Kenali Tanda, Tahap & Rawatan Penyakit Kanser Limfa Di DoctorOnCall

Apakah Tanda, Tahap & Rawatan Penyakit Kanser Limfoma? DoctorOnCallLimfoma - Apakah Tanda, Tahap & Rawatan Penyakit Kanser Limfa? DoctorOnCall
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Saya ingin bertanyakan tentang Limfoma. Baru-baru ini ayah saya didiagnosa penyakit tersebut. Dia mengalami demam yang berterusan yang berlaku pada waktu malam. Ayah saya mengadu seram sejuk dan saya juga perasan ayah saya kelihatan lebih kurus daripada biasa. Perkara ini berlarutan selama 3 minggu sehinggalah pada suatu hari ayah menyedari kulitnya menjadi kuning. Ayah terus pergi ke hospital dan setelah beberapa hari di sana, doktor mengenalpasti punca sebenar masalah yang ayah saya hadapi. Saya mahu tahu tentang penyakit ini dengan lebih lanjut. Adakah harapan bagi ayah saya untuk sembuh. Terima Kasih.
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Saya ingin bertanyakan tentang Limfoma. Baru-baru ini ayah saya didiagnosa penyakit tersebut. Di... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada DoctorOnCall. Saya fahami tentang kebimbangan anda mengenai gejala yang ayah anda hadapi. Gejala yang ayah anda hadapi adalah menjurus kepada penyakit Limfoma. Namun, diagnosis memerlukan pemeriksaan serta ujian khas bagi mengesahkannya. Limfoma ialah sejenis kanser sel darah putih yang boleh ditemui di beberapa organ badan seperti nod limfa, tulang sumsum, limpa dan lain-lain lagi. Antara gejala yang boleh dihadapi pesakit ialah gejala seperti yang ayah anda alami serta bengkakan pada kelenjar nod limfa di badan. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang diagnosis ini.
Terima Kasih kerana mengajukan soalan kepada DoctorOnCall. Saya fahami tentang kebimbangan anda mengenai gejala yang aya... See More

Apa Itu Limfoma?

Limfoma ialah sejenis kanser yang berasal daripada sel darah putih. Sel darah putih berfungsi melindungi badan daripada organisma asing seperti kuman, virus, kulat dan sebagainya. Sistem ini dikenali sebagai sistem imun. Seperti kanser lain, kanser ini menyebabkan sel darah putih membiak secara tidak terkawal dan tidak normal. Terdapat pelbagai jenis limfoma, namun saya akan menyentuh jenis yang kerap dialami pesakit serta lazim berlaku. 

Antara jenis utama limfoma termasuklah:

  • Jenis Hodgkin
  • Bukan jenis Hodgkin (Jenis ini lazim berlaku di Malaysia)

Kedua-dua jenis limfoma melibatkan jenis sel darah putih yang berbeza. Oleh kerana itu, kadar kanser tersebar adalah berbeza. Pesakit kadang-kala keliru antara kanser ini dan leukemia. Kedua-duanya adalah jenis yang berbeza kerana leukemia ialah kanser darah yang terdapat dalam saluran darah. Leukemia juga berasal daripada sel darah yang terhasil dalam tulang sumsum. 

Apakah Faktor Risiko Limfoma?

Anda pasti tertanya-tanya tentang apakah faktor yang meningkatkan risiko seseorang kepada jenis kanser ini. Para saintis masih lagi mencari punca sebenar penyakit ini. Namun, berdasarkan statistik, beberapa faktor telah dikenalpasti. 

Anda mungkin berisiko untuk menghidap penyakit ini jika:

  • Anda berusia 60 tahun dan keatas bagi Limfoma Jenis Bukan Hodgkin
  • Anda berusia 15 hingga 40 tahun atau 55 tahun ke atas Jenis Hodgkin
  • Anda seorang lelaki, namun, terdapat beberapa jenis kanser limfoma yang dihadapi oleh golongan wanita
  • Anda menghidap penyakit yang melemahkan sistem imun anda. Sebagai contoh, anda seorang pesakit HIV, seorang penerima transplantasi organ. 
  • Anda menghidap penyakit yang disebabkan sistem imun tinggi seperti Rheumatoid Arthritis, Sjogren dan sebagainya
  • Anda pernah dijangkiti virus seperti Epstein-Barr, Hepatitis C dan sebagainya. 
  • Anda mempunyai sejarah keluarga Limfoma
  • Anda penghidap kanser lain yang menerima rawatan radiasi

Apakah Gejala Yang Dialami Oleh Pesakit Limfoma?

Apabila kanser sel darah putih menyerang, pesakit akan mengalami gejala seperti bengkak pada nod limfa yang lazimnya pada ketiak, leher dan kelengkang. Pesakit juga mengalami gejala seperti demam, seram sejuk, hilang berat badan, batuk, sesak nafas, letih yang melampau, kulit yang gatal akibat demam kuning. Gejala juga timbul berdasarkan organ yang terjejas seperti tulang sumsum sehingga menyebabkan pesakit kerap jatuh sakit. 

Bagaimanakah Merawat Kondisi Ini?

Rawatan Limfoma adalah berdasarkan tahap penyakit yang menyerang pesakit. Jika pesakit mempunyai peringkat 4, pesakit akan dirawat berbeza berbanding dengan pesakit peringkat 1. Maka, saya akan menerangkan lebih lanjut tentang tahap limfoma yang mempengaruhi rawatan pesakit.

Peringkat 1 

Penglibatan Nod Limfa tunggal

Peringkat 2 

Penglibatan 2 kawasan Nod limfa di bahagian sama atas atau bawah diafragma

Peringkat 3 

Penglibatan nod limfa pada kawasan atas dan bawah diafragma

Peringkat 4

Penglibatan nod limfa di luar nod limfa. 

Antara rawatan yang kerap dilaksanakan keatas pesakit adalah seperti berikut:

  • Pembedahan
  • Radiasi
  • Kemoterapi
  • Pemindahan Sumsum tulang

Apakah Prognosis Limfoma?

Prognosis atau ramalan untuk sembuh pada pesakit limfoma adalah baik. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi prognosis penyakit. Kebanyakannya bergantung kepada umur dan keadaan pesakit, jenis dan tahap kanser, serta respon kepada rawatan. Para doktor akan memberikan prognosis kadar ‘5- year survival rate’. Terma ini merujuk kepada peratusan pesakit yang masih hidup selepas 5 tahun disahkan mengidap kanser. Anggaran peratusan adalah berdasarkan hasil pemerhatian daripada statistik kajian yang melibatkan pesakit yang ramai, tetapi tidak begitu tepat kerana setiap individu adalah unik dan berbeza dari segi sistem biologinya serta tindak balas pada rawatan.

  • ‘5-year survival rate’ bagi pesakit non hodgkin’s limfoma adalah 69%. 
  • Bagi jenis hodgkin’s limfoma kanser tahap 1 dan 2 peratusan ialah 91-94 % 
  • Bagi jenis hodgkin’s limfoma kanser tahap 3 dan 4 peratusan ialah 59-90% 

Oleh yang demikian, pemeriksaan dan pemantauan yang berterusan adalah amat mustahak sehingga tamat rawatan.Hal ini kerana, terdapat beberapa jenis limfoma yang boleh berulang, walaupun selepas tamat rawatan. Apabila ia berlaku, doktor akan mempertimbangkan rawatan jenis kemoterapi atau pemindahan sum-sum tulang.

References