Anda mungkin pernah melihat sputum dengan warna yang berbeza-beza dan tertanya-tanya apa maksud di sebalik warna kahak yang berbeza.
A) Kahak berwarna hijau atau kuning
Kahak berwarna hijau atau kuning bermaksud tubuh anda sedang melawan jangkitan. Warna ini berasal dari sel darah putih. Kahak berwarna hijau atau kuning biasanya disebabkan oleh:
- Bronkitis: Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk kering dan kemudiannya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa, anda boleh mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau.
- Pneumonia: Pneumonia biasanya komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin akan mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau, atau kadangkala berdarah.
- Sinusitis: Virus, alahan, atau bakteria boleh menyebabkan masalah ini. Jika ianya disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’, dan tekanan dalam rongga sinus anda.
- "cystic fibrosis": Ini adalah sejenis penyakit paru-paru kronik di mana lendir terbentuk di dalam paru-paru. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Ia boleh mengeluarkan kahak pelbagai warna.
B) Kahak berwarna coklat
Warna coklat selalunya bererti darah lama. Anda mungkin melihat warna ini selepas kahak anda pada mulanya berwarna merah atau merah jambu. Kahak berwarna coklat biasanya disebabkan oleh:
- "Bacterial pneumonia"
- "Bacterial bronchitis"
- Cystic fibrosis
- Pneumoconiosis: Menyedut debu seperti arang batu, asbestos, dan silicosis. Debu-debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru ini.
- Nanah di dalam paru-paru: Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain adalah batuk, berpeluh pada waktu malam, dan hilang selera makan.
C) Kahak berwarna putih
Kahak berwarna putih biasanya disebabkan oleh:
- "Viral bronchitis"
- GERD ( ‘gastroesophageal reflux disease’): Penyakit kronik ini mempengaruhi sistem pencernaan anda.
- COPD: Penyakit ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan paru-paru anda akan menghasilkan lendir atau kahak yang berlebihan.
- Kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif. Cecair akan terkumpul dan menyebabkan ‘edema’. Cecair yang terkumpul di dalam paru-paru boleh membawa kepada peningkatan dalammenjadi punca kepada penghasilan kahak putih.
D) Kahak berwarna hitam
Sputum hitam juga dipanggil "melanoptisis". Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu berwarna hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
Kahak hitam biasanya disebabkan oleh:
- Merokok
- Pneumoconiosis
- Jangkitan kulat: Kulat hitam yang dipanggil Exophiala dermatitidis merupakan penyebab jangkitan ini.
E) Kahak berwarna merah atau pink
Darah mungkin penyebab kepada terhasilnya kahak berwarna merah.
Kahak merah atau merah jambu biasanya disebabkan oleh:
- Pneumonia: Antara gejala jangkitan paru-paru ini adalah batuk berdarah (kahak berwarna merah). Ia juga boleh menyebabkan demam, batuk, dan sakit dada.
- Tuberkulosis: Jangkitan bakteria ini boleh merebak. Gejala utama termasuk batuk selama lebih dari tiga minggu, batuk berdarah dan keluarnya kahak berwarna merah, demam, dan berpeluh pada waktu malam.
- Kegagalan jantung kongestif (CHF)
- "Pumonary Embolisme": Ini berlaku apabila arteri pulmonari di dalam paru-paru anda tersumbat. Hal ini disebabkan oleh terbentuknya darah beku. Ia sering menyebabkan terhasilnya kahak berdarah. Masalah ini mengancam nyawa dan turut menyebabkan gejala seperti sesak nafas dan sakit dada.
- Kanser paru-paru
F) Kahak yang berwarna jernih
Badan menghasilkan lendir dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakannya terdiri dari air, protein, antibodi, dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda. Penghasilan kahak jernih yang berlebihan mungkin bermaksud bahawa badan anda sedang berusaha untuk melawan jangkitan virus atau reaksi alahan.
Kahak yang jernih biasanya disebabkan oleh:
- "Allergic Rhinitis": Kondisi ini juga dipanggil alahan hidung atau ‘hay fever’. Tubuh anda menghasilkan lebih banyak mukus hidung (hingus) akibat terdedah kepada alergen seperti debunga, rumput, dan rumpai. Lendir ini menghasilkan titisan ‘postnasal’ dan boleh menyebabkan anda batuk mengeluarkan kahak jernih.
- "Viral Bronchitis": Masalah ini adalah radang yang melibatkan tiub bronkial dalam paru-paru. Masalah ini bermula dengan gejala kahak jernih atau putih dan batuk. Dalam sesetengah kes, anda mungkin akan kahakmungkin menjadi warna kuning atau hijau.
- "Viral Pneumonia": Radang paru-paru ini disebabkan oleh jangkitan. Gejala awal termasuklah demam, batuk kering, sakit otot, dan selesema.