- Jangkitan Virus Human Papilloma (HPV) – virus ini bertanggungjawab dalam 70% dari kanser serviks. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Maka faktor yang meningkatkan risiko mendapat jangkitan HPV adalah:
- Aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda
- Mempunyai ramai pasangan seks
- Hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks
- Hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
- Sistem imun yang lemah- seperti jangkitan Virus Human Immunodeficiciency (HIV)
- Herpes – jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
- Ubat Diethylstilboestrol (DES) – anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat yang bertujuan untuk mengelak keguguran semasa hamil berisiko mendapat barah pangkal rahim
- Merokok – meningkatkan risiko barah pangkal rahim jenis barah sel squamous sebanyak empat kali ganda.
- Sejarah kanser serviks atau displasia serviks (pra-kanser)
Ketahui Risiko Kepada Kanser Serviks, Gejala, Pencegahan Serta Rawatannya.
Apakah Risiko Yang Boleh Menyumbang Kepada Kanser Serviks Ini?
Apakah Gejala Yang Akan Dialami Oleh Pesakit Kanser Serviks?
Pada peringkat awal, wanita yang menghidap kanser ini tidak menunjukkan apa-apa tanda sehinggalah ia menjadi lebih teruk ataupun merebak ke organ lain.
Antara simptom yang mungkin dialami oleh penghidapnya adalah
- Keputihan yang banyak, berubah warna dan konsisten dari biasa atau bau yang busuk
- Pendarahan daripada kemaluan selepas melakukan hubungan seks
- Sakit yang teruk ketika melakukan hubungan seks.
- Buang air kecil lebih kerap, sukar mengawal kencing atau sakit ketika membuang air kecil.
- Berlaku pendarahan dari vagina secara tidak normal
- Sakit pada bahagian bawah abdomen atau pelvis
- Haid yang berpanjangan dan banyak
Selain itu, berikut adalah gejala umum yang menunjukkan seseorang itu mungkin menghidap kanser serviks iaitu:
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Kurang selera makan
- Sentiasa letih dan lemah
- Pucat
Rehatkan fikiran anda dengan mengetahui cara melancarkan haid dengan aman
Apakah Langkah Yang Patut Saya Ambil Untuk Mencegah Kanser Ini?
Berikut merupakan langkah pencegahan kanser servik:
1. Pengambilan vaksin
Oleh kerana punca utama kanser ini adalah disebabkan jangkitan HPV, maka pengambilan suntikan vaksin HPV dapat mencegah penyakit ini sehingga 70%. Ianya berfungsi dengan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus tersebut. Supaya, sekiranya dijangkiti oleh virus tersebut, sistem pertahanan badan sudah bersedia untuk menghalang virus tersebut.
Bermula pada tahun 2010, vaksin HPV telah dimasukkan ke dalam jadual vaksin nasional Malaysia. Ia diberikan kepada remaja wanita berumur 13 tahun. Selain itu, ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser anogenital yang lain. Walaubagaimanapun, kesan optimum daripada vaksin ini cuma akan diperoleh oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.
2. Ujian lumuran pap (pap smear)
Kaedah ini untuk mendiagnos kehadiran sel-sel yang tidak normal dan berpotensi untuk bertukar menjadi kanser. Garis panduan mencadangkan untuk semua wanita yang terdedah dengan hubungan intim mula membuat ujian ini pada umur 21 sehingga umur 65 tahun.
Sekiranya keputusan didapati positif, ujian ulangan boleh dibuat setahun sekali.
Wanita yang berikut boleh berhenti melakukan ujian ini:
- Berumur lebih dari 65 tahun dengan ujian lumuran pap negatif sepanjang tiga tahun berturut-turut disertai dengan keputusan normal sepanjang 10 tahun yang lepas.
- Telah melakukan pembedahan pembuangan rahim yang bukan disebabkan oleh ketumbuhan yang malignan.
3.Visual Inspection with acetic acid
Kaedah ini menggunakan asid acetic yang disapu ke pangkal rahim. Sekiranya sel di kawasan tersebut bertukar berwarna putih ia menunjukkan bahawa sel di kawasan tersebut tidak normal. Namun begitu kaedah ini tidak sesuai untuk wanita yang telah menopaus.
4. HPV DNA test
Kaedah ini mengesan kehadiran virus tersebut. Sampel diambil seperti mana sampel lumuran pap diambil. Oleh kerana kaedah ini lebih spesifik, sekiranya keputusan menunjukkan negatif, ujian ulangan boleh dibuat setiap 5 tahun.
Apa Langkah Seterusnya Sekiranya Ujian Saringan Menunjukkan Keputusan Yang Tidak Normal?
Sekiranya keputusan didapati tidak normal dari ujian saringan, ujian kanser serviks yang lebih lanjut seperti prosedur colposcopy akan dijalankan. Colposcopy adalah satu alat menyerupai mikroskop untuk melihat dengan lebih teliti sel pada pangkal rahim tersebut. Kemudian, sedikit sampel tisu akan diambil dan dihantar untuk ujian patologi bagi memastikan keberadaan kanser.
Bolehkah Kanser Serviks Ini Dirawat?
Bergantung kepada tahap kanser ketika ia dikesan serta tahap kesihatan individu tersebut, kanser serviks boleh sembuh atau dengan kata lain dibuang sepenuhnya. Bagi mengetahui tahap kanser dengan tepat, pemeriksaan dengan menggunakan bius akan dilakukan terlebih dahulu. Selain itu mengikut keadaan, X-ray, imbasan CT, imbasan MRI, PET scan mungkin dilakukan.
Berikut merupakan antara rawatan yang ditawarkan bagi kanser serviks
- Pembedahan- rawatan ini sangat sesuai untuk kanser di peringkat awal. Kelebihan rawatan ini adalah ia dapat mengekalkan fungsi ovari serta organ tersebut bagi tujuan hubungan intim.
- Kemoterapi
- Radioterapi
Jangan biarkan kanser serviks menghantui anda ! Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor bertauliah
References