Memahami Ovari Anda: Tanda-Tanda Cyst vs Kanser
Seperti yang kita tahu, ovari bertanggungjawab dalam menghasilkan telur serta hormon estrogen dan progesteron dalam sistem reproduktif wanita. Walaupun cyst ovari dan kanser ovari boleh berkembang dalam ovari, keadaan ini memerlukan rawatan yang berbeza. Memahami perbezaan di antara cyst ovari dan kanser ovari adalah penting untuk mengesan awal dan rawatan yang berjaya.
Apakah Cyst Ovari?
Cyst ovari atau sista ovari terbentuk daripada kitaran haid yang biasa dan bukan bersifat kanser. Kedua-dua ovari dalam tubuh badan seorang wanita menghasilkan telur yang bertumbuh dalam satu kantung kecil yang dipanggil folikel.
Apabila telur dilepaskan, folikel menjadi cyst korpus luteum, yang biasanya hilang dalam beberapa minggu. Jenis cyst ovari yang lain termasuklah:
Cyst dermoid: Ini mengandungi sel dan tisu seperti rambut dan kulit
Endometrioma: Kondisi ini adalah apabila tisu yang melapisi rahim tumbuh di luar rahim
Cystadenoma: Cyst yang diisi dengan cecair dan boleh membesar
Walaupun ketumbuhan cyst tidak berbahaya dan tidak menyebabkan sebarang gejala, sesetengah daripadanya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, seperti cyst ovari yang pecah, atau ovari yang berpintal (ovarian torsion). Sista yang besar juga boleh menyebabkan ketidakselesaan atau tekanan di perut.
Apakah itu Kanser Ovari?
Kanser ovari ialah kanser yang bermula di salah satu atau kedua-dua ovari dan merebak ke bahagian lain dalam tubuh. Sel kanser tersebut terbentuk pada permukaan ovari atau dalam sel-sel yang membantu dalam penghasilan telur.
Adakah Gejala Kanser Ovari dan Sista Ovari Sama?
Gejala kanser ovari dan sista ovari boleh menghasilkan beberapa tanda atau simptom yang sama. Oleh itu, anda harus prihatin terhadap sebarang gejala yang membimbangkan.
Namun, gejala-gejala kanser ovari biasanya lebih teruk dan berterusan. Ini termasuk:
Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
Adakah Sista Ovari Meningkatkan Risiko Kanser?
Cyst ovari tidak biasanya bersifat kanser dan dikenali sebagai sista berfungsi iaitu functional cysts yang terbentuk semasa kitaran haid. Cyst ini akan hilang dalam beberapa minggu. Walau bagaimanapun, sesetengah cyst boleh meningkatkan risiko kanser ovari dan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Bolehkah Ultrasound Mengesan Kanser dalam Ovari?
Ultrasound sering digunakan untuk mengesan cyst ovari, tetapi ia tidak dapat menentukan sama ada cyst tersebut bersifat kanser atau tidak. Jika pakar kesihatan anda mencurigai bahawa cyst tersebut bersifat kanser, mereka boleh mendapatkan ujian tambahan, seperti CT scan atau MRI, atau melakukan biopsi untuk menyemak sel cyst tersebut.
Adakah Rawatan untuk Cyst dan Kanser Berbeza?
Ya, rawatan kanser ovari dan sista ovari adalah berbeza. Rawatan untuk sista ovari termasuk:
Pengawasan aktif
Pembedahan untuk membuang sista
Manakala, rawatan untuk kanser ovari adalah pembedahan, kemoterapi, dan radioterapi. Rawatan kanser peritoneal utama juga boleh digunakan dalam beberapa kes, yang mempunyai persamaan dengan kanser ovari tetapi hanya menjejaskan peritoneum, iaitu lapisan perut.
Kesimpulannya
Pencegahan dan pengesanan awal adalah kunci apabila berbicara tentang kanser ovari dan sista ovari. Terdapat beberapa cara untuk mencegah kanser ovari seperti mengambil perubatan secara oral, menjaga diet pemakanan anda, melakukan senaman yang sihat, dan menguji jika anda mempunyai sejarah keluarga kanser ovari atau payudara. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sista ovari atau kanser ovari, bincanglah dengan pakar kesihatan anda.