Jerawat merupakan perkara biasa yang sentiasa menjadi masalah kepada semua orang. Jerawat boleh terjadi di pelbagai tempat pada badan kita dan tempat yang paling biasa ialah muka. Muka merupakan anggota badan yang sentiasa dan paling terdedah kepada bahan-bahan kimia yang terdapat di udara. Antara tempat-tempat di muka yang kerap terjadinya jerawat ialah dagu.
- Antara punca masalah jerawat di dagu ialah kitaran haid yang tidak sekata. Hal ini kerana wanita tersebut mungkin mempunyai masalah haid yang berpunca daripada masalah pada ovari atau rahim. Ini jika tidak dirawat dengan segera boleh mendatangkan masalah seperti jerawat di dagu dan banyak lagi.
- Masalah jerawat di dagu ini boleh disebabkan oleh permukaan dagu yang sentiasa berminyak. Ianya memang terbukti berdasarkan beberapa kajian yang dibuat bahawa dagu, dahi dan hidung merupakan kawasan yang sentiasa berminyak pada muka. Hal ini kerana terdapat banyak kelenjar sebum yang terdapat pada permukaan tersebut. Sebum merupakan sejenis cecair berminyak yang dihasilkan oleh muka.
- Selain itu, punca lain ialah hormon.Hormon ini akan menjadi sebuah masalah yang ketara pada remaja yang baru akil baligh. Hal ini kerana badan mereka mengalami pelbagai pertukaran hormon dan badan mereka sememangnya tidak dapat menyesuaikan diri lagi pada fenomena tersebut lalu ini boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat terutamanya di permukaan yang berminyak seperti dagu.
- Seterusnya, masalah lain yang mendatangkan jerawat di dagu ialah stressIanya memang benar bahawa rasa tertekan boleh menghasilkan banyak jerawat di muka terutamanya di dagu. Hal ini kerana sewaktu seseorang itu mengalami stress yang berlebihan, ini akan mengakibatkan kelenjar sebum di muka untuk menghasilkan sebum secara berlebihan. Hal ini jika berlarutan akan mendatangkan jerawat. Oleh itu, ini merupakan sebuah perkara yang umum dalam kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan kerana mereka akan berasa sangat tertekan dengan peperiksaan mereka lalu mengakibatkan pertumbuhan jerawat.
- Di samping itu, terdapat beberapa ubat yang kesan sampingannya ialah pertumbuhan jerawat di muka atau tertumpu kepada dagu. Ubat tersebut ialah ‘corticosteroid’, ubat perancang, vitamin B, ‘anti depressants’. Ubat-ubat ini sememangnya sangat penting untuk merawat penyakit-penyakit tersebut tetapi kesan sampingannya seperti pertumbuhan jerawat haruslah dipertimbangkan.
- Pencetusan jerawat tersebut boleh dihentikan dengan menghentikan ubat-ubatan tersebut tetapi perlu dibincang dengan doktor terlebih dahulu kerana menghentikan pengambilan ubat-ubat tersebut secara mengejut sangat berbahaya.
- Seterusnya, penyebab jerawat yang lain ialah makanan yang tidak seimbang. Kita seharusnya mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk memastikan kulit muka kita sentiasa sihat dan berseri. Oleh itu, makanan yang tidak berkhasiat dan yang boleh mengundang ketumbuhan jerawat terutamanya di dagu haruslah dielakkan seperti makanan laut serta makanan yang mengandungi kacang.