Gejala/Tanda Tekanan Darah Tinggi! Adakah Risiko Penyakit Hipertensi Bahaya?

5 Tanda, Risiko Penyakit Tekanan Darah Tinggi Anda Harus Ketahui! - DoctorOnCall
Anonymous

Salam sejahtera doktor, saya seorang ayah yang berumur 52 tahun. Beberapa minggu ini, saya mengalami masalah pening kepala hampir setiap hari disertai dengan ketegangan bahu dan leher. Saya tidak pernah mempunyai pengalaman yang begitu merisaukan. Isteri saya mengingatkan bahawa arwah ayah saya pernah mengadu tentang gejala yang sama dan beliau disahkan menghidapi tekanan darah tinggi selepas itu. Saya berasa amat risau dan saya menggunakan mesin arwah ayah saya tinggalkan untuk memeriksa tekanan darah saya semalam, keputusannya ialah 152/98. Adakah saya mengalami masalah tekanan darah tinggi dan bagaimana saya kenali tanda-tandanya? Saya tidak mampu untuk jatuh sakit kerana perlu kerja kuat bagi anak saya yang belajar di kolej!

Anonymous
Salam sejahtera doktor, saya seorang ayah yang berumur 52 tahun. Beberapa minggu ini, saya mengalami masalah pening k... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya amat memahami masalah yang anda hadapi, terutamanya bacaan tekanan darah anda. Selepas pengumpulan keputusan daripada kaji selidik dengan sampel yang besar, pakar-pakar perubatan telah menentukan bahawa tekanan darah yang normal ialah 140/90 mmHg dan ke bawah. Bacaan anda telah melebihi bacaan normal dan anda turut mempunyai gejala tekanan darah tinggi seperti pening kepala, ketegangan bahu dan leher. Penyakit tekanan darah tinggi ini juga boleh diwarisi daripada ibu bapa. Oleh itu, anda mempunyai risiko yang tinggi untuk disahkan sebagai pesakit hipertensi sekiranya bacaan seterusnya tetap melebihi 140/90 mmHg.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video.

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya amat memahami masalah yang anda hadapi, terutamanya ... See More

Apa Bacaan Tekanan Darah Yang Normal Dan Tinggi?

Definisi tekanan darah tinggi atau hipertensi ialah peningkatan bacaan sistolik yang melebihi 140 mmHg dan bacaan diastolik yang melebihi 90 mmHg dengan berterusan. Bacaan jantung normal pula adalah dalam julat 60 hingga 100 per minit. Tekanan ini adalah bergantung pada kekuatan dan kelajuan debaran jantung dan faktor lain seperti saluran darah di mana sistolik ini menunjukkan tekanan semasa jantung mengepam manakala diastolik merupakan tekanan semasa jantung relaks. Doktor-doktor selalunya mengikuti panduan klasifikasi tekanan darah seperti bawah untuk menilai tahap keseriusan seseorang pesakit:

Klasifikasi

Bacaan Sistolik (mmHg)

Bacaan Diastolik (mmHg)

Optimal

< 120 dan

< 80

Normal

< 130 dan/atau

< 85

Normal Tinggi

130 - 139 dan/atau

85 - 89

Hypertension

Tahap I

140 - 159 dan/atau

90 - 99

Tahap II

160 - 179 dan/atau

100 - 109

Tahap III

180 ke atas dan/atau

110 ke atas

Hypertensi Sistolik

140 ke atas dan

<90

Jika ada tinggi, mestilah ada rendahnya. Bacaan tekanan darah rendah (Hipotensi) ialah kurang daripada 90/60 mmHg, ini adalah penting semasa pesakit mulai rawatan ubatan mereka kerana hipotensi mungkin berlaku akibat kesan sampingan ubat.

Apa Punca Tekanan Darah Tinggi?

Punca darah tinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu punca primer dan sekunder. Terdapat beberapa faktor boleh dirangkumi dalam senarai punca primer seperti:

  • Jumlah plasma darah yang tinggi
  • Tahap hormon
  • Stres
  • Kekurangan senaman

Secara umum, punca sekunder akan melibatkan gangguan atau kegagalan fungsi sistem organ yang lain yang seterusnya menyebabkan perubahan tekanan darah dalam badan manusia ini. Antaranya seperti:

  • Penyakit buah pinggang dan saluran darahnya
  • Obstructive Sleep Apnoea (kondisi seseorang yang kerap berhenti bernafas ketika tidur)
  • Aldosteronism Primer
  • Sindrom Cushing
  • Phaeochromocytoma
  • Penyakit Tiroid
  • Acromegaly
  • Penyakit Aorta (Saluran darah besar yang tubuh badan)
  • Takayasu Arteritis
  • Kesan sampingan ubat seperti pil perancang, steroid, Non-Steroidal Anti-inflammatory (ubat tahan sakit) dan Erythropoietin.

Punca-punca sekunder ini amatlah penting untuk dikenalpasti kerana rawatan adalah berlainan untuk penyakit-penyakit ini supaya tekanan darah boleh dikawal dengan efektif.

Kenali Tanda-tanda Tekanan Darah Tinggi!

Hipertensi merupakan salah satu penyakit yang sering ditemui dalam rakyat Malaysia di mana satu daripada tiga orang Malaysia mempunyai penyakit ini. Oleh itu, doktor sekalian sudah biasa mengenali tanda-tanda hipertensi dan merawat mereka. Bagi orang ramai, pendidikan tentang kesihatan sendiri adalah penting, terutamanya mengenali gejala penyakit yang biasa berlaku antara orang Malaysia!

  1. Sakit Kepala
  2. Sakit kepala disebabkan oleh hipertensi selalu berlaku di tengkuk dan biasanya selepas seseorang ini bangun daripada tidur. Pesakit selalu menggambarkan kesakitan itu sebagai ketegangan pada tengkuk dan kadang kala akan tersebar ke kawasan bahu.

  3. Pening
  4. Setiap orang mesti akan mengalami kepeningan dalam kehidupan seharian. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai masalah termasuklah hipertensi. Oleh itu, gejala ini bukan spesifik untuk hipertensi, tetapi jika timbulnya gejala hipertensi yang lain, anda perlu berwaspada dan memantau tekanan darah.

  5. Loya dan Muntah
  6. Apabila tekanan darah meningkat dengan mendadak, ianya turut akan meningkatkan tekanan darah dalam otak. Tekanan pada otak ini kadang kala akan menyebabkan loya and muntah dalam pesakit.

  7. Jantung Berdebar
  8. Sekiranya rintangan dalam saluran darah ini tinggi seperti disumbat oleh plak kolesterol, jantung perlu mengepam dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke seluruh badan. Oleh itu, pesakit hipertensi ini akan berasa debaran jantung terutamanya selepas melakukan aktiviti seperti membuat kerja rumah atau berjalan dengan cepat.

  9. Sesak Nafas
  10. Gejala ini amat jarang dan ia hanya akan berlaku sekiranya saluran darah dalam paru-paru terjejas, dikenali sebagai hipertensi pulmonal.

Adakah Tekanan Darah Tinggi Berbahaya?

Hipertensi merupakan penyakit kronik dan mampu menyebabkan komplikasi dalam jangka masa yang panjang. Organ yang terdedah pada kesan negatif penyakit ini adalah:

  1. Buah Pinggang
  2. Tekanan darah yang tinggi ini boleh merosakkan buah pinggang dan seterusnya menjejaskan fungsi buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa dari badan kita. Fungsi buah pinggang ini lama-kelamaan akan hilang jika hipertensi tidak dikawal dan pesakit perlu dirawat dengan dialisis sepanjang umur.

  3. Jantung
  4. Seperti yang dikatakan, jantung akan mengepam dengan lebih kuat untuk memenuhi keperluan oksigen di seluruh badan. Jika jantung kita bekerja dengan keras untuk tempoh panjang, ia akan mengalami stres yang melampau dan kegagalan jantung akan menjadi. Pesakit ini akan mengalami ritma jantung yang tidak teratur dan tanda sakit jantung akibat fungsi jantung yang merosot.

  5. Otak
  6. Kesan hipertensi terhadap otak juga amat dahsyat sekali. Hal ini kerana tekanan yang tinggi ini akan merosakkan saluran darah otak dan sumbatan akan berlaku. Apabila ini berlaku, otak akan menerima kurang darah dan sel-sel otak akan mati secara berperingkat. Pesakit akan mengalami tanda strok secara tetiba kerana penyakit hipertensi yang tidak dikawal.

  7. Mata
  8. Pernahkah anda dengar orang tua anda yang menghidapi hipertensi selalu mengadu bahawa penglihatan mereka kabur? Mata adalah salah satu organ yang selalu dijejaskan oleh hipertensi akibat kerosakan saluran darah. Dalam kes yang lebih serius, pesakit mungkin akan menjadi buta kerana struktur mata yang telah dimusnahkan.

Bila Pesakit Perlu Berjumpa Dengan Doktor?

Selepas seseorang ini didiagnosa dengan penyakit hipertensi, doktor akan menasihati pesakit ini untuk mengikuti jadual susulan ke klinik supaya doktor boleh memantau progres penyakit dan keberkesanan ubat yang dipreskripsikan. Doktor juga akan mengajar pesakit tentang makanan untuk darah tinggi.

Pesakit disarankan untuk memiliki mesin tekanan darah untuk memantau diri sendiri di rumah. Sekiranya mendapati tekanan darah melebihi 180/110 mmHg dan mempunyai tanda sakit jantung, strok, sakit kepala, sakit perut atau tidak dapat membuang air kecil, sila bergegas ke Jabatan Kecemasan secepat mungkin kerana keadaan ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan awal!

References