Radang Selaput Otak Adalah Penyakit Yang Merbahaya Dan Boleh Membawa Maut!

Menigitis: Penyakit Radang Selaput Otak. Ketahui Gejala & Rawatan- DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya mempunyai soalan yang ingin saya ajukan mengenai penyakit meningitis. Hal ini kerana penyanyi kegemaran saya iaitu Glenn Fredly telah meninggal dunia akibat penyakit ini. Saya sangat bersedih atas pemergian beliau. Menurut berita yang dikeluarkan beliau masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa sebelum itu. Namun setelah beliau mendapatkan rawatan di hospital, keadaan beliau merosot dengan mendadak hanya dalam masa tiga hari sebelum beliau meninggal dunia. Sepertinya penyakit ini sangat merbahaya dan boleh berlaku kepada individu yang sihat. Maka, apakah risiko bagi jangkitan ini dan bolehkah doktor menerangkan serba sedikit mengenai penyakit ini.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya mempunyai soalan yang ingin saya ajukan mengenai penyakit meningitis. Hal ini kerana penyan... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera. Saya turut berduka ke atas pemergian seniman yang berbakat seperti Glenn Fredly. Sememagnya penyakit meningitis ini adalah penyakit yang merbahaya dan ianya merupakan kecemasan perubatan. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang individu untuk penyakit ini adalah seperti tahap imuniti badan yang lemah disebabkan penyakit atau ubat-ubatan, diabetes, usia dimana meningitis disebabkan virus sering berlaku di kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahu serta kehamilan. Namun begitu, walaupun anda tidak ada risiko seperti yang dijelaskan, tidak semestinya anda tidak akan terkena jangkitan ini. Untuk memahami lebih lanjut mengenai penyakit ini, sila baca penulisan artikel di bawah.
Salam sejahtera. Saya turut berduka ke atas pemergian seniman yang berbakat seperti Glenn Fredly. Sememagnya penyakit me... See More

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Meningitis?

‘Meninges-’ adalah selaput di sekitar otak dan tulang belakang manakala ‘-itis’ bermaksud keradangan. Maka Meningitis bermaksud keradangan selaput yang menyelaputi otak serta tulang belakang. Kebiasaanya, penyakit ini disebabkan oleh virus. Antara virus yang boleh menyebabkan kondisi ini adalah seperti Haemophilus influenza, Cytomegalovirus, Enterovirus, Herpes Simplex, Varicella Zoster, Mumps, Measles dan HIV.

Selain itu, organisma lain yang boleh menyebabkan meningits adalah seperti

  • Bakteria
    • Selepas virus, jangkitan bakteria adalah antara yang biasa berlaku. Berbanding jangkitan virus, jangkitan bakteria adalah lebih terus dan memerlukan rawatan antibiotik.
    • Antara bakteria yang menyumbang kepada masalah ini adalah Meningococcus, pneumococcus, listeria monocytogens, 
  • Kulat
    • Antara kulat yang boleh menyebabkan meningitis adalah Cryptococcus, Histoplasma, Blastomyces, Coccidioides, and Candida
    • Jangkitan kulat sering berlaku dalam individu yang mempunyai tahap imuniti yang lemah seperti pesakit AIDS
  • Parasit
    • Menyebabkan sejenis meningitis yang jarang dikenali sebagai meningitis eosinofilik
    • 3 parasit yang menyebabkan masalah ini adalah, Angiostrongylus cantonensis, Baylisascaris procyonis, Gnathostoma spinigerum
  • Lain-lain

Bagaimanakah Penyakit Ini Boleh Berlaku?

Biasanya jangkitan terjadi kerana terdapat bakteria atau organisma penyebab berada di dalam darah. Organisma ini kemudian bergerak ke saluran darah di bahagian otak dan saraf tunjang. Akan tetapi, tidak semua jangkitan boleh menyebabkan keradangan meninges kerana organisma tersebut harus boleh menceroboh masuk sempadan darah-otak. Selain itu, masalah ini boleh berlaku apabila bakteria secara langsung menyerang meninges. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan telinga atau sinus, patah tulang tengkorak, atau selepas pembedahan namun ini adalah jarang berlaku.

Apakah Gejala Bagi Mengesan Penyakit Ini?

Gejala jangkitan bergantung pada umur kerana ciri-ciri meningitis pada orang dewasa dan bayi sedikit berbeza. Selain itu terdapat gejala yang hanya boleh dilihat dalam jangkitan tertentu. Antara gejala awal jangkitan ini adalah:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Muntah
  • Ruam atau bintik-bintik merah yang merebak dengan cepat ke seluruh badan (berlaku dalam jangkitan bakteria Neisseria meningitides).

Oleh kerana bayi tidak dapat bercakap dan mengadu sakit, sering sekali gejala yang ditunjukkan adalah merengek yang sukar dipujuk, kurang bermaya dan kurang menyusu.

Gejala-gejala lewat:

  • Kekejangan leher.
  • Sensitif terhadap cahaya (photophobia)
  • Sawan
  • Perubahan kondisi mental seperti kebingungan atau tidak sedar
  • Koma.

Akan tetapi, bayi di bawah umur 12 bulan tidak mengalami kekejangan leher. Gejala lain yang boleh mereka alami adalah umbun kepala (frontal fontanella) membonjol. Selain itu, sukar juga untuk mengetahui sekiranya mereka mengalami photophobia kerana mereka tidak boleh berkomunikasi.

Sekiranya anda atau orang di bawah jagaan ada mengalami gejala seperti di atas, disarankan untuk anda segera berjumpa dengan doktor kerana gejala parah sebegini kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan bakteria dan ianya memerlukan rawatan antibiotik.

Ujian Untuk Mengesan Meningitis?

Sekiranya doktor mengesyaki anda mengalami meningitis, terdapat banyak ujian yang akan dilakukan untuk mengetahui status kesihatan anda serta untuk tujuan pemantauan. Akan tetapi, ujian yang dilakukan khas untuk mengesahkan diagnosa meningitis adalah pemeriksaan cecair tulang belakang (Lumbar Puncture). Sebuah jarum dimasukkan ke bahagian bawah tulang belakang di mana cecair dalam kanal tulang belakang (cereberospinal fluid) akan diambil dan dihantar ke makmal. Pemeriksaan ini juga penting untuk memastikan jenis kuman yang dijangkiti supaya pesakit boleh dirawat dengan antibiotik yang sesuai.

Apakah Komplikasi Yang Boleh Berlaku Dalam Penyakit Ini?

Meningitis adalah merupakan salah satu kecemasan perubatan kerana penyakit ini boleh membawa maut atau membawa kepada komplikasi dalam jangka masa yang panjang sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera. Antara komplikasi jangka panjang yang boleh berlaku termasuk:

  • Nanah di dalam kepala atau otak (subdural effusion/brain abscess).
  • Hydrocephalus (pengaliran cecair serebrospinal tersekat dan menyebabkan kanal tersebut membesar
  • Sawan.
  • Kurang upaya pendengaran/pertuturan.
  • Kurang upaya penglihatan.
  • Lumpuh
  • Dalam kanak-kanak, masalah ini boleh menyebabkan kondisi yang dinamakan cerebral palsi (seperti lumpuh), pembesaran terencat atau lambat.

BolehkaH Meningitis Ini Dirawat Sepenuhnya?

Seperti yang telah dihuraikan di atas, terdapat banyak organisma yang boleh menyebabkan keradangan meninges ini. Maka, rawatan adalah bergantung dengan penyebab masalah ini. Kebiasaannya, jangkitan virus adalah kurang serius dan ianya boleh sembuh dengan sendirinya. Oleh itu, hanya rawatan sokongan bagi mengawal gejala tersebut akan diberikan sehingga individu tersebut benar-benar sembuh. 

Manakala bagi jangkitan yang disebabkan oleh bakteria pula, ubat antibiotik akan diberikan. Pada awalnya, empirikal antibiotik akan diberikan. Selepas jenis bakteria dikenal pasti selepas keputusan lumbar puncture dilakukan, barulah antibiotik yang spesifik akan diberikan. Bagi jangkitan yang disebabkan oleh kulat, ubat anti-kulat akan diberikan. Manakala untuk jangkitan yang disebabkan oleh parasit, setakat ini tidak ada rawatan yang dapat merawat parasit tersebut. Hanya rawatan sokongan serta ubat untuk mengurangkan reaksi badan terhadap jangkitan tersebut akan diberikan. 

Rawatan sokongan adalah rawatan yang diberikan dalam mengawal gejala atau komplikasi yang berlaku dalam penyakit ini. Antara diberikan adalah seperti ubat untuk mengurangkan suhu badan, mengawal sawan, mengurangkan bengkak otak dan tekanan dalam otak. Selain itu, sekiranya pesakit menggalami koma atau sawan yang sukar dikawal mereka akan dirawat di bawah unit rawatan rapi dengan pertolongan pernafasan.

Adakah Cara Untuk Mencegah Penyakit Ini?

Terdapat beberapa bakteria yang boleh menyebabkan meningitis boleh dicegah dengan pengambilan suntikan vaksin semasa bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, pastikan anak-anak anda mengambil vaksin mengikut jadual. Selain itu, terdapat beberapa vaksin yang tidak termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan tetapi digalakkan untuk di ambil di hospital atau klinik swasta. 

Bagi meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae dan Neisseria meningitides, kontak rapat kepada pesakit terutamanya kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun akan juga diberikan juga diberikan antibiotik sebagai rawatan profilaksis. Hal ini kerana bakteria ini sangat senang merebak. 

Bukan itu sahaja, mengamalkan langkah kebersihan diri seperti sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air juga langkah yang penting bagi mengelakkan jangkitan ini. 

References