Apa Yang Perlu Dijangkakan Semasa Kolonoskopi Anda?

Kolonoskopi 101: Perkara yang Perlu Diketahui Sebelum Temujanji Anda - DoctorOnCall

Kolonoskopi bukan hanya alat diagnosis penting malah prosedur ini juga merupakan langkah pencegahan yang penting. Proses ini membantu mendiagnosis kanser kolorektal secara awal dengan memeriksa seluruh kolon dan rektum untuk pertumbuhan abnormal seperti polip. Pengesanan awal membantu meningkatkan peluang rawatan yang berjaya dan dapat menyelamatkan nyawa.

Mengapa Kolonoskopi Penting?

Kolonoskopi boleh mengenal pasti dan mengeluarkan polip sebelum pertumbuhan itu menjadi barah serta memberi manfaat untuk mengesan kanser usus besar dengan awal. 

Prosedur ini disyorkan bagi lelaki yang berusia 45 tahun ke atas dan individu yang tidak mengikuti ujian saringan kanser usus secara berkala, atau mempunyai faktor risiko barah usus yang lain.

Selain membantu mengenal pasti dan mencegah peringkat awal kanser kolorektal, kolonoskopi juga dapat mendiagnosis masalah sistem pencernaan yang lain seperti apendisitis, penyakit radang usus, dan banyak lagi.

Persediaan Kolonoskopi: Apa yang Perlu Dilakukan?

Sebelum menjalani kolonoskopi, seseorang itu perlu mengikuti beberapa langkah penting. Ini termasuk memaklumkan pasukan perubatan tentang kesihatan dan keadaan tubuh badan sebelum, semasa, dan selepas prosedur.

Sebelum Prosedur

Anda harus berbincang tentang sebarang masalah kesihatan dengan doktor anda dan memberitahu mereka jika anda mempunyai sebarang alahan, terutamanya terhadap ubat tidur (sedatif). Sebagai alternatif, anda boleh menjalani kolonoskopi maya.

Doktor mungkin akan memerlukan anda untuk mengikuti pelan pemakanan. Secara amnya, anda perlu mengelakkan makanan pejal, ataupun mengikut diet rendah serat dengan air sebelum prosedur tersebut.

Anda juga akan diberikan ubat pelawas atau julap untuk cuci usus anda sebelum menjalani kolonoskopi. Penggunaan vaseline di sekitar dubur sebelum mengambil julap boleh membantu mengurangkan iritasi akibat pergerakan usus yang kerap. 

Pastikan anda mandi dan elakkan penggunaan wangian, losyen, atau deodoran sebelum menghadiri temujanji anda.

Semasa Prosedur

Tiub fleksibel yang besar, sekitar satu perempat inci diameter, akan dimasukkan ke dalam usus besar dan digunakan untuk memeriksa lapisan dalaman rektum dan kolon anda.

Doktor dapat memeriksa polip kolon atau sampel tisu untuk kanser rektum dan masalah sistem pencernaan lain melalui imej yang dihantar ke skrin semasa kolonoskopi tersebut sedang dijalankan.

Prosedur ini berlangsung selama 20 hingga 30 minit dan pesakit akan berada dalam keadaan sedar atau di bawah anestesia atau ubat sakit, bergantung kepada yang dibincangkan oleh doktor anda sebelum prosedur tersebut.

Apa yang Perlu Dijangkakan?

Ramai melaporkan bahawa mereka tidak merasa sakit atau hanya merasa tidak selesa semasa tiub kolonoskopi dikeluarkan. 

Sebarang polip usus yang dikesan dan dikeluarkan akan dihantar ke makmal untuk ujian lanjut. Keputusan ujian tersebut akan dikeluarkan dalam beberapa hari kemudian. 

Selepas prosedur, anda perlu rehat dan minum cecair yang banyak untuk mengekalkan kehidratan anda. Doktor anda akan berikan arahan tertentu seperti meneruskan diet normal, aktiviti, atau memandu.

Kolonoskopi Maya

Kolonoskopi maya, atau kolonografi CT, adalah ujian kolon yang menggunakan imbasan CT untuk menghasilkan imej potongan melintang. 

Prosedur ini adalah kurang invasif dan boleh mengesan sebarang abnormaliti seperti polip dan tumor di dalam kolon anda.

Namun, kolonoskopi maya tidak dapat mengeluarkan sebarang ketumbahan atau digunakan sebagai pengganti prosedur kolonoskopi. 

Prosedur ini disyorkan bagi pesakit yang tidak boleh melakukan prosedur kolonoskopi biasa disebabkan alahan atau had kesihatan tertentu.

Siapa yang Perlu Melakukan Kolonoskopi?

Ujian kolonoskopi adalah penting untuk mengesan kanser kolon dan rektum pada peringkat awal dan mencegah kanser. Persatuan Kanser Amerika mengesyorkan individu yang berusia 45 tahun ke atas untuk menjalani ujian saringan ini setiap 10 tahun.

Individu yang mempunyai sejarah keluarga kanser kolorektal atau yang mempunyai faktor risiko lain harus menjalani ujian saringan lebih awal atau lebih kerap.

Adalah penting untuk berbincang dengan doktor mengenai keperluan dan faktor risiko anda menentukan waktu terbaik untuk melakukan prosedur ini.

Adakah Kesan Sampingan Menjalani Kolonoskopi?

Kolonoskopi mempunyai risiko dan kesan sampingan yang rendah. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda jika anda mengalami sebarang tanda-tanda kanser usus seperti:

  • Pendarahan atau darah beku

  • Kesukaran melepaskan angin

  • Sakit bahagian bawah perut

  • Demam sejuk

  • Kembung perut

Ini boleh menandakan komplikasi yang memerlukan perhatian perubatan yang lebih lanjut.

Penutup

Kolonoskopi adalah penting untuk mengesan kanser usus besar pada peringkat awal dan boleh menyelamatkan nyawa. Dengan persediaan yang teliti, prosedur ini dapat dilakukan dengan selamat dan memberikan maklumat penting tentang kesihatan anda. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

DoctorOnCall menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan di seluruh negara dengan barisan doktor pakar yang berpengalaman. Dapatkan rawatan terbaik dengan pasukan kami yang sedia ada.

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall