Seperti yang telah dijelaskan pada sesi soal jawab di atas, air ketuban dihasilkan daripada cecair plasma ibu dan disalurkan pada bayi melalui membran amniotik mengunakan proses osmosis. Ketika janin mencapai usia 16 minggu keatas, air kencing yang dihasilkan oleh janin juga menyumbang kepada air ketuban. Perlu diketahui, apa sahaja yang dihasilkan perlu juga untuk digunakan ataupun diserap bagi mengelakkan kuantiti air berlebihan. Pada awal kandungan, air ketuban diserap melalui liang kulit dan juga tisu janin. Setelah janin mencecah usia 20 minggu keatas, janin akan menelan air ketuban dan masuk ke saluran pemakanan. Regulasi seperti ini penting bagi memastikan kuantiti air ketuban normal.
Mari Mempelajari Tentang Air Ketuban: Kandungan, Kuantiti Dan Fungsinya
Bagaimanakah Air Ketuban Dihasilkan?
Ketahui Kandungan Air Ketuban
Oleh kerana air ketuban dihasilkan daripada plasma ibu, kandungannya merangkumi air dan elektrolit. Sebab itulah, setiap wanita yang mengandung mudah berasa haus kerana cecair badan mereka digunakan untuk menghasilkan air ketuban. Setelah kandungan mencapai usia yang lebih tinggi yakni antara 12 hingga 14 minggu, beberapa komponen lain juga akan turut dihasilkan. Sebagai contoh:
- Protein
- Karbohidrat
- Lipid
- Phospolipid
- Urea
Apakah Fungsi Air Ketuban ?
- Air ketuban merupakan medium perlindungan kepada bayi daripada tekanan fizikal ataupun goncangan.
- Ia juga membolehkan bayi untuk bergerak dalam rahim yang mana penting untuk pertumbuhan otot dan juga tulang.
- Air ketuban juga melindungi bayi daripada terkena jangkitan kerana ia mengandungi antibodi.
- Ketika bayi menarik nafas dan menelan air ketuban, perbuatan ini secara tidak langsung melatih otot paru-paru dan sistem pencernaan untuk berfungsi dengan optima selepas lahir.
- Air ketuban juga penting dalam memastikan suhu persekitaran bayi berada pada tahap yang optimum.
- Organ seperti jari kaki dan tangan mendapat banyak faedah daripada air ketuban kerana ia mengelakkan organ berikut iaitu jari daripada melekat antara satu sama lain ketika pembentukan organ tersebut.
- Air ketuban juga penting bagi mengelakkan plasenta ataupun tali pusat daripada ditekan oleh janin.
Apakah Punca Kuantiti Air Ketuban Melebihi Paras Normal ?
- Kandungan kembar
- Masalah kencing manis
- Jangkitan kuman ataupun virus
- Kecacatan pada janin yang merangkumi:
- Masalah pada saluran pencernaan
- Saluran penghadaman yang terseumbat
- Masalah pada otak ataupun spina
Gembira dengan kehadiran si kembar? Dapatkan zat yang secukupnya untuk mereka!
Komplikasi Yang Bakal Terjadi Akibat Daripada Kuantiti Air Ketuban Melebihi Paras Normal
- Kelahiran awal daripada tarikh sepatutnya ataupun kelahiran pramatang (air ketuban pecah tapi tiada kontraksi)
- Posisi bayi akan sentiasa berubah dan hal ini menyukarkan kelahiran secara normal
- Tali pusat bayi terkeluar (umbilical cord prolapse)
- Plasenta tercabut (abruptio placenta)
- Kematian bayi
Punca Kuantiti Air Ketuban Kurang
- Kandungan lanjut usia
- Kecacatan pada bayi terutamanya pada organ yang menhasilkan air kencing
- Air ketuban pecah awal
- Ubat-ubatan seperti beberapa ubat tinggi darah dan ubat tahan sakit
- Masalah pada struktur plasenta :
- Plasenta tercabut
- Masalah trombosis pada plasenta
- Penyakit darah tinggi kronik
Berikut Merupakan Komplikasi Masalah Air Ketuban Kurang Daripada Paras Normal
- Kematian janin dalam kandungan ataupun ketika dilahirkan
- Air ketuban yang kurang akan menyebabkan janin sukar bergerak
- Bayi juga boleh mengalami kecacatan terutamanya pada tangan dan kaki akibat daripada mampatan dalam rahim
- Menyebabkan proses kematangan paru-paru terbantut
- Menyebabkan perkembangan janin terbantut ataupun terhalang
- Menyukarkan proses beranak yakni tali pusat boleh terbelit
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pecah Air Ketuban
Setiap bakal ibu pastinya akan melalui saat-saat di mana air ketuban mereka pecah ketika mengandung. Namun, ramai yang kurang cakna berkenaan dengan perbezaan di antara air ketuban ataupun air kencing. Ibu mengandung yang sudah cukup bulan juga boleh juga mengalirkan air kencing dengan mudahnya kerana kandungan mereka yang besar boleh menekan pundi kencing.
Untuk pengetahuan anda, tanda air ketuban bocor dapat diketahui daripada tekstur warnanya iaitu kelihatan jernih dan tidak berbau seperti air kencing. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, berkemungkinan besar air kencing yang mengalir. Air ketuban yang pecah juga selalunya dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, terdapat juga keadaan yang mana air ketuban berwarna coklat-kehijauan dan mengeluarkan bau yang kurang enak. Hal ini disebabkan daripada mekonium (najis bayi) ataupun berlaku jangkitan.
Air ketuban yang pecah awal daripada usia 37 minggu kandungan dikenali sebagai Premature Preterm Rupture of Membrane membran ketuban pecah ketika bayi masih pramatang dan sebelum tarikh kelahiran yang dijangkakan. Hal ini akan menyebabkan bayi terdedah kepada jangkitan kuman. Rawatan bagi masalah ini bergantung kepada usia kandungan. Jika usia bayi terlalu muda dan belum matang, kandungan mungkin perlu untuk diteruskan. Namun jika sebaliknya, bayi dilahirkan bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Hal ini bergantung kepada pertimbangan doktor setelah mengambil kira beberapa faktor seperti usia kandungan, sejarah sakit ibu, fasiliti dan banyak lagi.
Bagi air ketuban yang pecah setelah usia kandungan melebihi 37 minggu pula, senario ini dipanggil sebagai Preterm Rupture of Membran yang bermaksud, bayi telah matang namun air ketuban pecah lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran yang mengambil kira 40 hari kandungan.
Jika anda mengalami permasalahan ataupun kemusykil berkenaan isu ini, silalah hubungi kami untuk melakukan konsultasi secara atas talian.
References