Apakah Penyebab Dan Ubatan Tekanan Darah Rendah (Hypotension)?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang guru di sebuah sekolah berhampiran tempat tinggal saya. Saya sudahpun berusia 35 tahun dan telah berkahwin. Suami saya berumur 37 tahun dan bekerja sebagai seorang arkitek. Kami mempunyai 2 orang anak. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi berumur 8 tahun. Kedua-dua anak saya bersekolah di sekolah yang sama di mana saya mengajar. Sejak kebelakangan ini, saya mempunyai masalah di mana saya kerap kali pengsan di sekolah.
Selain itu, saya juga sentiasa berasa penat dan sakit kepala. Guru besar saya sangat risau akan keadaan saya ini dan memohon saya mengambil cuti tetapi saya rasa serba salah untuk berbuat demikian. Pada suatu hari, saya pengsan sehingga hampir terhantuk kepala di sebuah pasu bunga tetapi mujurlah guru yang melihat keadaan saya berjalan terhuyung-hayang sempat memegang saya sebelum terjatuh dan terhantuk kepala. Saya rasa seperti masalah ini sering kali menimpa saya apabila saya berdiri dari posisi duduk. Disebabkan saya telah pengsan dua kali, suami saya di rumah sekarang sangat bimbang untuk meninggalkan saya keseorangan di rumah. Dia juga berasa saya mempunyai tekanan darah rendah kerana saya sering kali berasa tidak bermaya dan pening kepala. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya apa yang sedang terjadi kepada saya dan apakah rawatan yang harus diambil untuk mengatasi masalah ini?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang guru di sebuah sekolah berhampiran tempat tinggal saya. Saya sudahpun berusia 35... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat perubatan saya, puan mempunyai tekanan darah rendah atau hipotensi.Gejala-gejala tekanan darah rendah atau hipotensi ini ialah sakit kepala atau migrain, mudah pengsan, tidak bermaya, jantung berdebar-debar dan banyak lagi. Puan mungkin mengalami masalah ini akibat daripada beberapa masalah kesihatan dalam badan yang hanya boleh dikenal pasti dengan lebih efektif sekiranya puan mendapatkan rawatan lanjut. Selain itu, menurut keterangan puan, puan mendapat masalah ini sejurus selepas berdiri dari posisi duduk. Keadaan ini dikenali sebagai hipotensi orthostatik tetapi hanya boleh dikenal pasti dengan konsultasi lebih lanjut oleh doktor. Rawatan yang akan diberi bergantung kepada punca masalah kesihatan yang dialami. Sekiranya puan hanya mempunyai masalah hipotensi maka doktor akan memberikan ubat tekanan darah yang boleh mengembalikan balik kadar tekanan darah kepada tahap normal.
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat perubatan saya, puan mempunyai <strong>tekanan darah rendah a... See More
Apakah penyebab hipotensi?
Hipotensi atau tekanan darah rendah merupakan sebuah keadaan di mana tekanan darah dalam arteri menjadi rendah lebih daripada normal. Hal ini demikian kerana sekiranya tidak dirawat dengan segera boleh mendatangkan komplikasi.
Namun begitu, terdapat situasi di mana hipotensi tidak mendatangkan masalah kerana ia bukan faktor masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, jika masalah tekanan darah rendah tersebut mempunyai simptom tambahan, ia mungkin menandakan pengidap menpunyai penyakit yang lebih serius.
Penyebab hipotensi yang utama ialah kekurangan darah dalam badan akibat daripada keadaan yang dikenali sebagai hipovolemik. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh mendatangkan maut kepada pesakit. Justeru itu, ianya harus dirawat dengan menambahkan darah atau menjalankan transfusi darah kepada pesakit.
Selain itu, hipotensi juga boleh disebabkan oleh saluran darah yang telah berkembang. Masalah tersebut boleh mengakibatkan darah mengalir dalam saluran pada kadar yang perlahan sekali gus membawa kepada tekanan darah rendah. Hal ini berkemungkinan besar boleh diakibatkan oleh ubat yang boleh memberikan kesan sampingan.
Di samping itu, sekiranya seseorang itu merupakan pesakit masalah jantung, mereka juga boleh mengakibatkan masalah hipotensi atau tekanan darah rendah ini. Hal ini demikian kerana jantung lemah akan mengepam darah ke seluruh badan pada kadar yang rendah.
Tambahan pula, hipotensi atau tekanan darah rendah boleh disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan terutamanya ubat yang berfungsi mengembangkan saluran darah. Apabila kadar aliran darah menjadi terlalu perlahan, komplikasinya adalah tekanan darah rendah.
Masalah lazim kepada tekanan darah rendah adalah penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah dalam badan. Jika seseorang mengalami sel darah merah di bawah paras normal, maka organ dalaman tidak mendapat oksigen yang secukupnya untuk berfungsi.
Apakah gejala hipotensi?
Gejala hipotensi ini harus diambil serius dan sekiranya individu tersebut mengalami sebarang masalah, mereka haruslah segera mendapat rawatan daripada doktor perubatan. Antara gejala tekanan darah rendah ini ialah pening kepala atau migrain atau kerap berasa ingin pengsan. Pesakit juga boleh mengalami masalah sakit dada, mudah penat, jantung berdebar-debar, sakit kepala, sawan, dan banyak lagi. Sekiranya tekanan darah tersebut terlalu rendah maka boleh mengakibatkan seseorang itu pengsan.
Apakah rawatan tekanan darah rendah?
Masalah tekanan darah rendah ini haruslah dirawat dengan segera. Jika tidak, ia boleh membahayakan nyawa. Rawatan yang diberikan selalunya berdasarkan sebab berlakunya hipotensi tersebut. Sekiranya tekanan darah rendah disebabkan oleh keadaan hipovolemik dalam badan maka cara merawatnya adalah dengan memasukkan cecair kristaloid dalam aliran darah untuk melancarkan aliran tersebut.
Selain itu, secara umumnya hipotensi dirawat dengan memberikan ubat yang akan membantu menaikkan tekanan darah dalam arteri tersebut kembali ke tahap normal.
Di samping itu, pesakit tersebut juga perlu dirawat dengan segera sekiranya masalah tekanan darah rendah berpunca daripada masalah kesihatan lain misalnya jangkitan kuman dan sebagainya. Hal ini demikian kerana sekiranya punca penyakit dirawat dengan segera terlebih dahulu maka masalah tekanan darah rendah juga akan pulih.
Apakah hipotensi orthostatik?
Hipotensi orthostatik atau lebih dikenali sebagai ‘orthostatic hypotension’ didefinisikan sebagai individu yang mengalami tekanan darah rendah sejurus selepas berdiri dariposisi duduk. Keadaan ini boleh dikenal pasti dengan mengambil bacaan tekanan darah apabila pesakit sedang berdiri dan akan mendapati tekanan darahnya rendah manakala apabila duduk tekanan darahnya kembali normal.
Bagaimanakah cara mengenal pasti seseorang mengalami tekanan darah rendah?
Alat ini mempunyai ukuran yang dimampatkan bersama bebola merkuri dan dipasangkan kepada sebatang tiub. Alat ini haruslah digunakan bersama stetheskop. Alat ini terbukti efektif dalam mendapatkan bacaan tekanan darah yang tepat.
Pada zaman moden ini, mesin pengukur tekanan darah telah menambah baik dengan ciri- ciri automatik tanpa memerlukan peralatan lain dan pada kadar yang cepat.
Apakah kadar tekanan darah yang normal?
Tekanan darah dibahagikan kepada tekanan darah sistolik dan diastolik. Tekanan darah sistolik bermaksud tekanan darah paling tinggi apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan. Tekanan darah diastolik pula bermaksud tekanan darah paling rendah apabila jantung berhenti mengepam dan berehat. Kadar normal sistolik adalah antara 100 mmHg hingga 120 mmHg manakala kadar normal diastolik adalah antara 60 mmHh hingga 80 mmHg. Sebarang bacaan yang rendah daripada julat ini adalah hipotensi atau tekanan darah rendah dan sebarang bacaan yang lebih tinggi daripada julat ini dikenali sebagai hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Adakah hipertensi berbeza dangan hipotensi?
Kedua-dua penyakit ini merupakan dua keadaan yang berbeza. Orang ramai harus tahu membezakannya untuk mengelak daripada ditimpa sebarang komplikasi. Hipertensi bermakna tekanan darah tinggi atau ukuran tekanan darah yang lebih daripada kadar normal iaitu melebihi 120/80 mmHG. Hipotensi pula bermaksud tekanan darah rendah atau ukuran tekanan darah yang kurang daripada normal.
Sebagai kesimpulannya, pesakit yang mengalami keadaan seperti ini tidak perlu risau kerana ianya boleh diselesaikan dengan serta merta. Pesakit tersebut perlu mengikuti nasihat yang diberikan para doktor dengan cara mengambil ubat-ubatan yang diberi tepat pada masanya untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.