Apakah Penyebab Mengandung Tetapi Period (Menstruation During Pregnancy)?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pembantu pegawai farmasi yang berumur 30 tahun. Saya baru sahaja berkahwin dan suami saya seorang pegawai farmasi. Kami memiliki kedai kami yang tersendiri dan baru sahaja memulakan bisnes kami ini. Kami masih belum mempunyai anak dan sedang mencuba supaya dapat dikurniakan seorang anak yang sihat walafiat. Saya banyak membantu suami saya di farmasi kami ini kerana terdapat banyak kotak yang akan sampai dan saya harus menyusun segala kotak tersebut dan memastikan ubat-ubat tertentu disusun dengan kemas pada rak yang disediakan. Kami masih baru membuat bisnes jadi kami masih belum sempat mengambil orang untuk menolong kami di farmasi ini. 

Pada minggu lepas, saya menggunakan ‘urine pregnancy test’ dari farmasi untuk mengesahkan kehamilan saya dan alangkah gembiranya saya dan suami apabila mendapati saya memang mengandung. Kegembiraan ini tidak lama apabila saya mendapati saya datang haid baru-baru ini tetapi apabila saya memeriksa lagi sekali sewaktu haid, saya memang mengandung. Saya seolah-olah tidak boleh memercayai perkara ini. Selalunya kedatangan haid membawa maksud seseorang itu tidak mengandung tetapi bagi keadaan saya ianya terbalik. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa yang berlaku kepada saya ini? Adakah saya memang pun mengandung? Apakah cara untuk mengatasi masalah haid ini sewaktu saya mengandung?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pembantu pegawai farmasi yang berumur 30 tahun. Saya baru sahaja berkahwin dan s... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan tersebut. Pendarahan yang berlaku sewaktu awal kehamilan boleh menandakan perkara yang normal seperti pendarahan implantasi kehamilan ataupun perkara yang abnormal seperti keguguran. Beberapa maklumat perlu diperolehi sebelum boleh mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Oleh itu, anda disarankan untuk ke klinik berdekatan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan kesimpulan dan rawatan jika perlu. Buat masa ini anda dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat kotak dan sebagainya semasa hamil. Hal ini boleh menjejaskan bukan sahaja kesihatan anda malah kesihatan bayi tersebut. Oleh itu, anda dinasihati untuk berehat dan mengambil masa untuk menjaga kesihatan diri dan pemakanan untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan mendapat nutrien yang mencukupi. Anda juga harus memastikan pendarahan tersebut tidak bertambah banyak dan sekiranya berasa risau atau disertakan dengan sakit segeralah ke hospital.
Terima kasih atas soalan tersebut. Pendarahan yang berlaku sewaktu awal kehamilan boleh menandakan perkara yang normal s... See More

APAKAH PENYEBAB IBU MENGANDUNG TAPI PERIOD?

Kebanyakkan wanita apabila mengandung amat takut apabila berlaku pendarahan tetapi kadang kala pendarahan tersebut tidak membahayakan malah ianya sementara dan tidak akan menjejaskan kesihatan bayi dan wanita tersebut.

Penyebab utama wanita datang period atau datang haid waktu mengandung ialah proses persenyawaan berlaku ketika wanita tersebut hampir datang haid. Persenyawaan tidak akan berlaku sejurus selepas melakukan hubungan seks. Ianya akan berlaku selepas beberapa hari melakukan hubungan seks dan pada ketika itu kemungkinan wanita tersebut datang haid tetapi telur telah berjaya disenyawakan. Jadi para wanita yang mengalami simptom ini boleh bertemu doktor untuk memastikan kehamilan.

Selain itu, penyebab lain mengandung tapi period ialah kerana tahap hormon progesterone dalam badan amat rendah. Hal ini akan menyebabkan dinding rahim kurang kukuh dan mulai pecah dan menyebabkan kedatangan haid.

Namun begitu, pendarahan yang berlaku selepas 24 minggu kehamilan adalah perkara yang serius. Anda dinasihatkan untuk segera mengunjungi doktor untuk pemeriksaan. Hal ini kerana wanita tersebut mungkin menghidap keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah yang dipanggil ‘placenta previa’ atau sebahagian uri terlepas dari dinding rahim yang dipanggil ‘placenta abruption’.

Pendarahan yang boleh dikelirukan dengan haid adalah apabila melakukan hubungan seks ketika mengandung. Apabila wanita mengandung, mereka akan mengalami perubahan pada permukaan serviks. Ini boleh juga menyebabkan pendarahan yang boleh mengelirukan dengan kedatangan haid.

Seterusnya, penyebab lain yang boleh mendatangkan haid ketika mengandung ialah jangkitan kuman. Hal ini haruslah diambil serius dan sekiranya berlaku masalah seperti ini, dengan segera wanita tersebut perlu ke hospital untuk dirawat kerana kemungkinan boleh mengancam nyawa kandungan tersebut.


APAKAH CARA MENGATASINYA?


  • Cara mengatasi masalah ini adalah dengan sentiasa berhati-hati sewaktu mengandung. Wanita haruslah mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor dan sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri dan juga bayi.

  • Sekiranya wanita tersebut mengalami pendarahan yang banyak berserta dengan sakit perut maka ianya perkara yang serius dan harus segera ke hospital untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini kerana ini kemungkinan disebabkan oleh posisi uri di bahagian bawah rahim atau uri tercabut dari rahim dan keadaan ini memerlukan perhatian doktor dengan kadar segera.

  • Seterusnya, wanita tersebut juga dinasihatkan menghindarkan diri daripada melakukan sebarang kerja berat. Ini boleh menjejaskan bukan sahaja kesihatan ibu tetapi juga bayi dalam kandungan.

  • Di samping itu, wanita mengandung juga haruslah mengawal emosi dengan baik dan tidak terlalu runsing atau tertekan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan berfikiran positif.

BILAKAH HARUS ANDA JUMPA DOKTOR?


  • Wanita yang mengalami simptom ini haruslah segera berjumpa doktor apabila mendapati pendarahan yang dialami semakin teruk atau disertai dengan sakit perut. Hal ini kerana masalah ini boleh berpunca daripada perkara yang boleh mengancam nyawa anda atau kandungan

References