- Kanser usus seperti kanser kolon dan rektum (kanser kolorektal) bermula apabila proses penggantian sel lapisan kolon yang normal menjadi terbantut. Kesalahan dalam pembahagian sel berlaku dengan kerap.
- Apabila ini berlaku, sel-sel ini mula membahagi secara bebas. Apabila sel-sel yang tidak normal ini membesar dan membahagi, ia boleh menyebabkan terbentuknya pertumbuhan dalam kolon yang dipanggil polip.
- Apabila kanser kolorektal terbentuk, ia mula berkembang dengan dua cara.
- Pertama, kanser boleh tumbuh di satu tempat dan merebak di sekeliling dinding usus dan menyerang organ yang terdekat, menjadikan tumour (disebut “primary tumour”) mendatangkan lebih banyak masalah dan lebih sukar untuk dibuang.
- Ketika kanser merebak, ia boleh menyebabkan tanda tambahan yang lain seperti sakit di bahagian abdomen atau terasa kenyang, hakisan terhadap usus besar, atau tersumbatnya kolon atau organ yang terdekat.
- Kedua, apabila kanser membesar, ia akan memulakan proses metastasis, menyebarkan ribuan sel setiap hari ke dalam sistem darah dan limfa yang boleh menyebabkan kanser terbentuk di kawasan yang lebih jauh.
- Kanser kolorektal biasanya tersebar ke noda limfa (lymph node) setempat dahulu sebelum pergi ke organ-organ lain yang jauh daripada usus. Apabila nodus limfa tempatan terlibat, hati, rongga abdomen, dan paru-paru adalah destinasi seterusnya bagi penyebaran metastasis.
Barah ada dalam keturunan saya dan risau saya mempunyai simptom kanser usus (Colorectal Cancer Symptoms).
Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 60 tahun dan mempunyai bisnes sendiri, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai simptom kanser usus. Dalam 3 minggu yang lepas, saya mengalami sembelit di mana saya berasa susah untuk membuang air besar dan najis saya sangat keras. Dan yang paling merisaukan ialah, terdapat darah berwarna merah terang yang bercampur dengan najis tersebut. Selain daripada itu, saya juga mengalami cirit birit selang beberapa hari selepas mengalami sembelit. Saya tidak mengambil apa-apa ubat langsung untuk menangani gejala yang saya hadapi ini. Kadang-kadang, saya terasa sakit di bahagian bawah perut terutamanya di sebelah kiri.
Arwah ibu saya telah meninggal 5 tahun yang lalu dan penyebab kematiannya ialah kanser usus. Saya juga mengalami penurunan berat badan sebanyak 5 kg dalam masa 2 minggu dan hilang selera makan. Keletihan sepanjang hari turut dirasai baru-baru ini dan berasa tidak semangat untuk meneruskan rutin harian.
Pada pendapat doktor, apakah penyebab kepada semua gejala yang saya hadapi ini dan adakah ia tanda awal bagi barah usus. Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dan rawatan?
Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 60 tahun dan mempunyai bisnes sendiri, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMATerima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran yang anda beri, terdapat kemungkinan penyebab kepada gejala yang anda hadapi ini adalah simptom barah usus (colorectal cancer symptoms) dan anda haruslah berjumpa doktor dengan segera supaya ujian-ujian dapat dijalankan dan seterusnya rawatan awal dapat diberikan selepas penyebabnya dikenalpasti.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran yang anda beri, terdapat kemungkinan penyebab kepada gejala yang... See More
Pembentukan kanser kolorektal
Apakah simptom kanser usus?
Gejala kanser kolorektal termasuklah:
- perubahan dalam pergerakan usus seperti cirit birit atau sembelit
- satu perasaan bahawa usus tidak dikosongkan sepenuhnya selepas membuang air besar (rectal tenesemus)
- darah dalam najis yang menjadikan najis anda kelihatan hitam (malaena)
- darah berwarna merah cerah yang datang dari rectum
- sakit perut dan kembung perut
- perasaan kenyang di dalam perut, walaupun tidak makan untuk seketika.
- keletihan
- kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
- satu benjolan di bahagian perut atau bahagian belakang yang dirasai oleh doktor
- kekurangan zat besi yang tidak dapat dijelaskan pada lelaki, atau wanita selepas menopaus
- kebanyakan gejala ini mungkin juga menunjukkan penyakit lain selain barah usus. Adalah penting untuk berjumpa doktor sekiranya gejala berterusan selama 4 minggu atau lebih.
Apakah penyebab kanser usus?
Sebab-sebab yang tepat masih tidak diketahui, tetapi kanser usus mempunyai beberapa faktor risiko, termasuklah:
A) Polip
Kanser usus biasanya berasal dari polip prakanser yang wujud dalam usus besar. Jenis polip yang biasanya terjadi ialah:
- Adenoma: Ini boleh menyerupai lapisan usus yang normal tetapi kelihatan berbeza di bawah mikroskop. Ia boleh menjadi kanser.
- Polip hiperplastik: Kanser usus jarang berkembang daripada polip hiperplastik, kerana ia biasanya tidak berbahaya.
- Sebahagian daripada polip-polip ini boleh menjadi kanser usus “malignant” dari masa ke masa, jika ia tidak dibuang semasa peringkat awal rawatan.
B) Genetik
- Pertumbuhan sel yang tidak terkawal boleh berlaku jika terdapat kerosakan genetik, atau jika perubahan pada DNA mempengaruhi pembahagian sel. Kecenderungan genetik boleh diwarisi daripada ahli keluarga, tetapi kebanyakan kanser usus berlaku pada orang tanpa sejarah kanser dalam keluarga.
- Sesetengah orang dilahirkan dengan mutasi genetik tertentu yang menjadikan mereka mengikut statistik lebih cenderung untuk mendapat kanser di kemudian hari. Kadang-kadang, seseorang boleh mempunyai ciri genetik ini, tetapi kanser tidak akan terbentuk melainkan faktor persekitaran menggalakkan ia berlaku.
C) Tabiat dan diet
- Umur adalah faktor risiko yang penting untuk kanser usus. Sekitar 91 peratus daripada mereka yang diberi diagnosis kanser usus berusia lebih daripada 50 tahun.
- Kanser usus biasanya terjadi di kalangan mereka yang mempunyai gaya hidup yang tidak aktif, mereka yang “obese”, dan mereka yang merokok.
- Disebabkan usus adalah sebahagian daripada sistem pencernaan, diet adalah faktor yang penting. Diet yang rendah serat dan tinggi lemak, kalori, daging merah, alkohol, dan daging yang diproses telah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser usus.
D) Kehadiran penyakit lain
Sesetengah penyakit dan rawatan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk kanser usus.
Ini termasuklah:
- diabetes
- acromegaly, gangguan hormon pertumbuhan
- rawatan radiasi untuk kanser lain
- penyakit radang usus, seperti kolitis ulseratif atau penyakit Crohn
Apakah rawatan kanser usus?
Rawatan akan bergantung kepada jenis dan peringkat kanser, dan umur, status kesihatan, dan ciri-ciri lain bagi pesakit. Tiada rawatan tunggal untuk sebarang kanser, tetapi pilihan yang paling umum untuk kanser usus adalah pembedahan, kemoterapi, dan terapi radiasi. Rawatan bertujuan untuk membuang kanser dan melegakan sebarang gejala yang menyakitkan.
A) Pembedahan
Pembedahan untuk membuang sebahagian atau semua usus besar dipanggil ‘colectomy’. Pakar bedah akan membuang bahagian kolon yang mengandungi sel kanser dan kawasan sekitarnya. Nodus limfa yang berdekatan juga biasanya akan dibuang. Bahagian kolon yang sihat akan sama ada dicantumkan semula dengan rektum atau disambungkan dengan stoma bergantung pada tahap ‘colectomy’.
Stoma adalah pembukaan yang dibuat di dinding abdomen
- Najis akan masuk ke dalam beg, dan ini dipanggil ‘colostomy’. Sesetengah kanser yang kecil boleh dibuang keluar menggunakan endoskopi. Pembedahan laparoskopi yang melibatkan beberapa potongan kecil di abdomen, mungkin menjadi pilihan untuk membuang polip yang lebih besar.
- Pembedahan paliatif boleh melegakan gejala bagi kes kanser yang tidak boleh dirawat atau di tahap yang terakhir iaitu paling teruk. Tujuannya adalah untuk melegakan sebarang penyumbatan di bahagian usus besar dan mengurangkan sakit, pendarahan, dan gejala lain.
B) Kemoterapi
Ia akan mengawal bahan kimia yang mengganggu proses pembahagian sel dengan merosakkan protein atau DNA yang bertujuan untuk merosakkan dan membunuh sel-sel kanser. Rawatan ini akan mensasarkan mana-mana sel-sel yang cepat membahagi, termasuk sel yang sihat. Sel-sel yang sihat biasanya boleh pulih dari apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia, tetapi sel-sel kanser tidak boleh pulih.
Kemoterapi biasanya digunakan untuk merawat kanser yang telah merebak kerana ubat-ubatan itu akan bergerak melalui seluruh badan. Rawatan berlaku dalam kitaran, jadi badan mempunyai masa untuk sembuh antara dos.
Kesan sampingan yang ada termasuklah:
- keguguran rambut
- loya
- keletihan
- muntah
C) Radioterapi
Rawatan radiasi akan merosakkan dan membunuh sel-sel kanser dengan menumpukan sinar gamma yang tinggi terhadap sel – sel tersebut. Sinar gamma radioaktif dipancarkan dari logam seperti radium, atau dari sinar-x yang tinggi. Radioterapi boleh digunakan sebagai rawatan secara bersendirian untuk mengecilkan tumor atau memusnahkan sel kanser, rawatan sampingan bagi kanser usus.
Rawatan radiasi tidak sering digunakan sehinggalah peringkat seterusnya. Ia boleh digunakan jika kanser rektum peringkat awal. Kebanyakan kesan sampingan akan pulih beberapa minggu selepas rawatan lengkap.
Kesan sampingan yang mungkin terlibat termasuklah:
- Perubahan kulit yang menyerupai ‘sunburn’
- loya
- muntah
- cirit-birit
- keletihan
- kehilangan selera makan dan penurunan berat badan
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
References