Ujian Najis: Senjata Utama Melawan Kanser Kolon

Ujian Najis Kanser Kolon: Bagaimana Ia Boleh Selamatkan Nyawa - DoctorOnCall

Kanser kolorektal adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh berkembang di dalam kolon atau rektum. Salah satu cara untuk mengesan kanser kolorektal adalah melalui ujian tinja. Ujian ini dapat membantu untuk  mengenal pasti punca najis berdarah yang mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti kanser.

Apakah Kanser Kolorektal? 

Kanser usus besar berkembang apabila sel-sel yang tidak normal di dalam usus atau rektum tumbuh tanpa kawalan. Ia berlaku apabila kanser merebak melalui dinding usus besar dan menyerang tubuh organ yang lain.

Tanda-tanda Najis: Kanser Usus

Tabiat pembuangan najis anda dapat memberikan petunjuk yang penting tentang kesihatan anda. Berikut adalah beberapa perkara untuk diperhatikan:

  • Konsistensi: Najis anda harus berbentuk baik dan mudah untuk dilepaskan. Jika ia terlalu lembik atau cair, ia boleh menjadi tanda  tanda masalah yang lebih serius.

  • Warna: Warna najis kanser usus adalah tidak normal. Najis warna putih, hitam, atau, merah boleh menunjukkan masalah kesihatan yang memerlukan perhatian perubatan.

  • Kekerapan: Walaupun setiap individu mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza, perubahan secara tiba-tiba boleh menunjukkan masalah kesihatan pada usus anda.

  • Pendarahan: Najis berdarah atau pendarahan rektum bukanlah tanda yang  baik dan harus diperiksa dengan segara.

Tanda-tanda dan gejala biasa yang boleh meningkatkan risiko kanser kolon termasuk:

  • Sakit abdomen atau kram

  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan

  • Keletihan atau kelemahan

  • Mual atau muntah

Ujian Najis untuk Kanser Kolorektal

Ujian tinja boleh digunakan untuk mengesan kanser kolon pada peringkat awal penyakit tersebut. Terdapat 3 jenis ujian najis, iaitu:

  • Ujian Darah Occult Faecal (FOBT): Ujian ini mencari darah dalam najis yang mungkin tidak nampak dengan mata kasar.

  • Ujian FOBT imunokemik (FIT): Ujian ini juga mengesan kehadiran darah dalam najis, tetapi ia lebih sensitif dan spesifik daripada FOBT.

  • Ujian DNA najis: Ujian ini mencari perubahan tidak normal dalam DNA yang mungkin menunjukkan kehadiran sel kanser kolon.

Jika keputusan ujian tersebut adalah tidak normal, pakar kesihatan anda mungkin akan merujuk anda untuk menjalani ujian lanjutan bagi mengesahkan penyakit tersebut.

Mengurangkan Risiko Kanser Kolon Anda

Institut Kanser Negara (National Cancer Society) telah mengesyorkan beberapa langkah untuk mengurangkan faktor risiko kanser kolon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

  • Amalkan diet yang sihat (tinggi serat dan mengurangkan daging merah serta diproses)

  • Menjaga berat badan yang sihat

  • Membuat ujian saringan secara berkala

  • Bersenam secara berkala

  • Membatasi pengambilan alkohol

  • Mengurus penyakit radang usus seperti ulcerative colitis.

  • Berhenti merokok

Dengan mengambil langkah-langkah ini, anda dapat mengurangkan risiko anda untuk mengembangkan kanser kolon dan mengekalkan saluran pencernaan yang sihat. 

Apabila mengalami sebarang gejala kanser kolorektal seperti darah dalam najis atau sakit perut yang teruk, adalah penting untuk berbincang dengan pakar kesihatan anda dengan segera.

Pendek Kata

Kanser kolorektal merupakan masalah kesihatan yang serius yang boleh dikesan dengan memeriksa najis untuk darah. Jika anda melihat sebarang gejala seperti najis berdarah atau sakit abdomen yang teruk, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. 

Ujian saringan secara  berkala dan gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan risiko kanser kolon atau mempercepatkan pemulihan anda sekiranya anda menghidapinya.

Segera hubungi kami di DoctorOnCall untuk membuat temujanji dengan doktor kami dan menempah pemeriksaan atau ujian saringan hari ini. Kami di DoctorOnCall sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam perjalanan ke arah kesihatan yang baik.