Bagaimanakah penyakit HMFD kaki, tangan dan mulut (Hand, Foot & Mouth Disease) merebak kepada anak?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah tangga. Saya telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Anak kelima saya baru berumur 2 tahun. Pada minggu lepas, saya telah menghantar anak saya ke rumah ibu saya di kampung. Setelah kembali ke rumah, dia mengalami demam bersuhu 38 darjah celsius. Dia juga sering menangis dan hilang selera makan atau minum. Saya perasan terdapat beberapa lepuh kemerahan di dalam mulutnya dan ruam-ruam di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Walaupun ruam ini tidak menyakitkan, ia juga =kelihatan kemerahan. Gejala- gejala tersebut telah mengurang selepas saya memberi ubat demam kepada dia. Namun, anak saya masih tiada selera makan dan minum dan tidak aktif seperti dahulu. Saya ingin bertanya kepada doktor sekiranya gejala anak saya ini menandakan penyakit hfmd. Adakah penyakit ini sangat serius?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah tangga. Saya telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Anak kelima sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda.Gejala yang anak anda alami mungkin menunjukkan penyakit tangan, kaki dan mulut atau “hand, foot, and mouth disease” (HFMD). Penyakit ini biasanya terdapat dalam golongan kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke bawah. Penyakit ini tidak serius walaupun mudah merebak. Walaubagaimanapun, anda harus membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan yang optimum.

Terima kasih atas soalan anda<strong>.Gejala yang anak anda alami mungkin menunjukkan penyakit tangan, kaki dan mulut at... See More

Apakah itu penyakit HFMD

Penyakit tangan, kaki, dan mulut atau “hand, foot, and mouth disease” (HFMD) adalah jangkitan yang mudah merebak. Ia disebabkan oleh virus dari genus Enterovirus yang dikenali sebagai “coxsackievirus”. Virus ini boleh berjangkit dalam kalangan manusia melalui hubungan fizikal contohnya tangan yang tidak dibasuh atau permukaan yang telah tercemar dengan virus. Ia juga boleh dihantar melalui air liur, najis, atau sistem pernafasan orang yang dijangkiti.

Penyakit tangan, kaki, dan mulut digambarkan oleh lepuh atau luka di mulut dan ruam pada tangan dan kaki. Jangkitan ini boleh menjejaskan semua peringkat umur, tetapi kanak-kanak yang berusia di bawah umur 5 tahun paling terjejas.. Secara amnya, penyakit ini menyebabkan simptom ringan yang akan pulih dengan sendiri dalam beberapa hari.

Apakah penyebab penyakit HFMD

Penyakit tangan, kaki, dan mulut berpunca daripada “coxsackievirus” jenis A16.“Coxsackievirus” adalah sebahagian daripada kategori enterovirus. Dalam sesetengah kes, enterovirus jenis lain juga boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki, dan mulut. Enterovirus 71 juga merupakan sejenis virus yang boleh mengakibatkan penyakit hfmd dengan komplikasi yang lebih serius.

Virus mudah tersebar dari orang ke orang. Anda atau anak anda mungkin mendapat penyakit tangan, kaki, dan mulut daripada orang yang telah dijangkiti melalui:

  • Air liur
  • Cecair dari lepuh
  • Najis
  • Titisan pernafasan selepas batuk atau bersin
  • Tangan yang tidak dicuci
  • Permukaan yang tidak dibersih.

Apakah gejala penyakit HFMD

Gejala penyakit hfmd mula muncul tiga hingga tujuh hari selepas jangkitan awal. Sesetengah orang tidak akan mempunyai gejala, tetapi mereka masih boleh menyebabkan penyebaran virus. Virus tersebut paling berjangkit semasa 7 hari pertama setelah terdedah kepada HFMD. Antara simptom penyakit hfmd termasuk:

  1. Demam
  2. Kurang selera makan
  3. Sakit tekak
  4. Sakit kepala
  5. Kesengsaraan
  6. Lepuh yang kemerahan dan menyakitkan di dalam mulut
  7. Ruam merah pada tangan dan tapak kaki
  8. Ulser pada lidah dan mulut

Adakah penyakit HFMD menular

Penyakit hfmd tersebar dari orang ke orang melalui hubungan langsung dengan sama ada Coxsackievirus A16 atau kurang lazim enterovirus 71.. Virus ini paling biasa dijumpai di kawasan hidung dan kerongkong tetapi juga dalam cecair atau najis individu yang dijangkiti. Virus ini boleh bertahan pada permukaan objek seperti komputer, meja, pensel dan lain-lain. Virus kemudiannya dipindahkan dari tangan yang telah menyentuh permukaan yang tercemar dan kemudian menyentuh hidung, mulut atau mata sebelum mencuci tangan.

Begitu juga, menukar lampin bayi yang dijangkiti tanpa memakai sarung tangan atau tanpa mencuci tangan dapat menyebarkan penyakit hfmd. Air tercemar dengan virus juga boleh menyebarkan jangkitan ini. WWanita yang dijangkiti tidak lama sebelum kelahiran boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi mereka.

Bayi pada umumnya akan mempunyai simptom yang ringan tetapi perlu dipantau dengan teliti kerana dalam sebahagian kes-kes yang jarang berlaku, mereka boleh mengalami gejala yang lebih teruk atau mengalami komplikasi. Individu yang dijangkiti paling berisiko tinggi untuk menyebabkan penularan virus semasa minggu pertama penyakit mereka. Penyakit hfmd tidak boleh dijangkiti dari haiwan.

Virus yang menyebabkan penyakit hfmd mungkin kekal di dalam pernafasan atau saluran usus untuk beberapa minggu hingga beberapa bulan selepas semua simptom telah pulih. Oleh kerana itu, anda masih boleh menyebarkan jangkitan ini walaupun anda telah pulih sepenuhnya. Sesetengah individu (kebanyakan orang dewasa) tidak menunjukkan gejala atau simptom setelah dijangkiti tetapi dapat menyebarkan penyakit kepada bayi dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Apakah tempoh berjangkit untuk penyakit HFMD

Apabila terdedah kepada virus tersebut, individu akan mengalami gejala dalam tempoh satu hingga tiga hari. Mereka paling berjangkit semasa minggu pertama penyakit tersebut. Walaubagaimanapun, virus itu boleh terus disebarkan selama satu hingga tiga minggu dalam rembesan pernafasan (air liur dan / atau hidung) dan dalam najis selama dua hingga lapan minggu selepas jangkitan awal.

Apakah tempoh inkubasi untuk penyakit HFMD

Penyakit hfmd adalah penyakit mudah menular tetapi ia tidak boleh disebarkan oleh haiwan.Biasanya , virus itu disebarkan melalui rembesan mulut (cecair dari hidung dan air liur) atau melalui najis. Terdapat tempoh inkubasi untuk penyakit hfmd, iaitu satu hingga tiga hari selepas pendedahan dan sebelum perkembangan simptom awal (seperti demam dan sakit tekak). Seseorang individu paling berjangkit semasa minggu pertama penyakit tersebut.

Apakah rawatan penyakit HFMD

Dalam kebanyakan kes, penyakit hfmd boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Rawatan utama penyakit hfmd adalah untuk melegakan simptom demam dan sakit tekak. Antibiotik tidak disyorkan dalam rawatan penyakit virus ini. Intravena imun globulin (IVIG) telah diuji sebagai terapi untuk pesakit yang menghidap tahap serius atau golongan tua yang mempunyai sistem imunisasi lemah. Antara rawatan lain untuk penyakit hfmd termasuk:

  • Ubat atau preskripsi “over-the-counter” untuk melegakan lepuh dan ruam
  • Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen untuk melegakan sakit kepala
  • Ubat sirap atau “lozenges” untuk meredakan sakit tekak

Sesetengah rawatan di rumah juga membantu melegakan gejala penyakit tangan, kaki, dan mulut. Anda boleh mencuba rawatan berikut untuk menringankan gejala lepuh supaya kurang mengganggu:

  • Menyedut ais atau popsikel.
  • Makan ais krim atau “sherbet”.
  • Minum minuman sejuk.
  • Elakkan buah sitrus, minuman buah-buahan, dan soda.
  • Elakkan makanan pedas atau masin.
  • Berkumur menggunakan air garam di dalam mulut juga boleh membantu melegakan kesakitan lepuh mulut dan luka pada kerongkong. Lakukan kaedah ini beberapa kali sehari atau sekerap mungkin.

Apakah komplikasi penyakit HFMD

Komplikasi penyakit hfmd agak jarang berlaku. Berdasarkan statistik, Coxsackievirus A16 kurang kemungkinan menyebabkan komplikasi jika dibandingkan dengan Enterovirus-71.

  • “Aseptic meningitis": Gejala “meningitis” adalah sakit kepala apabila membongkokkan kepala ke hadapan (diuji dengan menyuruh pesakit cuba untuk menyentuh dagu ke dada), dan rasa mual serta muntah. “Meningitis” adalah jangkitan pada tisu dan cecair tulang belakang yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Diagnosis disahkan oleh “lumbar puncture”.
  • “Encephalitis” (jangkitan otak): Hanya sebilangan kecil pesakit mendapat “Encephalitis” tetapi gejala penyakit ini lebih serius dibandingkan dengan “meningitis” dan memerlukan kemasukan ke hospital untuk pemantauan yang rapat. Komplikasi neurologi lain yang jarang berlaku termasuk lumpuh, sindrom Guillain-Barré, “transverse myelitis”, dan “cerebrum ataxia”. Kerosakan sementara dan kekal boleh berlaku.
  • Kadang-kadang, virus penyakit hfmd boleh menjangkiti serat otot jantung dan menyebabkan gangguan pada keupayaan jantung untuk berfungsi.
  • Bayi mungkin mengalami dehidrasi kerana enggan untuk mengambil cecair melalui mulut akibat ulser atau lepuh di dalam mulut.
  • Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, vesikel kulit boleh menyebabkan jangkitan bakteria sekunder. Antibiotik jangka pendek digunakan untuk merawat jangkitan sekunder.

Sekiranya gejala yang anda alami menjadi semakin teruk atau tidak bertambah baik, anda harus berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan supaya komplikasi yang serius dapat dielakkan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat di laman web kami diwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.