Kencing manis (diabetes) adalah kumpulan penyakit metabolik kronik yang menyebabkan tahap gula dalam darah (glukosa) yang tinggi di dalam badan. Ini adalah disebabkan oleh kecacatan pengeluaran dan/atau fungsi insulin. Insulin adalah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas apabila kita makan/minum. Insulin membolehkan gula untuk beralir dari darah ke sel-sel. Sekiranya sel-sel badan tidak menggunakan insulin dengan baik, atau jika badan tidak dapat membuat sebarang insulin dengan secukupnya, maka lebihan gula akan terbentuk dalam darah.
Kencing manis boleh dikategorikan kepada beberapa kategori yang berikut:
- Kencing manis jenis 1 (Type 1 diabetes)
- Kencing manis jenis 2 (Type 2 diabetes)
- Kencing manis semasa hamil (Gestational Diabetes)
Kencing manis jenis 1 (Type 1 diabetes)
- Jenis kencing manis ini dikategorikan sebagai penyakit autoimun dan berlaku apabila sistem imun badan menyerang dan menghancurkan sel beta yang menghasilkan insulin di pankreas.
- Walaupun puncanya dikatakan genetik atau alam sekitar, punca sebenar kencing manis jenis 1 tidak difahami sepenuhnya.
- Jenis kencing manis ini menyumbang kepada hanya peratus yang kecil dalam kalangan kes diabetes, dan sementara itu boleh terjadi pada apa-apa usia. Kebanyakan pesakit yang didiagnosis mempunyai kencing manis jenis ini adalah anak-anak atau orang dewasa muda.
- Individu yang menghidap penyakit diabetes jenis 1 mesti mengambil insulin setiap hari sebagai rawatan bagi keadaan ini.
Kencing manis jenis 2 (Type 2 diabetes)
- Jenis kencing manis ini paling kerap berlaku dan makin kerap terjadi seiring dengan peningkatan usia dan dicirikan oleh rintangan insulin dalam badan.
- Atas sebab-sebab yang belum difahami sepenuhnya, sel-sel badan berhenti menggunakan insulin dengan berkesan. Oleh kerana rintangan ini, sel lemak, hati, dan otot badan tidak dapat mengambil dan menyimpan glukosa, yang digunakan untuk tenaga. Jadi, glukosa kekal dalam darah.
- Peningkatan glukosa (gula darah) yang tidak normal, dipanggil “hyperglycemia”, yang akan merosakkan fungsi badan.
- Kencing manis jenis 2 paling kerap berlaku pada orang yang berlebihan berat badan dan tidak aktif. Kedua-dua perkara ini dianggap menyumbang kepada rintangan insulin.
- Sejarah keluarga dan genetik memainkan peranan penting dalam diabetes jenis 2.
Kencing manis semasa kehamilan (gestational diabetes)
- Kencing manis jenis ini ditakrifkan sebagai ketinggian tahap gula dalam darah semasa kehamilan; ia diketahui menjejaskan kira-kira tiga hingga lapan peratus wanita.
- Sekiranya tidak dikenal pasti atau tidak dirawat, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu dan juga bayi
- Semua wanita hamil akan diuji untuk mengetahui sama ada mereka menghidap kencing manis di antara 24 dan 28 minggu kehamilan, kerana ini adalah waktu masalah ini biasanya berkembang.
- Kencing manis jenis ini biasanya akan sembuh dalam kalangan ibu selepas bayi dilahirkan, tetapi statistik menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai kencing manis jenis ini mempunyai peluang yang lebih besar untuk menghadapi kencing manis jenis 2 dalam tempoh lima hingga 10 tahun.