Ketahui Tanda-Tanda Kencing Manis, Komplikasi Serta Cara Pencegahan

4 Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal Atau Simptom Dialami Badan Pesakit - DoctorOnCall
Anonymous

Salam sejahtera doktor, saya lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang masak. Sejak seminggu belakangan ini, kedua-dua belah tangan saya seringkali berasa kebas terutamanya pada bahagian kanan. Saya mula perasan akan masalah ini apabila tangan saya melecur ketika memegang periuk yang panas. Saya berpendapat bahawa deria pada tangan saya terganggu kerana selain haba panas, saya juga tidak merasakan objek yang saya pegang seperti sudu, pinggan dan mangkuk. Apabila saya ingat balik, saya juga kerap berasa haus dan lapar sejak tiga bulan yang lalu. Ekoran itu, saya seringkali ke tandas terutamanya pada waktu malam dan perkara ini menganggu tidur saya. Adakah masalah kerap berasa haus dan kebas pada tangan ini merupakan simptom kepada suatu penyakit ?

Anonymous
Salam sejahtera doktor, saya lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang masak. Sejak seminggu belakangan ini,... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Berdasarkan simptom yang telah anda nyatakan, anda mungkin menghidap sakit kencing manis ataupun juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Secara amnya, maksud kencing manis ini merujuk kepada masalah di mana sel badan seseorang itu tidak boleh untuk mengunakan gula yang diperolehi melalui makanan mahupun minuman. Hal ini mengakibatkan kandungan gula tersebut terkumpul dalam saluran darah dan tidak dipecahkan kepada bentuk yang lebih kecil untuk diserap dalam badan. Bagi mengesahkan sama ada anda menghidapi sakit ini, beberapa ujian kesihatan dan pemeriksaan tubuh badan perlu dilakukan kerana selain kencing manis, simptom anda juga boleh disebabkan sakit seperti diabetes insipidus, ketumbuhan pada organ pituitari dan ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Terima kasih kerana mengajukan soalan berikut. Berdasarkan <strong>simptom</strong> yang telah anda nyatakan, anda mu... See More

Apakah punca serta faktor berlakunya masalah kencing manis

Masalah kencing manis boleh diklasifikasikan mengikut dua kategori berdasarkan punca iaitu diabetes mellitus jenis satu dan dua. Bagi jenis satu, masalah ini terjadi apabila hormon insulin yang bertanggungjawab dalam mencerna kandungan gula ini gagal untuk dihasilkan. Organ yang bertindak dalam menghasilkan insulin ialah pankreas. Pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada perkara ini, antaranya ialah:

  • Keroakan atau trauma pada organ pankreas
  • Antibsodi dalam badanmenyerang sel pankreas (autoimmune)
  • Pengambilan alkohol
  • Merokok
  • Jangkitan kuman ataupun keradangan pada pankreas

Berbeza dengan diabetes mellitus jenis satu, klasifikasi kedua ini merujuk kepada masalah di mana sel badan sendiri tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin (insulin resistance). Hal ini akhirnya menyebabkan gula tidak dapat dicerna kepada bentuk asas dan kandungannya kekal tinggi dalam badan. Faktor yang menyumbang kepada diabetes mellitus jenis ini ialah:

  • Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat(autoimmune)
  • Kurang bersenam
  • Masalah obesiti

4 Tanda-tanda awal kencing manis

Tanda kencing manis pula boleh terbahagi kepada dua peringkat iaitu tanda peringkat awal dan tanda akhir yakni simptom kronik yang berlaku apabila sakit ini tidak dikawal. Antara tanda-tanda awal yang dialami pesakit adalah seperti berikut:

  1. Cepat berasa lapar
  2. Walaupun kandungan gula dalam badan pesakit kencing manis tinggi, namun gula tersebut tidak boleh untuk digunakan untuk menghasilkan tenaga kerana ketiadaan hormon insulin bagi menukarkan gula tersebut ke bentuk tenaga. Keadaan kurang tenaga inilah yang menyebabkan pesakit mudah berasa lapar.

  3. Cepat merasa haus dan kerap membuang air kecil
  4. Selain mudah berasa lapar, pesakit diabetes pada peringkat awal juga acap kali berasa haus. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah adalah tinggi. Badan pula akan bertindak untuk mengurangkan kepekatan gula melalui air kencing. Hal ini akan mengakibatkan kehilangan banyak air dalam badan dan secara tindak langsung pesakit akan mula berasa haus.

  5. Penurunan berat badan
  6. Penurunan berat badan mungkin menjadi suatu yang diidamkan oleh ramai orang, namun percayakah anda bahawa ia merupakan antara simptom kencing manis pada peringkat awal. Hal ini terjadi kerana insulin yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mencerna gula untuk digunakan oleh sel badan berkurangan ataupun tidak dihasilkan. Akibatnya, badan akan membakar lemak atau otot sebagai gantian sumber tenaga.

  7. Kerap mengalami jangkitan kulit
  8. Pesakit kencing manis juga selalunya mengalami masalah imuniti yang rendah. Imuniti ini bermaksud tahap kekebalan sel dalam badan seseorang melawan penyakit. Imuniti yang rendah menyebabkan pesakit mudah untuk dijangkiti kuman.

Tanda komplikasi makrovaskular kencing manis

Jika masalah diabetes ini tidak dikawal pada peringkat akar umbi, pelbagai komplikasi yang akan berlaku ke atas pesakit. Komplikasi ini pula boleh dikelaskan mengikut jenis organ iaitu yang bercirikan makrovaskular yakni merujuk kepada organ yang memiliki saluran darah yang besar mikrovaskular. Antara organ makrovaskular yang terjejas adalah seperti berikut otak, jantung dan juga bahagian kaki. Pesakit akan mengalami:

  • Angin ahmar iaitu lumpuh sebelah badan
  • Serangan jantung
  • Rasa sakit pada bahagian kaki terutamanya ketika berjalan

Apabila penghasilan hormon insulin bermasalah, gula dalam saluran darah tidak boleh dipindahkan ke sel badan dan dari masa ke masa, gula ini akan mengakibatkan pembentukan plak ataupun lapisan lemak atherosclerosis pada dinding saluran darah. Jika perkara ini berlarutan, saluran darah ke organ yang terlibat akan mengecil dan akhirnya tersumbat. Jika perkara ini terjadi, fungsi organ tersebut akan terjejas dan hal inilah yang menjurus kepada masalah angin ahmar yakni saluran darah ke bahagian otak tersumbat. Begitu juga dengan serangan jantung dan rasa sakit pada kaki yakni saluran kepada kedua-dua organ tersebut terjejas.

Tanda komplikasi mikrovaskular kencing manis

Antara organ mikrovaskular yang akan merasai komplikasi sakit kencing manis ini adalah buah pinggang, saraf serta mata. Tanda yang akan dihadapi pesakit adalah seperti berikut:

  1. Gangguan penglihatan atau rabun mata
  2. Pesakit kencing manis perlu untuk menjalani ujian mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Hal ini kerana, mata pesakit diabetes berpotensi untuk terjejas jika kandungan gula tidak dikawal. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan lapisan retina dalam mata terganggu. Lapisan retina akan menebal dan akan menganggu pantulan cahaya pada mata. Selain itu, saluran darah ke mata juga akan terjejas dan akhirnya pesakit akan mengalami masalah rabun dan pada peringkat yang lebih kronik boleh hilang penglihatan.

  3. Rasa kebas pada pada jari kaki dan tangan
  4. Pada peringkat yang lebih kronik, pesakit akan mula berasa kebas pada jari kaki dan tangan. Ini kerana, kandungan gula yang tinggi akan melemahkan saluran kapilari yang menyalurkan darah ke saraf. Apabila saluran kapilari terjejas, saraf juga tidak mendapat oksigen yang secukupnya. Hal ini akhirnya menyebabkan kerosakan saraf bermula daripada hujung jari kaki dan tangan. Perkara inilah yang menyebabkan kaki dan tangan pesakit dipotong jika saraf tidak berfungsi dan organ tersebut akhirnya mati.

  5. Sakit buah pinggang
  6. Organ buah pinggang juga akan terjejas dan pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:

    • Kencing berbuih-buih (kandungan protein dalam air kencing)
    • Tekanan darah meningkat
    • Bengkak air pada kaki, tangan dan mata
    • Badan terasa gatal
    • Berasa loya dan muntah

Tanda-tanda kecemasan diabetic ketoacidosis

Pada peringkat yang lebih serius, pesakit kencing manis boleh mengalami masalah yang dikenali sebagai diabetic ketoacidosis. Hal ini terjadi apabila otot atau tisu badan tidak mendapatkan sumber tenaga melalui pemecahan gula oleh hormon insulin, badan akan mula menggunakan lemak sebagai tenaga alternatif. Proses menggunakan lemak badan untuk sumber tenaga akan menghasilkan ketone dalam saluran darah. Ketone yang terkumpul dalam badan akan menyebabkan simptom seperti berikut:

  • Kerap kencing dan haus
  • Sakit pada bahagian perut
  • Lemah badan
  • Nafas berbau seperti buah-buahan
  • Sesak nafas

Pencegahan awal dan kawalan terhadap kencing manis

Pencegahan awal, kawalan dan cara mengatasi kencing manis ini perlu untuk dilakukan sebelum masalah ini bertambah teruk dan mengakibatkan banyak komplikasi terhadap organ. Oleh itu, semua orang terutamanya pesakit kencing manis dinasihati untuk:

  • Menghentikan tabiat merokok.
  • Sentiasa memeriksa kandungan gula dalam badan secara berkala. Bacaan kencing manis terlalu tinggi boleh menjadi isu kecemasan bagi para pengamal perubatan.
  • Mengurangkan ataupun menghentikan pengambilan minuman alkohol.
  • Mengamalkan diet yang sembang terutamanya mengurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Antara makanan untuk pesakit kencing manis adalah seperti makanan yang kurang bergula, rendah tahap kalori serta bijirin.
  • Bagi pesakit obese pula, golongan ini digalakkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama lima hari dalam seminggu.

References