Bolehkah doktor menjelaskan kenapa pregnant test line kabur dan cara mengunakan Urine Pregnancy Test?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 27 tahun dan seorang suri rumah. Suami saya seorang ahli bomba dan beliau berumur 30 tahun. Kami baru berkahwin tahun lepas dan sedang cuba untuk mendapatkan anak. Baru-baru ini saya perasan kitaran haid saya telah terlewat lalu saya segera ke farmasi untuk membeli kit ujian kehamilan untuk mendapatkan kepastian. Setelah menggunakannya, saya mendapati pregnant test line kabur dan ini menyebabkan kekeliruan sama ada saya mengandung atau tidak. Bolehkah doktor pastikan jika saya mengandung atau pun tidak berdasarkan pregnant test line kabur ini?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 27 tahun dan seorang suri rumah. Suami saya seorang ahli bomba dan ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan tersebut. Berdasarkan kenyataan puan saya tidak dapat memastikan dengan 100 % bahawa puan mengandung atau tidak. Namun demikian saya boleh menceritakan serba sedikit mengenai sebab pregnant test line kabur (Pregnancy Test Not Clear).Hal ini demikian kerana puan melakukan ujian kehamilan terlalu awal. Jika puan mengulangi keputusan ini selepas dua minggu keputusan akan menjadi lebih tepat.

Puan juga dinasihatkan supaya membuat ujian ini pada awal pagi dengan sampel air kencing pertama kerana selepas mengambil makanan, air kencing menjadi cair dan tidak dapat memberi keputusan yang tepat. Puan juga boleh berjumpa dengan doktor sakit puan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan dan ‘ultrasound’ untuk mendapatkan kepastian sama ada puan mengandung .

Terima kasih atas soalan tersebut. Berdasarkan kenyataan puan saya tidak dapat memastikan dengan 100 % bahawa puan menga... See More

Apa itu UPT

UPT atau dalam bahasa Inggeris ‘Urine Pregnancy Test’ merupakan sejenis kaedah yang digunakan untuk memastikan seseorang wanita itu mengandung atau tidak. UPT mengukur tahap hormon hcg dalam air kencing wanita tersebut. Hormon hcg hanya akan dijumpai dalam wanita mengandung sahaja. UPT akan menunjukkan dua garisan yang bermakna wanita tersebut positif hamil. Tetapi kadang kala UPT boleh menunjukkan jalur yang kabur dan mengelirukan wanita tersebut tentang kehamilan mereka. Oleh itu, UPT yang menunjukkan keputusan positif masih memerlukan pemeriksaan teliti dengan pakar perubatan seperti ujian darah untuk mengesahkan kehamilan mereka.

Apakah penyebab pregnant test line kabur

Kebanyakan wanita yang cuba untuk menjadi hamil bergantung kepada ‘Urine Pregnancy Test (UPT)’. Namun demikian ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur. Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh bertukar kabur seperti:

  1. Ujian UPT dilakukan terlebih awal. Ujian ini hanya boleh memberi keputusan yang pasti apabila kepekatan hormon dapat dikesan. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menjalankan ujian air kecing 10 hari selepas ovulasi.
  2. Air kencing yang terlalu cair. Ujian UPT harus diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hcg dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Waktu sampel air kencing diambil secara tidak langsung akan menyebabkan garisan kit ujian kehamilan yang kabur.
  3. Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif. Hal ini berkaitan dengan alat ujian kehamilan kerana setiap alat ini mempunyai sensitiviti yang tersendiri untuk mengenal pasti hormon hcg dalam air kencing. Jika air kencing kita mengandungi hormon hcg yang sedikit dan alat ujian kehamilan yang digunakan tidak begitu sensitif maka garisan kit ujian kehamilan menjadi kabur.
  4. Tamat tempoh penggunaan.  Setiap alat ujian kehamilan mempunyai tarikh tamat tempoh. Oleh itu, para wanita hanya perlu membeli alat tersebut apabila mereka ingin menggunakannya.
  5. Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul. Hal ini demikian kerana alat ujian kehamilan sangat sensitif kepada haba. Jika terdedah kepada haba yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan alat ujian sekali gus menghasilkan garisan keputusan yang kabur.
  6. Jalur sejatan. Hal ini pula merujuk kepada jalur sejatan yang terdapat pada alat ujian kehamilan tersebut. Jalur sejatan ini berlaku apabila air kencing tersejat daripada alat tersebut apabila dibiarkan begitu sahaja buat masa yang lama. Ini akan menunjukkan keputusan yang positif dan mengelirukan wanita. Jalur sejatan ini selalunya kelihatan kabur sahaja dan tidak mempunyai sebarang warna.
  7. Keputusan haruslah dibacakan dalam waktu yang dicadangkan. Hal ini kerana setiap alat ujian kehamilan akan ditulis dengan teliti bahawa ujian ini harus dibaca selepas 5 minit. Sekiranya terlajak masa bacaan melebihi 5 minit, keputusan yang mengelirukan akan berlaku akibat garisan ujian kehamilan yang kabur.
  8. ‘Chemical pregnancy’. Fenomena ini terjadi apabila wanita yang mengandung mengalami keguguran tanpa disedari. Sehubungan dengan itu, kepekatan hcg dalam air kencing berada dalam tahap yang rendah dan apabila mengambil ujian kehamilan ujian kehamilan bertukar kabur.
  9. Ubatan. Individu yang pregnant test line yang kabur kerana ubatan yang diberikan ialah untuk merawat kesuburan dan ianya mengandungi hormon hcg. Ini secara tidak langsung akan menghasilkan pregnant test line yang kabur dan akan mengelirukan wanita yang mengambil ujian tersebut.

Apakah gejala jika pregnant test line kabur

Kadang kala sesetengah wanita apabila teringin sangat untuk mengandung akan mempunyai simptom yang menyerupai wanita hamil. Gejala ini apabila berikutan dengan pregnant test line kabur boleh membawa kepada kekeliruan. Gejala seperti ini dipanggil sebagai ‘Imaginary Pregnancy Symptoms’. Antara gejala yang dinyatakan ialah:

  • Keputusan haid
  • Payu dara bengkak
  • Loya
  • Muntah
  • Kembung perut
  • Letih
  • Mengidam

Apakah penyelesaian pregnant test line kabur

Oleh sebab pregnant test line kabur boleh membawa kepada kekeliruan sama ada mereka sebenarnya mengandung atau tidak, anda disarankan untuk melakukan beberapa kaedah di bawah untuk memastikan kualiti kit ujian kehamilan.

  1. Ulang ujian kehamilan selepas dua minggu untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat.
  2. Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
  3. Memastikan kit ujian kehamilan yang digunakan belum tamat tempoh penggunaan dan masih boleh digunakan.
  4. Ujian kehamilan harus disimpan di tempat yang sesuai seperti dalam almari dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
  5. Semasa pembelian kit ujian kehamilan, anda dikehendaki menyemak kadar sensitiviti yang tertera agar pengguna mendapat keputusan yang tepat.
  6. Keputusan ujian kehamilan harus segera dibaca dalam tempoh 5 minit dan tidak lebih setelah sampel air kencing diambil kerana bimbang akan mendatangkan keputusan yang tidak tepat jika dibiarkan begitu lama.
  7. Melawat doktor sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan ‘ultrasound’ atau rawatan lain untuk mendapatkan kepastian.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat lanjut daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my .

References