Bolehkah doktor menjelaskan penyakit bawaan air (Water-borne Disease) dan rawatannya?
Selamat pagi doktor. Saya Cik Ain berusia 22 tahun, seorang pelajar di sebuah universiti. Dua hari yang lepas, rakan sekelas saya telah ditahan di hospital kerana mengalami sakit perut, cirit-birit, dan muntah yang teruk. Doktor memaklumkan bahawa dia menghidapi penyakit bawaan air.Setelah diselidiki, doktor mengesyaki penyakitnya berpunca daripada air minuman yang telah tercemar ketika diambil. Air ini dibeli oleh rakan saya daripada sebuah gerai berdekatan kampus kami. Saya berasa risau kerana pernah membeli minuman dari tempat yang sama walaupun pada hari yang berbeza.Adakah saya juga berisiko untuk sakit seperti rakan saya? Mohon penjelasan doktor tentang penyakit bawaan air ini dan cara untuk mengelak daripadanya.
Apakah itu penyakit bawaan air
Apakah penyebab penyakit rawatan air
- Kolera (Taun)
- Leptospirosis
- Demam Tifoid (Kepialu)
- Hepatitis A
- Cirit-Birit
- Giardiasis
- Botulisme
Siapakah berisiko untuk mendapat penyakit bawaan air
- Mereka yang mengambil makanan atau minuman yang tidak bersih
- Mereka yang menguruskan makanan dengan cara yang tidak bersih
- Mereka yang tidak mengamalkan langkah kebersihan sebelum makan
- Mereka yang tinggal berdekatan tempat pembiakan tikus, lipas, atau lalat.
- Mereka yang menjalankan aktiviti di kawasan berair seperti kawasan air terjun
- Mereka yang tinggal di kawasan yang kerap banjir
- Mereka yang ketiadaan sumber air bersih
Apakah tanda penyakit bawaan air
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Muntah
- Demam
- Sakit otot
- Cepat letih
Apakah rawatan penyakit bawaan air
- Ubat demam
- Ubat tahan sakit
- Ubat menghalang daripada muntah
- Ubat menghentikan cirit-birit
Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil bagi menangani penyakit bawaan air
- Memastikan sumber air adalah bersih untuk digunakan
- Membasuh tangan menggunakan air bersih sebelum menyediakan makanan
- Hanya meminum air yang telah dimasak dengan sempurna
- Membasuh makanan segar seperti buah dan sayur dengan air bersih
- Menjauhi makanan yang masih mentah
- Mengupas kulit buah-buahan sebelum makan
- Membasuh alatan hidangan dengan air bersih
- Mencuci botol susu bayi dengan air bersih
- Membeli makanan daripada gerai dan penjual yang bersih
- Memakan makanan yang baru dimasak, masih panas, dan tidah terdedah
- Membersihkan kawasan sekeliling rumah
- Menghapuskan tempat pembiakan tikus, lipas, dan lalat
- Mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan tentang penjagaan diri
Gejala dan komplikasi penyakit Kolera
Rawatan penyakit Kolera
- Rehidrasi. Sekiranya kehilangan cecair dalam badan berlaku dalam kadar yang sedikit, larutan rehidrasi oral (ORS) boleh diberikan. Sekiranya dehidrasi berlaku pada tahap yang lebih teruk, pesakit perlu ditahan dan dimasukkan air larutan elektrolit melalui jarum.
- Antibiotik. Ubat ini berguna untuk memendekkan tempoh cirit-birit dan mengurangkan risiko daipada dehidrasi. Contoh antibiotik ialah Tetracycline, Erythromycin, dan Trimethoprim-Sulfamethoxazole. Pesakit perlu berhati-hati sekiranya ada kontraindikasi terhadap ubat ini.
References