Kenapa kulit mengelupas (Skin Peeling) dan apa cara mengatasinya?

Anonymous
Hello doktor. Saya berumur 25 tahun, bekerja sebagai editor majalah dan belum berkahwin. Saya ingin bertanya mengenai kulit mengelupas. Baru-baru ini, saya sering mengalami kulit mengelupas tetapi ia tidak menyakitkan. Ketika ia berlaku, saya akan nampak kepingan-kepingan kulit saya mula gugur dan kulit saya akan nampak kemerahan. Saya berasa risau kerana ia seperti sukar sembuh dan saya sudah mengalaminya selama sebulan. Kulit mengelupas ini tidak mengganggu rutin harian saya tetapi saya masih berasa risau memikirkan ia seperti sukar untuk sembuh.

Saya ada cuba memakai losyen kulit sebelum tidur setiap hari tetapi masih tidak lega juga tetapi saya tidak mengambil apa-apa ubat kerana saya sendiri tidak tahu ubat apa yang sesuai untuk gejala yang saya hadapi ini. Selain itu, saya tidak alami sebarang penyakit kulit buat masa sekarang. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor beberapa soalan. Apakah penyebab bagi kulit mengelupas ini dan adakah cara lain untuk rawat atau atasi masalah berkaitan dengan kulit mengelupas ini? Saya harap doktor dapat memberikan pendapat mengenai masalah saya ini.
Anonymous
<!--block-->Hello doktor. Saya berumur 25 tahun, bekerja sebagai editor majalah dan belum berkahwin. Saya ingin ber... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Gejala kulit mengelupas (Peeling Skin) memang sering terjadi dalam kalangan orang ramai. Untuk kes seperti anda yang tidak diketahui puncanya, anda mungkin boleh rujuk atau meminta pendapat daripada pakar dermatologi supaya ujian dapat dijalankan dengan teliti dan seterusnya rawatan dapat dijalankan dengan baik. Terdapat pelbagai penyebab bagi kulit mengelupas ini termasuklah alahan terhadap serbuk pencuci baju yang sering berlaku dalam kalangan wanita yang mencuci pakaian dengan menggunakan tangan.
Terima kasih atas soalan anda. Gejala <strong>kulit mengelupas </strong>(Peeling Skin) memang sering terjadi dalam ... See More

Apakah itu kulit mengelupas

Kulit mengelupas, secara saintifiknya dikenali sebagai ‘desquamation’, adalah kehilangan lapisan luar kulit anda. Kulit mengelupas mungkin disebabkan oleh kerosakan yang berlaku terus terhadap kulit atau disebabkan oleh keadaan kulit yang tertentu, pelbagai jenis penyakit serius, gangguan, dan keadaan luaran atau dalaman.

Kulit mengelupas mungkin berlaku di kawasan tertentu atau seluruh badan manusia pada semua peringkat umur. Penyebabnya boleh disembuhkan atau dirawat dengan rawatan topikal.

Apakah penyebab kulit mengelupas

Antara beberapa penyebab bagi kulit mengelupas adalah:

  1. ‘Sunburn’
  2. Ini adalah sebab yang paling biasa untuk kulit mengelupas. ‘Sunburn’ berlaku kerana pendedahan yang berpanjangan terhadap sinaran ultraviolet daripada matahari tanpa perlindungan yang mencukupi (sunblock atau pelindung matahari.) Sinar UV akan membunuh sel-sel kulit anda, yang bolehh menyebabkan kemerahan dan rasa terbakar. Kulit mati mula mengelupas dan sel kulit baru akan menggantikannya.

  3. Kesan Terbakar daripada Bahan Kimia
  4. Ia adalah satu lagi sebab untuk kulit mengelupas. Kulit yang terkupas adalah untuk menyingkirkan kulit yang rosak dan mungkin menyebabkan kulit lepuh sebelum kulit mula mengelupas.

  5. Rawatan topikal
  6. Rawatan topikal seperti retinoid dan benzoyl peroksida adalah punca bagi kulit mengelupas . Rawatan ini, yang digunakan untuk mengawal jerawat dan kedutan, cenderung untuk menyebabkan kulit kering dan menyebabkan mengelupas.

  7. Kekeringan
  8. Ini berlaku terutamanya semasa musim sejuk. Apabila kulit anda kering, lapisan paling atas tidak mendapat penghidratan yang mencukupi kerana terdedah kepada cuaca yang sejuk. Ini akan membawa kepada perolehan sel kulit yang pramatang, mengakibatkan kulit mengelupas.

  9. Alahan
  10. Reaksi alahan juga boleh menyebabkan kulit mengelupas. Anda mungkin alah kepada produk yang anda gunakan dan mungkin tidak menyedarinya.

  11. Penyakit Kulit
  12. Penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, dan dermatitis seborrheic sering mengakibatkan kulit gatal, berkeringat yang mengakibatkan kulit mengelupas. Keadaan kulit keradangan ini mungkin kronik, dan sesetengah daripadanya mungkin tidak boleh sembuh. Bagaimanapun, mereka boleh dikawal dengan baik.

Gejala kulit mengelupas

  • Kulit mengelupas biasanya tidak menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi sangat ketara.

  • Melihat kulit anda mengelupas dalam kepingan yang besar, akan menyebabkan kerisauan, terutamanya jika anda tidak tahu apa yang menyebabkannya.

  • Kulit mengelupas adalah mekanisme penyelenggaraan semula jadi yang digunakan oleh kulit untuk menghilangkan sel-sel kulit mati.

  • Untuk kulit yang sihat, proses ini berlaku secara beransur-ansur jadi pengguguran sel kulit tidak mudah dilihat.

  • Sekiranya kulit sudah rosak, pengelupasan mungkin lebih meluas dan mudah dilihat.

  • Apabila kulit mengelupas secara berlebihan, kadang-kadang ia boleh mendedahkan lapisan kulit baru yang pramatang.

  • Ini boleh menyebabkan kulit baru kelihatan kemerahan atau sensitif, terutamanya kepada sinaran matahari.

  • Dalam banyak kes, kulit mengelupas juga membantu memberi isyarat bahawa terdapat kerosakan kulit, yang memerlukan rawatan atau penjagaan yang lebih baik untuk mencegah kerosakan kronik daripada berlaku.

Rawatan kulit mengelupas

Berikut adalah beberapa cara untuk merawat dan petua untuk atasi pengelupasan apabila ia bermula:

  1. Ambil ubat penahan sakit
  2. Anda boleh cuba ubat tahan sakit seperti ibuprofen (Advil) atau aspirin. Ubat-ubat ini berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan kemerahan yang mengelilingi selaran matahari atau ‘sunburn’. Ubat ini juga boleh mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan selaran matahari.

  3. Gunakan krim anti-radang yang menenangkan
  4. Sapukan krim anti keradangan bagi selaran matahari seperti aloe vera atau krim kortison. Atau - selagi anda tidak alergi terhadap aspirin - hancurkan beberapa tablet aspirin ke dalam serbuk halus dan tambahkan air yang mencukupi sehingga ia pekat dan likat. Sapukan ia kepada bahagian-bahagian badan yang terjejas disebabkan oleh selaran matahari/’sunburn’. Elakkan krim berasaskan petroleum atau krim lain yang berasaskan minyak kerana ia mungkin memerangkap haba dan menjadikan sunburn dan kulit mengelupas menjadi lebih teruk. Cuba lembapkan kulit sebaik sahaja anda mandi, apabila kulit anda masih lembap, kerana ia membantu mengekalkan kelembapan.

  5. Mandi air sejuk
  6. Mandi dengan air sejuk (suhu kurang sedikit daripada suhu air suam). Ini boleh membantu meredakan kesakitan selaran matahari anda dan menghentikan kulit anda daripada mengelupas lebih teruk. Elakkan mandi jika kulit anda lepuh selain daripada mengupas, kerana mandi mungkin boleh memecahkan lepuh dan mencetuskan lebih banyak pengelupasan. Jangan gunakan sabun atau minyak mandi apabila anda mandi. Ini boleh membuatkan pengelupasan menjadi lebih teruk.

  7. Berlembut dengan kulit anda
  8. Elakkan menggosok kulit anda dengan tuala selepas mandi. Ini boleh menyebabkan pengelupasan menjadi lebih teruk. Sebaliknya, tekapkan kulit kering dengan tuala yang lembap.

  9. Buat kompres sejuk
  10. Letakkan kompres yang sejuk dan basah pada kulit anda selama 20 hingga 30 minit untuk mengurangkan kerengsaan dan hentikan pengelupasan. Pastikan tidak letak ais terus ke kulit anda kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan yang berlanjutan.

  11. Sentiasa terhidrasi
  12. Pastikan anda mengekalkan kulit anda terhidrasi dengan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari semasa anda sembuh dari selaran matahari anda. Ini akan membantu mengurangkan pengelupasan.

  13. Pastikan kulit dilindungi
  14. Melindungi kulit mengelupas anda dari kerosakan yang lebih teruk dengan memastikan ia ditutup dengan pakaian dan / atau menyapu ‘sunblock’ dengan SPF sebanyak 45 atau lebih tinggi.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References