980 dan pemberhentian penghasilan vaksin cacar, cacar monyet muncul sebagai orthopoxvirus yang paling penting.
Cacar monyet biasanya berlaku di Afrika Tengah Dan Barat, berdekatan dengan hutan hujan tropika. Kes pertama cacar monyet dilihat pada seorang warganegara Kongo, Afrika Selatan pada tahun 1970. Semenjak itu, terdapat beberapa kes eksport yang dikenal pasti di Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom dan juga Singapura. Terdapat satu kes sahaja cacar monyet di Singapura yang disahkan pada Bulan Mei 2019. Walaubagaimanapun, tiada kes cacar monyet di indonesia dan Malaysia.