Isteri saya baru sahaja bersalin dan ingin mengetahui cara penjagaan luka episiotomi (Episiotomy Wound) yang betul.

Anonymous
Salam, doktor. Saya berusia 32 tahun dan bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini, saya telah bersalin di salah sebuah hospital swasta dan saya menjalani proses bersalin secara normal tanpa pembedahan. Selepas proses bersalin tersebut, saya mengalami luka hasil daripada episiotomi yang dilakukan oleh doktor. Jahitan yang dilakukan selepas episiotomi juga terasa sakit walaupun setelah diberi bius. Sepanjang proses bersalin, saya tidak mengalami pertumpahan darah yang sangat banyak dan saya berjaya melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.56 kg. Kedua-dua bayi dan saya tidak mengalami komplikasi yang teruk selepas bersalin. Saya dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja yang berat.Saya ingin bertanya doktor, apakah cara yang terbaik yang terlibat dalam jagaan luka episiotomi ini kerana saya sedia maklum bahawa luka tersebut boleh dijangkiti dengan kuman jika tidak diberikan perhatian dengan baik dan mungkin akan terasa sedikit pedih setiap kali saya hendak membuang air. Adakah jahitan di luka ini boleh terbuka semula dan perlukah saya datang ke hospital untuk meminta nasihat daripada doktor untuk penjagaan luka episiotomi ini?
Anonymous
Salam, doktor. Saya berusia 32 tahun dan bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank. Saya sudah berkahwin dan me... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Tahniah atas kelahiran bayi anda. Proses penyembuhan daripada episiotomi selepas bersalin memang mengambil masa dan memerlukan kesabaran. Ia mengambil masa lebih kurang dalam 10 hari hingga 2 minggu. Penyembuhan dari episiotomi boleh jadi menyakitkan dan tidak selesa.

Kebiasaannya anda akan diberi ubat tahan sakit ketika berada di hospital dan mungkin doktor akan memberikan lagi beberapa ubat tahan sakit untuk dibawa pulang.Kebanyakan wanita akan sembuh tanpa masalah, walaupun mungkin mengambil masa beberapa minggu. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dengan lebih lanjut berkenaan penjagaan luka episiotomi ini. Jahitan anda tidak perlu dikeluarkan dan ia boleh terbuka semula jika tidak dijaga dengan baik. Anda boleh melakukan aktiviti seperti biasa apabila anda sudah bersedia, seperti kerja pejabat atau mengemas rumah.
Tahniah atas kelahiran bayi anda. Proses penyembuhan daripada episiotomi selepas bersalin memang mengambil masa dan... See More

APAKAH ITU LUKA EPISIOTOMI?

    Luka episiotomi adalah luka yang disebabkan oleh potongan di bahagian perineum anda, yang merupakan kawasan otot antara vagina dan laluan punggung anda. Potongan ini membantu bayi anda dilahirkan, terutamanya jika anda menggunakan alat bantuan ketika bayi dilahirkan atau jika vagina anda tidak mengembang dengan secukupnya ketika bersalin.

BILAKAH EPISIOTOMI AKAN DILAKUKAN?

Bidan atau pakar obstetrik hanya boleh menawarkan episiotomi jika beliau merasakan bahawa anda akan mendapat manfaat daripada menjalani prosedur tersebut. Episiotomi bukanlah sebahagian daripada rutin ketika bersalin malah ia boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.
Walaupun anda mengalami koyakan semasa bersalin, ia lebih cenderung untuk sembuh dengan baik, tanpa komplikasi, berbanding daripada apabila kita melakukan episiotomi.
Walau bagaimanapun, bidan atau pakar obstetrik anda mungkin mencadangkan untuk anda melakukan episiotomi :
  • Jika bayi anda keluar ikut muka terlebih dahulu
  • Jika anda mempunyai parut daripada koyakan jika pernah bersalin normal sebelum ini
  • Sekiranya anda menjalani pembedahan sebelum ini untuk membaiki koyakan atau bahagian rahim yang terkeluar
Episiotomi juga boleh dilakukan:

  • Jika bayi anda sesak nafas kerana kekurangan oksigen (tali pusat terbelit atau termampat, atau terdapat masalah tali pusat yang lain dan bayi perlu dilahirkan dengan cepat)
  • Jika bayi anda besar atau kepalanya terlalu besar
  • Jika bayi anda mengalami kesusahan atau’distress’ semasa proses bersalin
  • Jika bahu bayi anda tersekat dalam vagina
  • Jika terdapat kecemasan dan tidak ada ruang yang cukup untuk melahirkan bayi anda dengan forsep
  • Jika bayi anda keluar dengan punggung terlebih dahulu (breech) dan memerlukan lebih banyak ruang untuk keluar
  • Untuk mengelakkan otot daripada mengembang berlebihan yang mungkin boleh menyebabkan ‘prolapse’ atau organ reproduktif terkeluar di kemudian hari.

GEJALA LUKA EPISIOTOMI?

Gejala yang lain boleh berlaku terhadap luka episiotomi jika terdapat sebarang komplikasi sepanjang proses penyembuhan. Gejala yang terlibat bergantung kepada komplikasi yang tertentu:

  • Setelah melakukan jahitan luka episiotomi, kadang-kadang injap dubur tidak sembuh dengan betul atau menjadi lemah. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin mengalami ‘fecal incontinence’ di mana najis atau kentut keluar tanpa boleh dikawal dan tanpa disedari. Jika ini berlaku, atau anda menghadapi masalah melakukan senaman lantai punggung, dapatkan bantuan daripada bidan atau doktor anda.
  • Setiap jenis luka boleh dijangkiti kuman, jadi penting untuk mengetahui tanda-tanda jangkitan termasuklah keluarnya cecair yang busuk dari vagina, pendarahan, sakit dan bengkak di bahagian luka serta demam. Periksa perineum anda dengan cermin kecil. Sesetengah ibu menggunakan telefon mereka untuk mengambil gambar.
  • Sekiranya luka atau kawasan di sekelilingnya menjadi merah, sakit sangat dan bengkak serta jika anda melihat nanah, atau luka yang berbau, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.
  • Walaupun sangat jarang berlaku, lubang boleh terbentuk di antara vagina dan usus anda. Ini dipanggil fistula rectovaginal. Sekiranya anda mengalami jangkitan pada pundi kencing atau vagina , atau jika anda kentut atau najis keluar melalui vagina, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin.
  • Luka mungkin tidak sembuh dengan betul. Jika ini berlaku, anda mungkin memerlukan pembedahan lain untuk memperbaikinya. Ini sangat jarang berlaku.

APAKAH CARA JAGAAN LUKA EPISIOTOMI?

1)  Jangan sentuh jahitan luka episiotomi

Apa sahaja yang anda lakukan, jangan sentuh jahitan anda dan kalau boleh jangan sentuh langsung kawasan itu. Menyentuh kawasan jahitan dengan kerap boleh menyebabkan jangkitan. Juga, menyentuh ia boleh menyebabkan salah satu jahitan itu terkeluar. Adalah dinasihatkan untuk tidak menyentuh bekas luka dan biarkan ia sembuh secara semulajadi.

2)  Gunakan botol muncung

Botol plastik muncung adalah biasanya disediakan di hospital supaya anda boleh membersihkan kawasan luka episiotomi. Anda boleh menggunakannya selepas mandi untuk membersihkan kawasan tersebut kerana anda tidak boleh menggunakan tisu tandas lagi; ia boleh menjejaskan jahitan tersebut. Botol ini sangat berguna, jadi saya cadangkan anda meminta beberapa botol daripada jururawat untuk dibawa pulang ke rumah.

3)  Kain lembap dengan sabun

Apabila anda sedang mandi, saya mencadangkan dan menasihati anda untuk menggunakan kain lembap dengan sedikit sabun di atasnya dan gunakannya terhadap bekas luka selama beberapa hari sahaja. Anda boleh tekapkan kain tersebut dengan lembut di bekas luka untuk memastikan ia bersih. Menggunakan tangan boleh merengsakannya dan boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan juga. Anda hendaklah melakukannya dengan berhati-hati supaya jahitan itu tidak tercabut.

4)  Kain kering

Kain kering membantu mengeringkan bekas jahitan luka setelah mandi. Sekali lagi, perlahan-lahan tekap kawasan tersebut untuk keringkannya dan jangan tergesa-gesa kerana anda mungkin terasa sakit semasa proses tersebut.

5)  Jangan bengkokkan badan atau angkat objek berat

Jangan bengkokkan badan untuk mendapatkan sesuatu dari lantai kerana jahitan anda mungkin akan tercabut dan kemudian anda perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan lebih banyak jahitan dan ini seharusnya dielakkan. Mintalah bantuan dari orang yang terdekat jika anda memerlukannya.

6)  Duduk di atas bantal atau tempat yang lembut

Apabila anda sedang pulih dari luka episiotomi atau luka vagina, anda selalunya dinasihatkan untuk berehat secukup yang boleh. Dapatkan kerusi yang selesa untuk duduk jika anda sedang menyusukan bayi anda. Mungkin meletakkan bantal di atas kerusi atau sofa boleh membantu mengurangkan rasa sakit . Cuba untuk tidak berjalan banyak untuk kebaikan anda sendiri. Berjalan akan membuatkan anda bergesek dengan paha dan ini boleh menggangu penyembuhan anda. Jangan lakukan terlalu banyak kerja untuk beberapa hari selepas bersalin dan biarkan orang lain membantu anda.

7) Jangan bersetubuh atau melakukan hubungan seks

  • Adalah disyorkan untuk menunggu 4 hingga 6 minggu sebelum bersetubuh dengan pasangan anda selepas bersalin atau seelok-eloknya selepas habis pantang iaitu 60 hari. Jika anda melakukan hubungan seks sebelum masa menunggu yang disyorkan, anda hanya membuat masa jagaan dan penyembuhan menjadi lebih lama, akan mendedahkan bekas luka anda terhadap jangkitan dan jahitan akan tercabut lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sentiasalah berunding dengan doktor anda dengan apa-apa soalan yang anda berasa tidak pasti.
  • Pernafasan yang terkawal, bersama dengan penolakan yang betul semasa bersalin, akan membantu anda menjalani proses bersalin dengan baik dan dapat mengelak daripada prosedur episiotomi. Tidak meneran apabila diberitahu juga boleh memberi masa untuk perineum anda supaya mengembang dan elak daripada koyakan berlaku.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.


References