Jantung merupakan organ berotot terpenting dalam tubuh badan manusia. Sebarang komplikasi yang berkaitan dengan jantung haruslah diawasi dan dapatkan rawatan segera kerana jika dibiarkan, ia boleh membawa maut.
Jantung mempunyai beberapa fungsi utama dalam tubuh badan manusia.
- Fungsi utama jantung adalah membekalkan oksigen kepada seluruh badan terutamanya organ-organ lain dalam badan. Hal ini dapat dilakukan dengan mengumpul darah kotor dan menghantarnya ke jantung. Jantung kemudiannya akan mengepam darah kotor tersebut ke paru-paru dan menukarkan darah kotor kepada darah yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi serta menghantarnya ke seluruh badan.
- Jantung juga terdiri daripada bahagian kiri dan kanan. Bahagian kiri mengandungi darah yang kurang kandungan oksigen manakala kanan mengandungi darah yang kaya dengan oksigen yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan kita. Dalam kes ini, jantung mempunyai keupayaan memisahkan kedua-dua darah ini dan memastikan ianya tidak bercampur supaya organ dalam badan akan menerima kandungan oksigen yang mencukupi.
- Selain itu, jantung juga memastikan darah mengalir searah sahaja dan tidak berpatah. Hal ini kerana jantung mempunyai injap. Darah dalam jantung hanya dapat mengalir setelah injap terbuka. Selepas injap terbuka dan darah mengalir, dengan segera injap tersebut akan tertutup kembali. Ini dapat mencegah darah dari berpatah balik.
- Di samping itu, jantung juga befungsi untuk mengeluarkan karbon dioksida dari badan. Ini dilakukan dengan membawa darah yang mengandungi kandungan karbon dioksida yang tinggi ke paru-paru dan berlakunya proses penukaran gas dan membawa balik darah dengan kandungan oksigen yang tinggi kembali ke jantung. Ini akan memastikan seluruh badan menerima oksigen secukupnya dan menghalang karbon dioksida dari tekumpul dalam badan.
- Disebabkan itu, jantung perlukekal berdenyut dan ini menandakan bahawa seseorang itu masih hidup. Selain itu, denyutan jantung adalah selari dengan nadi kita. Ini dapat membantu kita mengetahui samada seseorang individu itu masih hidup atau tidak. Teknik ini memang digunakan sampai hari ini kerana ia merupakan suatu cara mengesan samada seseorang itu masih hidup atau tidak.