- Kolera adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan cirit-birit berair yang teruk, yang boleh menyebabkan dehidrasi dan juga kematian jika tidak diawat. Ia berlaku disebabkan oleh makan makanan atau minuman yang sudah tercemar dengan bakteria yang dipanggil Vibrio cholerae.
- Kolera lazimnya berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 1800-an, sebelum sistem rawatan air dan kumbahan yang moden menghapuskan penyebaran bakteria tersebut melalui air yang tercemar. Hanya kira-kira 10 kes kolera yang dilaporkan setiap tahun di A.S. dan separuh daripadanya diperoleh daripaada luar negara. Jarang, makanan laut yang tercemar menyebabkan wabak kolera di A.S.
- Walau bagaimanapun, wabak kolera masih menjadi masalah serius di negara lain di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya 150,000 kes dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia setiap tahun. Penyakit ini biasanya berlaku di tempat-tempat yang mempunyai sanitasi yang kurang baik, penuh dengan orang ramai, peperangan, dan kebuluran.
- Lokasi yang biasanya berlaku penyakit kolera termasuklah bahagian-bahagian Afrika, Asia Selatan, dan Amerika Latin. Sekiranya anda bercuti ke salah satu kawasan tersebut, mengetahui fakta kolera boleh membantu melindungi anda dan keluarga anda.
Apakah gejala penyakit kolera (Cholera) dan cara mencegahnya?
Hello doktor. Saya merupakan seorang bapa kepada anak yang berumur 13 tahun yang mempunyai masalah berkaitan cirit-birit sejak 3 hari yang lepas. Anak saya bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Selangor.
Menurut anak saya, cirit-birit itu berlaku selepas dia membeli makanan daripada kantin sekolah. Selain daripada anak saya, terdapat juga beberapa pelajar yang lain yang turut mengalami masalah yang sama. Anak saya memberitahu bahawa najisnya sangat cair dan berwarna seperti coklat keputihan tetapi tiada sebarang darah yang kelihatan. Setiap hari, dia akan pergi ke tandas sebanyak 8 kali disebabkan oleh cirit-birit yang dialaminya. Saya juga ada membeli ubat tahan cirit-birit di farmasi, tetapi ia kurang membantu. Selain itu, dia turut mengalami muntah-muntah yang kadang-kadang berlaku dan menurutnya muntah itu mengandungi makanan yang dimakan, lebih kurang dalam 1 cawan tetapi tiada sebarang darah yang kelihatan. Disebabkan dia sudah mula kelihatan lemah sepanjang hari dan tidak mampu ke sekolah, saya mengambil keputusan untuk membawanya berjumpa dengan doktor.
Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kolera dan apakah penyebabnya?Adakah ia berkaitan dengan jangkitan bakteria dan apakah ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya?
Apakah itu penyakit kolera
Apakah penyebab penyakit kolera
- Bekalan air daripada loji kumbahan dan rawatan
- Ais diperbuat daripada air daripada loji kumbahan dan rawatan
- Makanan dan minuman yang dijual oleh penjaja jalanan
- Sayur-sayuran yang disiram dengan air yang mengandungi sisa manusia seperti air kencing atau najis
- Ikan mentah atau kurang masak dan makanan laut yang ditangkap di perairan yang telah tercemar dengan kumbahan
Apakah gejala penyakit kolera
- Sejumlah besar cirit-birit berair, kadang-kadang dipanggil "najis air beras"/”rice water stools” kerana ia kelihatan seperti air yang telah digunakan untuk membasuh beras
- Muntah
- Kaki kejang
- Seseorang yang mengalami penyakit kolera akan kehilangan air dalam badan dengan cepat, sehingga 20 liter sehari, jadi dehidrasi dan kejutan yang teruk boleh berlaku.
- Kulit longgar / “loose skin”
- Mata nampak seperti tenggelam
- Mulut dan bibir kering
- Penurunan rembesan, misalnya, kurang berpeluh
- Laju denyutan jantung
- Tekanan darah rendah
- Pening kepala atau kepala terasa ringan
- Kehilangan berat badan yang cepat
- Kejutan/Shock boleh menyebabkan sistem peredaran darah tidak berfungsi dengan baik. Ia adalah keadaan yang mengancam nyawa dan keadaan kecemasan.
Apakah rawatan penyakit kolera
- Minum
- Menyediakan makanan atau minuman
- Membuat ais
- Memberus gigi
- Membasuh muka dan tangan
- Membasuh pinggan mangkuk dan perkakas yang anda gunakan untuk makan atau menyediakan makanan
- Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran
- Untuk membasmi kuman air anda sendiri, didihkan selama 1-3 minit atau tapiskan air tersebut dan gunakan “commercial chemical disinfectant”.
- Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dikupas
- Produk tenusu dan susu yang tidak dipasteurisasi
- Daging atau makanan laut yang mentah atau kurang masak
- Ikan yang ditangkap di kawasan terumbu tropika, yang mungkin tercemar
- Penghidratan adalah rawatan utama untuk penyakit kolera. Bergantung kepada keadaan cirit-birit, rawatan akan terdiri daripada oral atau intravena untuk menggantikan cecair yang hilang.
- Ubat-ubatan seperti antibiotik, yang membunuh bakteria, bukan sebahagian daripada rawatan kecemasan untuk kes yang ringan. Tetapi mereka boleh mengurangkan tempoh cirit-birit dan juga mengurangkan perkumuhan bakteria, dengan itu membantu mencegah penyebaran penyakit.
References