Apakah tanda awal kanser prostat (Prostate Cancer) yang perlu saya ketahui?

Anonymous

Hello doktor. Saya berumur 60 tahun dan ingin bertanya masalah yang berkaitan dengan kelenjar prostat. Baru-baru ini, dalam sebulan yang lepas, saya sering mengalami masalah kesukaran untuk kencing. Untuk pengetahuan doktor, saya sering mengalami kesusahan untuk memulakan proses kencing dan sering mengalami kepedihan ketika air kencing keluar. Di samping itu, saya juga mendapati terdapat tompokan darah dalam air kencing tetapi tiada sebarang ketulan darah beku yang dijumpai. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah punca bagi gejala yang saya hadapi ini dan adakah ia sesuatu yang serius seperti kanser prostat? Apakah rawatan yang sesuai bagi penyakit ini?

Anonymous
Hello doktor. Saya berumur 60 tahun dan ingin bertanya masalah yang berkaitan dengan kelenjar prostat. Baru-baru ini,... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan serta lingkungan umur anda, kemungkinan besar punca bagi penyakit ini adalah kanser prostat (Prostate Cancer). Keadaan ini melibatkan kelenjar prostat iaitu kelenjar berbentuk walnut kecil pada lelaki yang menghasilkan cairan semen bagi menyuburkan dan mengangkut sperma.

Kanser prostat adalah salah satu daripada jenis kanser yang paling biasa terjadi kepada lelaki. Biasanya proses perkembangan kanser prostat berlaku dalam tempoh yang lama dan pada mulanya melibatkan kelenjar prostat sahaja. Justeru itu, kanser prostat yang berkembang dengan perlahan mungkin hanya memerlukan rawatan yang minima manakala jenis kanser prostat yang agresif memerlukan rawatan intensif dan invasif untuk mengelakkan komplikasi penularan ke bahagian organ yang lain.

Kanser prostat yang dikesan awal - yang hanya melibatkan kelenjar prostat sahaja - mempunyai peluang yang lebih positif dengan rawatan yang efektif.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan serta lingkungan umur anda, kemungkinan besar pu... See More

Apakah itu kanser prostat?

Prostat adalah kelenjar dalam sistem reproduktif lelakiyang bertanggungjawab dalam menghasilkan air mani yang diperlukan untuk membawa sperma. Kelenjar berukuran walnut ini terletak di bawah pundi kencing dan mengelilingi bahagian atas uretra, tiub yang keluarkan air kencing daripada pundi kencing.

Penyakit ini lazimnya tidak melibatkan mereka yang berusia kurang dari 50 tahun. pBerdasarkan pencarian saintifik, pakar doctor percaya bahawa kebanyakan warga tua akan mengalaminya. Selain daripada kanser kulit, kanser prostat adalah kanser yang paling biasa terjadi dalam kalangan lelaki di Amerika. Di pelosok dunia yang lain- terutamanya Asia, Afrika, dan Amerika Latin - kanser prostat jarang berlaku.

Kanser prostat mempunyai progres yang perlahan.Individu kemungkinan tidak akan mengalami sebarang gejala sehinggalah ia berada di peringkat akhir. Kebanyakan lelaki dengan kanser prostat maut akibat daripada komplikasi tanpa mengetahui perkara sebenar. Oleh itu, apabila kanser prostat mula berkembang dengan cepat atau merebak di luar prostat, ia adalah berbahaya.

Kanser prostat pada peringkat awal boleh dirawat dengan peluang untuk pulih sepenuhnya.

Kanser yang telah merebak di luar prostat (seperti tulang, nodus limfa, dan paru-paru) mempunyai prognosis rendah tetapi keadaan tersebut masih boleh dikawal selama bertahun-tahun. Disebabkan kemajuan dalam beberapa tahun ini dalam rawatan yang sedia ada, kebanyakan lelaki yang mengalami kanser prostat yang sudah merebak masih boleh hidup untuk lima tahun atau lebih. Warga lelaki dengan kanser prostat tahap akhir yang menjalani kehidupan yang normal selalunya meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang lain seperti penyakit jantung.

Apakah penyebab kanser prostat?

A) Umur

Kanser prostat menjejaskan lelaki terutamanya yang berusia lanjut. Meskipun jarang, kanser prostat dapat dilihat pada lelaki dalam usia 30-an dan 40-an. Lelaki dengan sejarah keluarga kanser prostat lebih cenderung untuk mendapat kanser prostat berbanding dengan mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang sihat.

B) Diet

Doktor masih tidak dapat mengenal pasti penyebab bagi kanser prostat tetapi pakar pada umumnya setuju bahawa diet merupakan salah satu faktor risiko.  Lelaki yang mengambil makanan mengandungi lemak yang banyak terutamanya daripada daging merah dan sumber lemak haiwan lain yang dimasak dengan haba yang tinggi mungkin lebih cenderung untuk mendapat kanser tahap akhir.

C) Hormon

Faktor yang menghubungkan diet dan perkembangan kanser prostat kemungkinan besar disebabkan oleh faktor hormon. Lemak merangsang peningkatan jumlah testosteron dan hormon lain, dan Testosteron bertindak mempercepatkan kadar pertumbuhan kanser prostat. Tahap testosteron yang tinggi boleh merangsang sel-sel kanser prostat yang tidak aktif menjadi lebih aktif dan berkembang di luar kawalan.

D) Pekerjaan

Pengimpal, pengeluar bateri, pekerja getah, dan pekerja yang sering terdedah kepada kadmium logam juga terdedah kepada kanser prostat.

E) Risiko lain yang mungkin menyumbang kepada kanser prostat ialah:

  • BMI yang meningkat
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Merokok
  • Pengambilan kalsium yang tinggi,
  • Pengambilan asid linoleik yang tinggi
  • Bangsa Afrika-Amerika
  • Sejarah keluarga yang positif kanser prostat

Tiada kajian yang terbukti bagi hubungan antara kanser prostat dengan kehidupan seks yang aktif, vasektomi, onani, penggunaan alkohol atau tembakau, sunat, ketidaksuburan, jangkitan prostat, atau “benign prostatic hyperplasia (BPH). Kebanyakan lelaki akan mengalami prostat yang membesar apabila umur semakin meningkat.

Apakah gejala kanser prostat?

Pesakit selalunya tidak mengalami sebarang gejala semasa peringkat awal kanser prostat. Namun begitu antara gejala yang biasa dialami adalah:

  • Sering tergesa-gesa untuk membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam.
  • Kesukaran untuk memulakan dan mengekalkan aliran air kencing.
  • darah dalam air kencing
  • Kencing yang menyakitkan termasuklah semasa ejakulasi.
  • Kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.

Kanser prostat tahap akhir boleh melibatkan gejala berikut:

  • sakit tulang, selalunya bahagian tulang belakang, femur, pelvis, atau tulang rusuk.
  • Tulang retak atau patah

Jika kanser merebak ke tulang belakang dan menekan saraf tulang belakang,anda mungkin mengalami:

  • Kelemahan di bahagian kaki.
  • Kencing yang tidak boleh dikawal dan berlaku tanpa disedari.
  • Berak yang tidak boleh dikawal dan berlaku tanpa disedari.

Apakah rawatan kanser prostat?

Rawatan adalah berbeza bagi kanser prostat berlainan tahap:

Kanser prostat peringkat awal

Jika kanser masih bersaiz kecil dan berada di kawasan setempat, ia biasanya diuruskan dengan menggunakan salah satu daripada rawatan berikut:

  • Menunggu atau mengawasi dengan teliti: Tahap darah PSA sentiasa diperiksa dari semasa ke semasa tetapi tindakan segera tidak dititikberatkan. Hal ini demikian kerana risiko kesan sampingan rawatan melebihi keperluan bagi rawatan segera untuk kanser yang berkembang secara perlahan ini.
  • “Radical prostatectomy”: Seluruh prostat dibedah buang. Pembedahan tradisional memerlukan kemasukan hospital sehingga 10 hari dan tempoh pemulihan sehingga 3 bulan.
  • “Brachytherapy”: Biji radioaktif akan ditanamkan ke dalam prostat untuk memancarkan rawatan radiasi yang disasarkan dengan lebih tepat dan efektif.
  • Terapi radiasi konformal: Cahaya radiasi akan dibentuk di mana ia bertindih hampir sama dengan organ atau kawasan yang memerlukan rawatan. Ini boleh mengurangkan pendedahan tisu yang sihat kepada bahaya radiasi.

Kanser prostat peringkat akhir

  • Kanser peringkat ini lebih agresif dan akan tersebar ke seluruh tubuh.
  • Kemoterapi mungkin dipertimbangkan oleh pakar doktor kerana kaedah tersebut boleh membunuh sel kanser di sekeliling badan.
  • ”Androgen deprivation therapy” (ADT)adalah rawatan hormon yang mengurangkan kesan androgen. Androgen adalah hormon lelaki yang boleh merangsang pertumbuhan tisu prostat. ADT boleh melambatkan dan menghentikan pertumbuhan prostat dengan mengurangkan tahap androgen.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References