Batuk Kering Berpanjangan- Adakah Ia Petanda Tuberkulosis?

Batuk kering/Tibi Berjangkit Akibat Bakteria Mycobacterium- DoctorOncall
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya seorang wanita yang berumur 35 tahun dan bekerja sebagai pegawai pemasaran. Saya merupakan ibu tunggal yang membesarkan 3 orang anak dalam lingkungan 10 tahun hingga 5 tahun. Saya amat risau tentang kesihatan saya. Sejak 3 bulan yang lalu, saya mengalami batuk kering yang melampau. Saya sering mengalami gejala ini sehingga sakit dada dan muntah-muntah. Perkara ini menjadi lebih buruk kerana saya juga mengalami simptom kerap membuang air kecil secara tidak sengaja sewaktu batuk yang melampau. Ibu saya juga menegur saya bahawa saya semakin kurus dan kelihatan tidak sihat. Pada waktu malam, saya perlu menukar pakaian saya kerana saya kerap berpeluh. Apa yang mengelirukan saya adalah saya tidak berasa panas malahan kesejukan sehingga menggigil. Sejak dua minggu lepas saya mengalami demam yang kerap pulih namun akan kembali selepas beberapa hari. Sebenarnya, 5 bulan yang lalu saya dihantar ke New Delhi, India untuk menghadiri kursus pemasaran. Adakah kemungkinan saya menghidap penyakit Tibi? Saya amat risau doktor.
Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya seorang wanita yang berumur 35 tahun dan bekerja sebagai pegawai pemasaran. Saya merupakan ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih untuk soalan encik dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha menjawab segala persoalan dan keraguan encik. Pada pandangan saya, berdasarkan keterangan dan gejala-gejala yang anda amali boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. Antara punca batuk kering termasuklah Jangkitan tuberkulosis Jangkitan virus Iritasi tekak akibat udara kering Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi, anda amat disarankan untuk merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Terima kasih untuk soalan encik dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha menjawab segal... See More

Apakah penyakit batuk kering atau tibi?

Batuk kering atau turut dikenali sebagai penyakit Tuberkulosis adalah penyakit yang lazim dijangkiti oleh masyarakat di Malaysia. Penyakit ini adalah penyakit berjangkit yang sering menjejaskan kesihatan organ paru-paru. Walaubagaimanapun, Tibi turut menjejaskan pelbagai organ dalam tubuh badan manusia seperti otak, hati dan tulang belakang. Bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jangkitan Tibi adalah bakteria Mycobacterium Jenis Tuberkulosis. 

Terdapat pelbagai jenis penyakit Tuberkulosis yang wujud dalam tubuh manusia. 

  • Jenis laten/pendam

Pesakit yang menghidapi penyakit Tibi jenis ini tidak memiliki sebarang gejala kerana bakteria yang ada dalam badan telah dihalang daripada merebak oleh sistem imun badan. Hal ini bermakna pesakit tidak berjangkit walaupun kuman masih wujud dalam badan. Namun begitu, sekiranya pesakit menghidap penyakit yang mampu melemahkan sistem imun badan seperti HIV, terdapat risiko penyakit Tibi untuk merebak. 

  • Jenis Aktif

Jenis ini bermaksud kuman yang ada dalam badan sedang membiak dan boleh menyebabkan gejala batuk kering. Apabila pesakit memiliki Tibi jenis aktif, terdapat risiko penyakit ini dijangkiti oleh orang sekeliling. Kebanyakan pesakit ini adalah daripada pesakit yang memiliki Batuk kering jenis laten. 




Apakah gejala yang dialami oleh pesakit Tuberkulosis?

Seperti yang dinyatakan diatas, batuk kering jenis laten tidak memberikan sebarang gejala. Jika pesakit menghidap Tuberkulosis jenis laten, ujian darah dan ujian khas akan dijalankan bagi mengesahkan jangkitan bakteria “Mycobacterium Tuberculosis”. 

Sekiranya pesakit mengalami gejala penyakit batuk kering, mereka kebiasannya akan mengalami gejala berikut: 

  • Batuk

Gejala batuk ini kebiasaannya berkaitan dengan batuk tanpa kahak. Pesakit akan hadir ke klinik dengan gejala batuk tanpa henti dan batuk kering berpanjangan melebihi 3 minggu. 

  • Hilang berat badan

Gejala ini kebiasaannya dikenal pasti oleh ahli keluarga melainkan pesakit seorang yang gemar menimbang berat badan. Kadang-kala pesakit juga boleh mengenal pasti gejala ini melalui baju yang semakin longgar. Berat kebiasaannya akan hilang secara mendadak tanpa sebarang diet atau usaha untuk menurunkan berat badan. 

  • Berpeluh pada waktu malam

Terdapat segelintir pesakit yang mengalami gejala ini sehingga perlu menukar pakaian kerana peluh pada waktu malam secara berlebihan. 

  • Benjolan di badan

Benjolan yang berkait rapat dengan penyakit Tibi adalah kelenjar yang membengkak. 

  • Batuk berdarah

Memandangkan tempoh batuk kering yang dialami pesakit melebihi 3 minggu, terdapat risiko trauma pada saluran darah sehingga menyebabkan gejala batuk berdarah. 

  • Sakit dada

Gejala ini turut dialami oleh pesakit kerana batuk kering yang kronik dan risiko keradangan paru-paru akibat jangkitan Tibi. 

  • Keletihan yang melampau

Pesakit juga boleh mengalami gejala letih yang berlebihan kerana masalah ini yang kronik dan jangkitan bakteria yang menyeluruh. 

  • Demam

Jangkitan kuman yang menyeluruh pada badan boleh menyebabkan gejala demam akibat daripada peningkatan molekul yang menyebabkan keradangan. 

 

Apakah penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa?

  • Leukemia
  • Penyakit paru-paru interstitial (Interstitial Lung Disease)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti Penghalang ACE
  • Aspergillosis
  • Barah paru-paru

Setiap masalah yang dinyatakan di atas mempunyai gejala yang unik dan memerlukan ujian saringan serta pemeriksaan bagi mengenal pasti diagnosis tertentu. 

Apakah rawatan batuk kering/ cara mengatasi batuk kering ?

Terdapat pelbagai cara menghilangkan batuk kering. Langkah tersebut boleh dibahagi kepada kaedah perubatan dan kaedah konservatif. 

  • Kaedah konservatif: Kuarantin

Perkara ini amat perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi jika pesakit mengalami penyakit jenis aktif kerana berisiko menjangkiti pesakit lain. 

  • Kaedah perubatan: Antibiotik

Ubat batuk kering ini diperlukan bagi merawat jangkitan kuman untuk beberapa tempoh. Ubat-ubat tersebut akan diambil bersama serta dibawah pantauan jururawat dan pakar. Pada 2 bulan pertama, ubat antibiotik yang dikenali sebagai Isoniazide, Rifampicin, Pyrazinamide dan Ethambutol akan diambil bersama. Kedua-dua ubat Isoniazide dan Rifampicin akan diteruskan 4 bulan kemudian. 

Dalam merawat penyakit Tuberculosis, pesakit perlu sentiasa berdisiplin dalam mengambil ubat tersebut bagi mengelakkan komplikasi seperti rintangan antibiotik.

Siapakah berisiko untuk dijangkiti penyakit ini?

  • Kanak-kanak dan bayi kerana mereka memiliki sistem imun yang lemah
  • Pesakit HIV
  • Pesakit yang memiliki penyakit kronik seperti kencing manis 
  • Pesakit yang telah menjalani pembedahan pemindahan organ
  • Pesakit yang melancong ke negara yang memiliki kadar jangkitan Tuberculosis yang tinggi seperti India, Indonesia, Afrika

Bagaimanakah cara mencegah penyakit ini?

Batuk kering dan cara pencegahannya adalah persoalan yang perlu dititikberat agar kesan batukkering seperti masalah saluran paru-paru mengembang secara kekal (Recurrent bronchiectasis), paru-paru berair dan jangkitan Tibi yang merebak ke organ lain dapat diatasi. Antara langkah pencegahannya ialah:

  • Pengambilan vaksin BCG
  • Mendidik masyarakat tentang gejala yang menjurus kepada penyakit Tibi bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya agar tidak tersebar kepada ahli keluarga terdekat. 
  • Mengikut saranan doktor seperti kuarantin supaya tidak tersebar kepada orang sekeliling. 
  • Mengambil rawatan dengan berdisiplin bagi mengurangkan kadar perintang antibiotik.