Mari Ambil Tahu Perkembangan Bayi Yang Sihat Dari Lahir Hingga 12 Bulan!

Perkembangan Bayi Yang Sihat Dari Lahir Hingga 12 Bulan Yang Anda Perlu Tahu
Anonymous

Salam sejahtera doktor. Saya Puan Salmah dan baru sahaja melahirkan anak lelaki 2 bulan lepas. Sebagai ibu baru, saya dan suami tidak berapa tahu banyak mengenai bayi dan sebelum keluar dari hospital, saya ada menerima nasihat daripada jururawat dan doktor berkenaan perkembangan bayi. Saya juga dinasihatkan agar ke klinik jika merasakan perkembangan bayi tidak normal. Namun masalah yang saya alami sekarang adalah terlalu banyak input yang saya dengar dari kawan-kawan serta ahli keluarga mengenai apa yang mereka rasakan sebagai normal. Boleh doktor terangkan kepada saya mengenai perkembangan bayi 1 bulan hinggalah perkembangan bayi 10 bulan dan ke atas supaya saya tidak menerima fakta salah daripada orang lain. Sekian.

Anonymous
Salam sejahtera doktor. Saya Puan Salmah dan baru sahaja melahirkan anak lelaki 2 bulan lepas. Sebagai ibu baru, saya... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Salam sejahtera juga diucapkan kepada Puan Salmah dan tahniah atas kelahiran anak puan yang pertama. Sebagai seorang ibu, saya juga amat memahami kerisauan yang dialami oleh puan mengenai tahap kesihatan dan perkembangan anak-anak kita. Setiap bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai kadar tumbesaran yang berbeza dari segi pergaulan, pergerakan, percakapan mahupun pembelajaran. Namun, perlu kita ketahui julat masa normal untuk setiap tahap tumbesaran bayi agar ibu bapa dapat membawa anak kepada doktor dengan segera sekiranya menunjukkan perkembangan yang sedikit lewat. Pada platform ini, saya akan menerangkan dan membuat ringkasan mengenai perkembangan bayi yang normal.

Akhir kata, setiap daripada ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka membangun secara sihat dan normal. Dengan adanya ringkasan-ringkasan perkembangan bayi, diharapkan ibu bapa boleh memantau tumbesaran anak mereka bukan sahaja secara fizikal bahkan juga dari segi emosi dan kemandirian sosial. Dengan mengetahui apa yang normal, sebarang isu yang merisaukan boleh segera dirujuk kepada pakar bagi pemeriksaan dan kemungkinan rawatan awal.

Salam sejahtera juga diucapkan kepada Puan Salmah dan tahniah atas kelahiran anak puan yang pertama. Sebagai seorang ... See More

Perkembangan Bayi Dari 0-6 Bulan

Disini saya akan menjelaskan secara turutan perkembangan bayi dari lahir hingga ke perkembangan bayi 3 bulan dan perkembangan bayi 6 bulan.

  1. Pergerakan halus dan penglihatan: 
  2. Dari lahir kita akan mendapati anak kecil ini akan dapat respons kepada cahaya kerana mereka sudah berada lama dalam rahim yang gelap. Seterusnya, kita akan melihat mereka dapat bermain-main dengan tangan antara usia 6 minggu hingga 3 bulan disamping dapat bermain sedikit dengan mainan. Pada usia 6 bulan, tangan mereka akan lebih kuat untuk menggenggam objek.

  3. Pergerakan kasar
  4. Pergerakan kasar bermaksud pergerakan yang memerlukan tenaga yang signifikan dan pergerakan yang besar. Bayi yang lahir perlu mempunyai simetri badan serta mempunyai “head-lag”. Kekuatan leher dan belakang badan akan berkembang untuk menampung berat kepala dan berat bayi tersebut apabila usia anak kecil ini meningkat.

  5. Pendengaran, Percakapan dan Bahasa
  6. Domain ini sememangnya mengambil masa untuk anak-anak comel ini membangun dan ibu bapa perlu menggalakkannya secara semula jadi. Pada awal kelahiran hinggalah usia 3 bulan, pengeluaran suara dan responsif kepada suara ibu bapa adalah perkara yang normal. Pada usia 6 bulan, pertuturan satu suku kata merupakan tanda yang perlu dilihat bagi anak yang normal.

  7. Emosi dan Kemandirian Sosial
  8. Ini adalah domain yang paling lambat untuk bayi membangun kerana otak bayi banyak memfokuskan kepada perkembangan otot dan deria asas sebelum emosi dan kemandirian sosial. Oleh yang demikian, tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai perkembangan sosial dan emosi bayi melainkan sehingga mereka berumur 3-6 bulan di mana ketika itu ekspresi muka boleh dibuat dan juga sedikit-sebanyak boleh bermain olok-olok.

Jadual di bawah merupakan ringkasan perkembangan bayi antara 0-6 bulan.

UmurPergerakan halus dan penglihatanPergerakan kasarPendengaran, Percakapan dan BahasaEmosi dan Kemandirian Sosial
0-6 Minggu
  • Bayi baru lahir akan dapat mengecam cahaya dan pergerakan muka jika berada di tengah muka bayi
  • Pada umur 6 minggu - bayi dapat melihat dan menggerakkan kepala kiri dan kanan
  • Badan simetri dan kepala ke belakang apabila badan ditarik
  • Boleh menahan kepala hingga 45 darjah apabila merangkak
  • Bayi baru lahir selalunya akan menangis untuk memberi signal untuk makan atau buang air
  • Mudah terkejut apabila mendengar suara
  • Pada 6 minggu - boleh mengecam suara ibu/bapa
  • Bayi akan selalu memandang muka yang dikenali
  • Boleh senyum pada 6 minggu
3 Bulan
  • Bayi akan bermain-main dengan tangan sendiri
  • Bayi mula hendak mencapai objek seperti tangan ibu/bapa atau mainan
  • Boleh menahan kepala tanpa jatuh apabila duduk
  • Boleh menolak badan sedikit menggunakan tangan apabila meniarap
  • Boleh mengeluarkan suara, ketawa dan respon kepada ajakan
  • Senyum dan boleh membuat expresi muka
  • Boleh berinteraksi dengan lebih baik dengan orang yang dikenali
6 bulan
  • Boleh memegang dengan keseluruhan tapak tangan (“Palmar grasp”)
  • Memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan yang lain
  • Dapat duduk dengan stabil dan badan tidak jatuh tanpa memerlukan sokongan tambahan
  • Mengeluarkan suara untuk bercakap
  • Menggunakan perkataan mudah seperti “ba”, “da” atau “ma”
  • Suka makan makanan “jejari”
  • Boleh bermain olok-olok

Perkembangan Bayi Dari 7-12 Bulan

  1. Pergerakan halus dan penglihatan: 
  2. Seterusnya bayi akan dapat bermain dengan elok objek yang dipegang pada usia 9 bulan dan seterusnya mempunyai pegangan halus antara ibu jari dan jari telunjuk pada usia 12 bulan.

  3. Pergerakan kasar
  4. Ini adalah domain yang lebih ketara perkembangannya dimana anak kecil ini akan mula boleh merangkak sehinggalah berdiri dan berjalan pada usia mencecah 12 bulan.

  5. Pendengaran, Percakapan dan Bahasa
  6. Ibu bapa pasti berasa seronok dalam fasa ini kerana anak mereka sudah boleh menutur perkataan mudah dan pada lewat usia setahun, kebanyakkan mereka boleh bercakap dengan membuat permintaan mudah.

  7. Emosi dan Kemandirian Sosial
  8. Disini perkembangan drastik emosi dan kemahiran sosial bayi mula menampakkan hasilnya dengan kebanyakkan mereka boleh melambai, bermain dengan lebih lama serta minum menggunakan cawan.

Di bawah ini juga disertakan sekali jadual ringkasan perkembangan bayi 9 bulan dan keatas.

UmurPergerakan halus dan penglihatanPergerakan kasarPendengaran, Percakapan dan BahasaEmosi dan Kemandirian Sosial
9 Bulan
  • Bayi dapat memegang objek kecil menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
  • Dapat membaling objek
  • Boleh merangkak atau mengesot
  • Boleh bertutur dengan bahasa mudah seperti “mama’ atau “papa”
  • Mudah terkejut apabila mendengar suara
  • Cubaan bertutur secara berterusan seperti meminta mainan
  • Mula mengenali orang asing
  • Boleh bermain dengan permainan mudah
  • Boleh melambai-lambai seperti “bye-bye”
12 Bulan
  • Genggaman kuat antara ibu jari dan jari telunjuk
  • Bayi menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu
  • Boleh berdiri dengan atau tanpa sokongan
  • Sesetengah bayi juga boleh berjalan dengan atau tanpa sokongan
  • Boleh bercakap hingga 2-4 patah perkataan
  • Boleh membentuk permintaan mudah atau respon kepada arahan
  • Boleh minum menggunakan cawan menggunakan dua tangan
  • Lebih mudah untuk bermain dengan orang lebih lama

References