Rabies adalah jangkitan virus yang kebiasaannya tersebar melalui gigitan haiwan yang telah dijangkiti. Ia adalah virus jenis RNA yang tergolong dalam keluarga rhabdovirus. Tanpa rawatan awal, penyakit ini boleh membawa maut. Virus ini boleh menjejaskan sistem tubuh badan melalui salah satu daripada dua cara berikut:
- Ia memasuki sistem saraf periferal (PNS) untuk menjangkiti otak.
- Ia membiak dalam tisu otot dan mendapat perlindungan daripada serangan sistem imunisasi badan.. Selepas seketika, virus memasuki sistem saraf utama melalui sistem neuromuskular.
Apabila berada di dalam sistem saraf, virus ini akan menghasilkan keradangan otak. Koma dan kematian juga boleh berlaku.
Terdapat dua jenis rabies.
- “Furious, or encephalitic rabies” : Komplikasi ini berlaku kepada 80 peratus daripada kes rabies. Pesakit lebih cenderung untuk mengalami simptom hiperaktif dan hidrofobia.
- “Paralytic or “dumb” rabies” :Lumpuh pergerakan merupakan gejala yang dominan.