Cara menghilangkan bekas jerawat (Acne Scars) secara alami dan cepat

Anonymous
Doktor, saya perempuan berusia 23 tahun dan sejak zaman sekolah menengah telah mengalami masalah dengan jerawat. Masalah jerawat saya sangat ketara semasa zaman sekolah dan walaupun tidak pulih seratus peratus, apabila jerawat keluar sekarang tidaklah seteruk pada masa dahulu. Antara punca jerawat keluar dengan banyaknya ialah apabila saya menghadapi tekanan yang tinggi contohnya mengambil peperiksaan atau menghadapi cabaran lain. 
Saya pernah mengambil ubat yang diberi doktor pada masa dahulu seperti krim dan juga antibiotik. Tetapi oleh kerana terlalu geram dengan jerawat yang keluar terlalu banyak sekali pada zaman dahulu, saya sering memicit jerawat untuk menghilangkannya dengan cepat. Oleh kerana banyak jerawat yang dipicit, muka saya mempunyai banyak bekas jerawat. 
Adakah betul bahawa memicit jerawat memberi kesan bekas kepada muka? Dan adakah parut ini akan berada di muka saya selama-lamanya? Adakah cara untuk memulihkan keadaan ini supaya muka saya tidak berbekas lagi? Jika ya, saya lebih berkenan untuk mencuba cara yang tidak menggunakan ubat-ubatan dan ingin memulihkannya secara alami. Saya ingin bertanya tentang pilihan yang saya ada untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih atas bantuan dan nasihat doktor.
Anonymous
Doktor, saya perempuan berusia 23 tahun dan sejak zaman sekolah menengah telah mengalami masalah dengan jerawat. Ma... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab segala persoalan anda.Kes anda amat biasa kerana apabila jerawat keluar, kita akan mahukan jalan penyelesaian yang cepat dan mudah seperti memicit jerawat. Untuk menjawab soalan anda, memang betul memicit jerawat boleh menyebabkan bekas atau parut di tempat di mana terdapatnya jerawat tersebut. Parut tersebut boleh hilang atau tidak bergantung kepada bagaimana parut tersebut terjadi. Parut atau bekas jerawat terjadi kerana kulit anda melalui proses pemulihan kulit selepas jerawat dipicit dan mengeluarkan cecair. Jika parut terlalu tebal, ada kemungkinan parut tersebut tidak akan hilang dengan sendiri tetapi sesetengah parut yang kecil boleh hilang tanpa rawatan. Langkah yang terbaik bagi mengelakkan parut adalah dengan memastikan cecair jerawat tidak dipicit. Terdapat pelbagai cara bagaimana untuk anda mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan keluarnya jerawat. Baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci cara mengelak jerawat dan beberapa tips membantu pemulihan bekas jerawat secara alami.
Terima kasih atas soalan anda dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Saya akan berusaha sebaik mungkin u... See More

Apakah Itu “Acne”?

  • Pernahkah anda meneliti muka anda pada cermin dengan dekat? Anda pasti pernah melihat lubang-lubang yang kecil pada kulit muka anda. Lubang ini dikenali sebagai liang atau pori. Dalam keadaan normal, pori ini mengandungi sel-sel kulit yang telah mati, minyak dan bakteria. Jerawat akan terbentuk apabila liang-liang ini tersumbat dengan minyak kulit yang berlebihan. Justeru amat penting untuk anda menjaga kebersihan muka pada setiap hari, jika tidak ia akan menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak pada bahagian muka anda.
  • Jadi, siapakah yang biasa mengalami masalah ini? Golongan yang paling biasa terkena adalah golongan remaja dan orang muda dalam lingkungan 12 hingga 24 tahun.
  •  Mereka yang mendapat masalah jerawat semasa umur ini mungkin akan mengalaminya hingga ke usia yang lebih lanjut walaupun jarang terjadi. Kebanyakan kes pulih semasa seseorang itu mencapai umur dewasa.


Apakah Punca Jerawat?

Di bawah adalah senarai faktor-faktor yang boleh menyebabkan jerawat:
  • Folikel rambut yang tersumbat: Kulit anda mempunyai pembukaan yang kecil yang dipanggil folikel rambut kerana ia merupakan pembukaan di mana bulu atau rambut keluar dari lapisan kulit. Apabila folikel rambut ini tersumbat dengan kotoran, minyak dan sel kulit yang mati, jerawat akan berlaku. Jika kumpulan kotoran ini berlaku di dalam folikel, ia akan menjadi “whitehead” iaitu jerawat yang berwarna putih dan jika kumpulan kotoran tersebut terjadi di luar folikel, ia akan menjaadi “blackhead” iaitu jerawat yang hitam. Jerawat yang berwarna merah dan yang sakit berdenyut terjadi apabila terdapat jangkitan di folikel rambut tersebut.
  • Kulit berminyak: Folikel rambut juga mempunyai kelenjar yang mengeluarkan sejenis minyak yang dipanggil “sebum”. Jika terlalu banyak minyak ini dikeluarkan, ia boleh menyumbat folikel rambut kerana ia memerangkap kuman dan sel kulit yang mati.
  • Jangkitan kuman: Jenis bakteria yang paling lazim menyebabkan jerawat adalah jenis P. acnes. 
  • Hormon: Sejenis hormon jenis androgen juga menyumbang kepada pencetusan jerawat kerana ia membuat kelenjar dalam folikel rambut mengeluarkan lebih “sebum”. Antara sebab terdapat peningkatan tahap androgen dalam badan adalah melalui proses baligh atau “puberty”.
  • Stres/rasa tertekan: Seseorang yang merasa stres mungkin akan mendorong pencetusan jerawat.
  • Ubat: Antara ubat yang boleh menyebabkan jerawat adalah testosterone, lithium dan ubat yang mengandungi steroid.
  • Faktor genetik: Terdapat kajian yang membuktikan bahawa genetik adalah antara faktor yang menyebabkan jerawat.

Rawatan Jerawat?

Bagi kes jerawat yang tidak begitu teruk, anda tidak memerlukan ubat dari doktor atau pakar kulit. Banyak rawatan yang boleh dibeli sendiri di farmasi dengan mudah. Antara pilihan yang terdapat di farmasi tanpa preskripsi doktor termasuk sabun, krim, gel dan losen. Setiap pilihan yang disenarai mempunyai bahan kimia yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk mengatasi jerawat. Antara bahan kimia yang terkandung di dalam ubat jerawat adalah::

  • Benzoyl peroxide

  • Asid salicylic

  • Sulfur

  • Retinoid

Antara objektif rawatan di atas adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak “sebum”, membantu dalam mengurangkan proses radang berlaku di folikel, serta menurangkan jerawat putih, jerawat hitam dan berlubang. Ia juga bermatlamat untuk mencegah folikel tersumbat. Antara rawatan di atas terdapat juga yang boleh mengurangkan pembiakan kuman P. acnes. Sila rujuk kepada ahli farmasi bagi nasihat selanjutnya.

Jika masalah jerawat anda berada di tahap yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan preskripsi ubat dari doktor anda.


Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Bahan Alami?

Seperti yang dinyatakan di atas, langkah paling efektif untuk mengelak bekas jerawat ialah mengelak keluarnya jerawat. Bagaimanapun, ia tidak boleh dielak seratus peratus. Di bawah adalah senarai tips menghilangkan bekas jerawat secara alami. 
  • Aloe vera
  • Minyak kelapa
  • Timun
  • Madu
  • “Rosehip seed oil”
  • Limau: Campur jus limau dengan air dan sapu di bekas
  • “Baking soda”
  • Minyak lavender

Doktor Kulit Juga Boleh Menawarkan Rawatan Menghilangkan Jerawat Tetapi Bukan Secara Alami. Antara Rawatan Yang Ditawarkan Oleh Doktor Kulit Adalah:

  • Pembedahan kecil: Ini adalah untuk parut yang dalam ataupun terkeluar supaya parut tidak kelihatan dengan jelas.
  • Kolagen: Menggalakkan pengeluaran kolagen melalui teknik “needling”. Ini bukan cara yang cepat.
  • Laser: Beberapa teknik laser yang berbeza diguna bergantung kepada jenis parut. Sesuai untuk parut yang dalam atau terkeluar.
  • “Cryosurgery”: Teknik ini melibatkan pembekuan parut.
Sila rujuk doktor jika terdapat persoalan lain, anda boleh bercakap dengan doktor di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References